Pada zaman kini, urban dan moden, fashion pasti juga tidak ketinggalan. Walaupun terdapat plebagai fesyen terkini, namun ada yang masih bingung dengan cara dan fesyen tudung terkini yang ingin disuaikan dengan pakaian anda. Ada sesetengah dari anda pula mahu menggayakan tetapi tidak tahu yang mana satu sesuai dengan bentuk kuma anda. Oleh itu, and perlu ketahui jenis shawl yang sesuai dengan anda. Jangan risau, di sini ada beberapa fesyen tudung terkini dari Instagram yang anda boleh cuba pakai.

Turban

Turban dikenali apabila bintang popular Malaysia, Yuna mula memakainya tiap kali beliau berada di atas pentas mempersembahkan nyanyiannya. Fesyen turban ini juga amat popular di luar negara dimana masyarakat luar negara di U.S, Afrika, Indonesia memakai untuk fesyen tetapi untuk wanita muslim boleh juga memakai turban dan memakai turtleneck untuk menutup leher. Anda boleh berfesyen dan nampak lebih urban di samping menutup rambut.

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Hana Tajima shawl

Salah satu koleksi Hana Tajima yang popular dengan rekaan shawl yang kreatif. Hana Tajima seorang pereka fesyen Jepun yg lahir di U.K yang berkolaborasi dengan Uniqlo untuk menekankan pemakaian wanita berhijab yang berbentuk minimalism. Selain itu, jika anda jenis yang gemar mencuba gaya baru dan lebih trendy, Hana tajima mempunyai pelbagai koleksi pakaian yang urban dan anggun untuk wanita berhijab. Selain itu, Uniqlo menggunakan teknologi AIRism dimana semua pakaian bersifat mudah menyerap dan sangat selesa untuk dipakai. Shawl ini boleh didapati di mana-mana butik Uniqlo berhampiran dengan anda.

Tudung ruffle

Tudung ruffle merupakan salah satu tudung bawal moden kini amat popular dengan rekaan tudung bawal yang moden dan bergaya. Tambahan pula, dengan rekaan ruffle di hujung tudung dapat menaikkan seri tudung bawal tersebut. Dengan ini, tudung tersebut nampak lebih eksklusif dan elegan apabila memakainya. Ia juga dipadankan dengan dress dan juga seluar kasual. Di samping itu, harga tudung ruffle ini amat berpatutan dan kualitinya berbaloi dengan harga.

Yuna for Losravelda

Losravelda ialah butik yang menjual dress, jubah telah berkolabrasi bersama Yunalis Zarai, melancarkan shawl terbaru dan dinamakan Yuna for Losravelda. Yuna for Losravelda mengeluarkan koleksi tudung seperti classy dan chic, box and block, lust and lines, dream and dare dan pelbagai jenis lagi. Shawl mereka terbahagi kepada 2 jenis iaitu tressor, Le Journa. Tressor yang mempunyai scarf ring di hujung tudung dan Le Journa direka dan di inspirasi oleh perjalanan unik Yuna.

dUck scarves

dUck scarves ,jenama scarf yang paling popular dan digilai oleh semua wanita di Malaysia dan juga dalam industri shawl yang diasaskan oleh Vivy Yusof. Vivy Yusof seorang usahawan wanita berjaya yang menekankan konsep classy, bergaya dan simple. dUck shawl dan scarf juga ada beberapa koleksi terhad seperti rekaan KLCC untuk event yang terbesar dianjurkan iaitu Miss Universe Malaysia. Scarf tersebut mempunyai corak bangunan KLCC yang menjadi mercu tanda negara Malaysia dan ditambah dengan berlian Swarovski untuk sentuhan kemewahan.

A post shared by dUCk scarves (@duckscarves) on

A post shared by dUCk scarves (@duckscarves) on

Fesyen Tudung Terkini | All hail, The Queen! was last modified: May 8th, 2017 by its.annekyn