Anda pasti tertanya-tanya jenis makeup apa yang sesuai dipakai untuk pergi ke majlis perkahwinan, keluar bersama kawan-kawan, malam berparti dan sebagainya. Di sini anda akan ketahui tutorial dan cara memakai make up yang sesuai dengan majlis. Anda juga akan diberi cadangan produk dimana anda boleh dapatkan di drugstore atau makeup store yang berhampiran dengan anda.

Natural look  

Kita mulakan dengan cara memakai make up yang paling popular ialah “No makeup” makeup atau Natural makeup menjadi satu trend di kalangan gadis remaja. Ia kedengaran seperti mudah namun ia agak kompleks kerana ia memerlukan anda untuk mencari foundation yang sesuai dengan tona kulit agar ia tidak terlalu gelap atau terlalu cerah. Selalunya wanita melakukan kesilapan seperti kesalahan mencari shade foundation atau concealer. Oleh itu, mari kita ketahui langkah-langkah mudah dan tips untuk makeup natural lookNatural look sesuai untuk keluar minum petang bersama rakan atau pergi ke kelas.

Cara memakai make up “Natural Makeup” :

Pelembap (Moisturizer) 

Langkah yang paling pertama, semestinya anda perlu melembapkan kulit anda supaya ia tidak kering. Selepas bersihkan wajah dengan pencuci muka, prep wajah anda dengan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Ini adalah kerana ia akan memudahkan anda untuk mengaplikasikan makeup pada wajah. (Cadangan produk : Neutrogena Hydro Boost Water Gel)

 

 

Concealer 

Yang seterusnya, jangan lupa pakai concealer. Concealer amat penting untuk menutup segala kemerahan, gelap di bawah mata (eyebag), garis penuaan dan jerawat. Di samping itu, concealer juga dapat membantu anda Ini dapat membantu menjadikan wajah anda lebih cantik tanpa cela. (Cadangan produk : Maybelline Pure Mineral Concealer)

A post shared by @yshxwardrobe on

 

Foundation

Natural makeup tidak memerlukan foundation yang tebal. Oleh itu, gunakan jenis liquid atau powder foundation agar wajah tidak nampak cakey. Jangan lupa gunakan berus dan span yang sesuai agar olesan lebih on fleek dan teratur. (Cadangan produk : Revlon ColorStay)

 

 

Pembayang mata (Eyeshadow

Apabila anda ingin menggunakan eyeshadow, pastikan anda memilih warna eyeshadow yang nude atau natural. Ini adalah kerana jika anda memilih warna lebih gelap dari tona kulit, ia akan memberi wajah yang lebih garang dan dramatik dimana jauh dari konsep natural. (Cadangan produk : Urban Decay Naked 3)

 

 

Lipstik

Apabila anda ingin memakai lipstik, pastikan anda memilih warna pink, coral atau peach untuk menampakkan lebih natural (Cadangan produk : NYX Soft Matte Lip Cream)

 

A post shared by @julla_21 on

 

Mascara  

Untuk menonjolkan mata anda, letak sedikit maskara. Jika anda mempunyai bulu mata yang lebat, anda tidak perlu memakai maskara atau bulu mata palsu. (Cadangan produk : Maybelline Lash Sensational Waterproof Mascara Black)

 

 

Celak (Eyeliner)

Anda tidak perlu memakai eyeliner kerana eyeliner digunakan untuk mata yang lebih dramatik dan ia tidak berapa sesuai untuk natural look. Oleh itu, bukan sahaja anda tampak lebih natural malah mudah untuk anda tanggalkan make up!

 

Cara Memakai Make Up | Cara Makeup Yang Sesuai was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn