Masa mula-mula cuba mengenakan lipstik matte, saya telah dicadangkan untuk memakai lipstik atau gincu matte. Saya memang berminat hendak mencuba tetapi tidak tahu mana yang okay dan sesuai dengan warna kulit saya. Asal bertulis ‘matte’ sahaja, saya terus sahaja beli. Saya rasa semua lipstik matte adalah sama khususnya daripada segi hasilnya dan formula.

Lipstik Matte semua sama?

Samakah? Terdapat pelbagai jenama di luar sana menawarkan hasil matte yang menarik, tetapi tidak semua yang berkenan di hati. Lebih-lebih lagi, dalam pemilihan warna dan jenis seperti jenis krim atau krayon. Mungkin terdapat dua jenama yang mempunyai kod warna yang sama. Tetapi, hasilnya mungkin sama sahaja, sedikit pudar atau lebih pekat bergantung kepada formulasinya.

Kenapa ‘matte’?

Oleskan sahaja lipstik matte pada bibir, ia akan segera mengering dan tidak kelihatan berkilat. Antara kelebihan lipstik jenis ini juga adalah warnanya yang cantik, lebih tahan lama dan bibir akan kelihatan penuh dan lebih menonjol. Produk ini sangatlah sesuai jika solekan lebih tertumpu pada bibir.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan lipstik matte ini, penjagaan bibir adalah amat penting. Hal ini kerana hasil matte tidak akan kelihatan menarik sekiranya bibir anda merekah- rekah. Jadi, jangan lupa sapukan sedikit lip balm supaya bibir lebih sekata.

4 Lipstik Matte Untuk Beginner

NYX Soft Matte Lip Cream


NYX Soft Matte Lip Cream (SMLC)
mempunyai 34 pilihan warna yang cantik-cantik dan pekat. SMLC boleh bertahan sehingga lebih daripada 4 jam. Ada juga yang menyatakan SMLC ini seakan campuran lip gloss kerana hasil mattenya ada juga kelihatan sedikit berkilat pada bibir. Untuk NYX SMLC, ianya mengambil sedikit masa untuk kering dalam 2 – 5 minit.  Kalau anda suka hasil yang seakan natural, NYX lebih sesuai dengan anda.

SLEEK Ultra Smooth Matte Me Lip Cream

A post shared by Sleek MakeUP (@sleekmakeup) on

Antara jenama matte lip cream yang dicadangkan kepada saya. Ianya lebih cepat kering tetapi tidaklah sampai anda tidak sempat untuk touch-up mana yang perlu. Cepat sangat tu! Antara warna yang digemari adalah Birthday Suit.

SILKY GIRL Matte Junkie Lip Cream

Antara lipstik matte yang mudah didapati. Produk Silky Girl ini mempunyai 9 pilihan warna sahaja. Hasil olesan lip creamnya tidak melekit dan cepat kering.

ELIANTO Brilliant Riche Lip Colour

Untitled design (66)

BRLC mempunyai 6 warna matte. Bahan majornya adalah Boswellia Serrata dan biji bijan. Antara warna yang saya sendiri pakai adalah kod 04 Sexy. Bagi saya, satu oles sahaja sudah mencukupi dan kelihatan sedikit pekat setelah kering.

Selalunya, produk lipstik matte ini berasa amat ringan di bibir. Jarang saya berasa kurang selesa semasa memakai lipstik matte. Bergantung kepada bahan dan formulasi produk, lipstik matte boleh jadi melembapkan dan mengeringkan untuk bibir anda.  Apa-apa pun,  siap sedia lip balm di dalam beg makeup ya!

Mahu Cuba?

Sekiranya anda memiliki bibir yang sensitif, cubalah untuk membuat kajian tentang bahan-bahan yang ada dalam produk ini. Jangan main beli sahaja! Jika tidak bersesuaian, produk yang mengeringkan ini akan menyebabkan alahan atau luka-luka pada bibir. Lagi-lagi, jika anda terlalu kasar ketika membuang makeup kerana formulasinya yang lebih tahan lama.

Mahu  lipstik anda tahan lebih lama? Kurangkan memakan makanan yang berminyak. Kenapa? Kerana minyak akan membuatkan produk lebih cepat tertanggal dan lipstik anda tidaklah akan bertahan lebih daripada 4 jam sekiranya anda kerap makan.

Setakat ini, saya memang suka lipstik matte daripada keempat-empat jenama ini. Harganya berpatutan dan mudah untuk didapati. Warnanya juga kekal cantik dalam tempoh masa yang lama. Tiada masalah bagi saya untuk touch-up semula sekiranya ada rekahan atau lipstik mula kelihatan pudar. Ianya juga mudah dipakai dan mudah untuk ditanggalkan selepas seharian memakainya.

 Adakah anda mempunyai pengalaman menggunakan lipstik matte ? Adakah anda mempunyai masalah selepas menggunakannya?

 

Lipstik Matte | 4 Lipstik Krim Matte untuk Beginner was last modified: May 9th, 2017 by Zura