Jika anda salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk menghadapi masalah tersebut. Sebelum itu, lebih baik kita kenali apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat dimana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di liang and pori-pori muka seperti di hidung, dagu, pipi dan dahi. Oleh itu, di sini ada beberapa petua mudah untuk hilangkan jeragat di muka. Jadi, selepas ini anda tidak lagi perlu malu atau tahap keyakinan anda rendah disebabkan masalah jeragat!

 

Baking Soda

Baking soda atau dalam bahasa melayu nya di panggil soda penaik yang selalu digunakan untuk buat kek. Baking soda adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat paste yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang berkaitan dan biarkan dalam 5 minit sebelum bilas dengan air bersih. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu sehingga anda berpuas hati hati dengan kesannya.

NOTA : ELAKKAN DARI MENGGUNAKAN BAKING SODA JIKA ANDA ADA MASALAH KULIT SENSITIF

A post shared by Mil-Spec Mom (@milspecmom) on

 

Jus Lemon

Cara seterusnya untuk hilangkan jeragat di muka ialah dengan menggunakan jus lemon. Seperti mana yang kita tahu, lemon kaya dengan asid alpha hydroxy yang boleh membantu menggelupaskan kulit dan memudahkan pertumbuhan semulajadi sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak yang berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya, sediakan perahan jus lemon dan amibil bola kapas. Celupkan bola kapas tadi dalam jus lemon itu dan letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15-20 minit kemudian cuci muka dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sbelum tidur. Teruskan sekurang-kurangnya beberapa bula.

A post shared by Verity (@veritytoronto) on


 

Cuci Muka Dengan Kerap

Cara menghilangkan jeragat yang paling penting ialah anda perlu menitikberatkan tentang kebersihan wajah. Cuci muka anda 2 kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah kerana jeragat terbentuk akibat daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati. Oleh itu, pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut membiak di muka anda.

Tetapi, jangan selalu basuh muka sehingga kulit menjadi kering. Ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh menjadi punca pembentukan jeragat.

 

Cuka Epal Cider

Cuka epal cider bertindak seperti astringen dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia juga mempunya kriteria sebagai antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawat jeragat.

Caranya, tuang cuka epal cider dalam satu cawan air. Celup dengan bola kapas dan biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air suam.

Cara lain yang anda boleh cuba ialah campurkan cuka epal cider (satu sudu) dengan tepung jagung. Letakkan pada muka anda dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam air suam dan bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

 

Oatmeal

Cara terakhir untuk hilangkan jeragat di muka ialah dengan menggunakan oatmeal. Oatmeal bukan sahaja hanya untuk diamakn malah ia bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk hilangkan jeragat. Di samping itu, ia juga boleh menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, sediakan yogurt, jus lemon, madu dan oatmeal. Kemudian, ambil 2 sudu yogurt, satu sudu madu dan jus lemon, satu sudu besar oat. Campurkan semua. Lembabkan muka anda dahulu dan sapu campuran tadi ke atas muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air bersih.

A post shared by Sam Topping (@samtoptraining) on

Hilangkan Jeragat di Muka | Petua Mudah Hilangkan Jeragat was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn