Krim mata adalah antara produk kecantikan yang anda perlu ada. Kenapa? Tentu sahaja kerana masalah ‘mata panda’ yang tiada penghujungnya. Berapa banyak antara anda banyak menghabiskan produk untuk melindungi lingkaran hitam bawah mata anda? Ramai kan? Itu hanya untuk kesan sementara. Kalau mahu menghilangkan masalah mata panda, apa yang perlu anda buat? Salah satunya mestilah menggunakan krim mata.

masalah mata, mata panda, krim mata

Mata Sembab, Bengkak dan Lingkaran bawah mata

Siapa sahaja yang tidak mempunyai masalah ini? Melainkan anda memang jaga diri anda dengan baik. Paling kurang pun ada juga nampak bayang-bayang lingkaran hitam bawah mata. Masalah mata panda memang akan dialami oleh semua orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu berjaga malam seperti saya ini.Kadang-kala kita tidak menjaga pengambilan makanan kita dan tidak endah cara tidur yang betul. Sebab itulah kita mempunyai masalah mata panda. Antara sebab kita mengalami masalah ini adalah kerana tidur yang tidak mencukupi, posisi tidur kita yang salah dan pemakanan yang diambil sebelum tidur.

Mungkin anda sudah mula menyusun balik jadual tidur anda. Tetapi, kenapa mata tidak pulih seperti biasa? Kenapa lingkaran hitam bawah mata masih ada? Tanpa penggunaan krim mata, mata anda akan mengambil masa yang agak lama untuk kelihatan segar semula. Jadi, apa kata kalau kita cuba menggunakan krim mata untuk selesaikan masalah ini? Dalam artikel ini, sudah saya selitkan senarai produk krim mata yang anda boleh untuk penjagaan mata yang rapi.

7 Produk Krim Mata Yang Harus Dicuba

Clinique Pep-Start Eye Cream 

Dermalogica Age Smart Multivitamin Power Firm

Clinique All About Eyes Rich 


It’s Potent! Eye Benefit Cream

Olay Eyes Illuminating Eye Cream

Renewed Hope In A Jar Eye Refreshing & Refining Eye Cream 

Tarte C-Brighter Eye Treatment 

Terdapat banyak lagi produk krim mata di luar sana dan produk-produk di atas adalah antara krim mata yang berkesan. Bersesuaianlah dengan harganya yang agak mahal. Dengan penggunaan yang kerap, keanjalan kulit bawah mata akan terserlah selain dapat mengurangkan lingkaran hitam serta kedutan. Hasilnya anda akan kelihatan lebih muda dan tampak lebih bertenaga.

Namun begitu, janganlah bergantung kepada produk sahaja. Pemakanan dan cara tidur yang betul perlu juga diamalkan. Sekiranya kehabisan produk, pasti sahaja masalah mata panda anda akan kembali semula.

Petua Penjagaan Mata

Selain rajin menggunakan krim mata, terdapat cara lain untuk memastikan mata anda kelihatan bermaya. Antaranya adalah dengan menggunakan uncang teh, ais atau mentimun. Mata anda menjadi bengkak atau sembab kerana terdapat cairan terkumpul di situ. Oleh itu, penggunaan bahan yang beringin dapat mengurangkan bengkak tersebut. Walaupun kesan petua ini boleh dikatakan sementara, ianya tetap berkesan.

  • Sekiranya ingin menggunakan uncang teh, letakkan dahulu di dalam peti. Kemudian, letakkan di kawasan mata selama 15 minit.
  • Mentimun perlu dipotong nipis. Kemudian, letakkan seperti mask di atas mata dan biarkan selama 15 minit atau sehingga potongan mentimun tadi menjadi hangat.
  • Oleskan ais di sekeliling mata atau kawasan mata yang bengkak sehingga ais tersebut cair.

 

Setakat ini, saya lebih suka menggunakan ais untuk penjagaan sampingan. Selalunya saya akan berasa tegang di bawah mata dan jika diamalkan selalu, anda dapat lihat perbezaannya. Gunakanlah krim mata dan amalkan petua yang saya selitkan di sini untuk nampak hasilnya dengan lebih cepat.

Selamat mencuba.

Krim Mata: 7 Produk Yang Perlu Dicuba was last modified: May 12th, 2017 by Zura