Apa ni bintik hitam? Bintik hitam ialah salah satu jenis jerawat yang tidak mempunyai kulit di atasnya. Punca ia menjadi gelap adalah kerana disebabkan ia tidak berkulit dan terdedah kepada udara. Oleh itu, lapisan atas teroksida. Bintik hitam ini selalunya berada di kawasan hidung dan muka. Jangan risau, ada beberapa cara mnghilangkan bintik hitam dengan teknik semulajadi.

Buah pala

Tabiat mengelupas boleh menghilangkan bintik hitam dan terdapat banyak benda anda boleh digunakan dalam almari rumah anda. Sebagai contoh, buah pala. Buah pala membantu menghilangkan minyak, memberikan kuasa sentalan dan meninggalkan kulit yang sangat licin. Di samping itu, asid laktik (lactic acid) dalam susu juga dapat membantu memecahkan sel kulit supaya ia hilang apabila anda membilas muka anda.

Putih telur

Cara menghilangkan bintik hitam yang seterusnya ialah dengan menggunakan putih telur. Yang pertama, ratakan putih telur menggunakan jari. Mula dengan satu lapisan nipis dan biar ia kering sebentar dan tambah lagi satu lapisan. Biarkan ia kering sepenuhnya. Selepas itu, bilas dengan air suam sepenuhnya.

A post shared by ✨K A T Y✨ (@katysjourney) on

Madu

Jika anda mahu menggunakan kaeah madu, anda perlu menggunakan madu yang likat dan pekat. Mula-mula, tuangkan sedikit madu di tapak tangan dan sapu dibahagian yang berbintik hitam untuk menghilangkannya. Di samping itu, madu ini baik kerana ia menawarkan sokongan antibakteria dan antioksida, saki baki madu akan bersihkan liang tersumbat. Selepas kering dan tinggalkan selama 5 minit, bilas muka dengan air suam.

Berus gigi

Akhir sekali, cara menghilangkan bintik hitam ialah dengan menggunakan berus gigi. Berus gigi?? Ya. Mesti ada yang rasa pelik kan? Anda gunakan cara ini jika kaedah lain tidak berkesan. Yang pertama, sediakan berus gigi yang mempunyai berus yang lembut. Kemudian, tuangkan sedikit jus limau pada berus gigi dan perlahan sental di kawasan yang berbintik hitam. Anda boleh bersihkan dengan air dan sapu limau dan minyak jika perlu.

A post shared by Cuniverse (@cuni_verse) on

Cara Menghilangkan Bintik Hitam | Hitam apa ni? was last modified: June 3rd, 2017 by its.annekyn