Berbicara mengenai Vaseline, pasti ramai yang kenal akan produk ini kerana ianya merupakan antara produk yang mempunyai banyak kegunaan. Vaseline Petroleum Jelly merupakan antara produk yang telah berjaya menambat hati ramai orang, wanita terutamanya. Ianya diperbuat daripada 100% petroleum jelly yang merupakan campuran lilin asli dan mineral oil. Terdapat banyak kelebihan Vaseline antaranya ialah melembutkan kulit dan mampu merawat rekahan di bibir. Vaseline boleh didapati di kebanyakan kedai dan rata-ratanya, produk ini didatangkan dalam dua jenis saiz iaitu saiz besar yang mempunyai berat sebanyak 150 g dan juga saiz kecil, mudah untuk dibawa ke mana-mana dengan berat hanya sebanyak 50 g.

Melembapkan bibir

A post shared by Evanesce (@evanesceofficial) on


Oleskan Vaseline di bibir setiap hari untuk mendapatkan bibir yang bebas daripada merekah. Apabila kulit terdedah kepada cuaca sejuk, bibir akan cepat menjadi kering dan ketika musim panas pula, bibir akan mudah merekah kerana badan kita kekurangan air. Selain daripada itu, sebelum bersolek, oleskan sedikit Vaseline ke bibir. Ianya dapat melembapkan bibir sebelum memakai gincu dan seterusnya menghasilan tekstur bibir yang halus. Jika anda seorang yang tidak menggemari gincu atau lip balm yang mempunyai warna, Vaseline merupakan produk yang sesuai untuk digunakan kerana ianya tidak mempunyai warna.

Melebatkan bulu mata

Setiap wanita mengidamkan alis bulu mata yang panjang dan lentik. Penggunaan Vaseline ke atas bulu mata mampu melebatkan bulu mata dan menjadikan mata anda kelihatan penuh. Caranya adalah dengan menyapukan Vaseline ke atas bulu mata sebelum tidur. Pastikan produk tersebut menyentuh akar-akar bulu mata. Biarkan hingga keesokan harinya. Jika rutin ini dilakukan setiap malam sebelum tidur, anda akan lihat perubahan yang berlaku pada bulu mata anda.

Menanggalkan kesan-kesan mekap

A post shared by @cvndymakeup on

Antara lain kelebihan Vaseline ialah ianya digunakan untuk menanggalkan kesan-kesan mekap. Vaseline cukup berkesan untuk menanggalkan kesan-kesan mekap terutama sekali mekap yang berasaskan minyak. Hal ini kerana, kandungan minyak di dalam Vaseline membantu dalam proses menanggalkan mekap. Vaseline seringkali digunakan di sekitar kawasan mata dan bibir. Sebagai contoh, maskara kalis air tidak dapat ditanggalkan hanya menggunakan air. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit Vaseline ke atas bulu mata. Kemudian, urut lembut bulu mata dan lurutkan maskara ke bawah. Fiber dari maskara akan terletak di kawasan bawah mata. Ambil kapas dan buang sisa-sisa maskara di kawasan bawah mata tersebut sehingga bersih. Pastikan tiada lagi maskara yang melekat di mata terutama sekali sebelum tidur. Anda pasti tidak mahu tidur dengan maskara yang masih ada di bulu mata.

Melembutkan kulit kering

Sudah beberapa kali anda menukar produk mandian dan losyen, namun begitu anda hanya asyik menemui jalan buntu kerana masalah siku anda yang kering dan bersisik. Jangan risau kerana Vaseline mampu untuk melembutkan siku anda. Sapukan Vaseline ke siku selepas anda mandi. Urut selama 30 saat bagi setiap siku supaya produk tersebut dapat meresap ke dalam kulit anda. Sapuan yang konsisten dapat mengembalikan kelembutan ke siku anda dan masalah siku kering tiada lagi!

Mencantikkan kutikel

A post shared by Susan Hopson (@suki_nailcandy) on

Kutikel yang lembut dan halus adalah idaman setiap wanita. Walaupun kuku ditata rias dengan warna-warna yang cantik, hiasan yang berkilau, namun begitu kutikel yang keras dan tidak terurus boleh mencacatkan penampilan kuku dan tangan. Tambahan pula, kutikel yang tidak terurus sukar untuk disembunyikan. Penggunaan Vaseline di kutikel mampu melembutkan dan mencantikkan kutikel anda. Caranya amat mudah dengan hanya membuat sapuan Vaseline di sekitar kutikel. Amalkan rutin ini setiap hari dan anda akan dapat lihat bahawa tiada lagi masalah kutikel tidak terurus. Vaseline juga boleh disapukan di sekitar dasar kuku dan kulit untuk mendapatkan efek yang bersinar. Kini, jari dan kuku anda akan nampak sihat dan terurus.

Mengatasi masalah rambut bercabang

Rambut bercabang berpunca daripada penggunaan bahan kimia ke atas rambut, peningkatan umur dan kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Jika anda merasakan bahawa rawatan rambut di salun-salun rambut tidak termasuk dalam senarai anda, jangan risau. Merawat rambut bercambang juga merupakan antara kelebihan Vaseline yang mungkin kita tidak sedari. Kini anda boleh merawat rambut anda di rumah dengan hanya menggunakan Vaseline. Tidak perlu pening memikirkan rawatan-rawatan lain untuk rambut anda. Sapukan Vaseline di hujung rambut anda dan pastikan produk tersebut ada disapu secara rata.

Kesimpulan

Kelebihan Vaseline tidak dapat dinafikan akan kegunaannya yang pelbagai. Daripada merawat bibir yang mereka kepada melembutkan kulit kering seterusnya mampu mengatasi masalah rambut bercabang. Jika dipraktikkan penggunaan Vaseline dalam rutin kecantikan anda, hasilnya sudah pasti dapat dilihat.

Kelebihan Vaseline | Penggunaan Vaseline dalam Rutin Kecantikan was last modified: May 12th, 2017 by Ajeeruss