Pejam celik sudah masuk pertengahan tahun 2017 dan seperti biasa mesti anda semua ada azam baru kan? Ada yang sudah tamat belajar, ada yang berhasrat untuk melancong dan ada juga yang sedang membuat persiapan untuk bertunang. Di zaman ekonomi yang sangat mencabar, pasti anda cuba sedaya upaya untuk mencari baju tunang dan aksesori yang cantik tapi masih dalam harga bajet. Jangan risau, disini anda boleh lihat beberapa cadangan dari butik online yang berpatutan untuk majlis pertunangan anda.

 

Bella Ammara

Bella Ammara salah satu jenama yang popular di Malaysia yang mempromosi jubah, dress yang khas untuk muslimah yang bergaya pada masa yang sama. Di samping itu, Bella Ammara juga memastikan pelanggan mendapat khidmat servis yang terbaik. Begitu juga produk seperti pakai yang selesa dan menepati citarasa pelanggan. Trendy dan muslimah.

 

Leeyanarahman

Baju tunang yang anda boleh dapati ialah di butik Leeyanarahman. Pemiliknya, Nur Liyana Abdul Rahman yang menonjolkan rekaan yang bermain beberapa warna (color block) yang pada ketika ini menjadi satu konsep dan trend yang memberi pengaruh besar kepada penggemar fesyen dan gaya. Konsep baju Leeyanarahman memberi impresi mewah, eksklusif dan unik dimana menjadi satu “signature” yang tersendiri.
IG : leeyanarahman.co

Imaan Boutique

Kisah disebalik Imaan Boutique ialah inspirasi mereka untuk menampilkan konsep pakaian yang melambangkan keindahan islam. Di samping itu, mereka juga ada beberapa koleksi untuk wanita muda, wanita yang bekerjaya dan untuk wanita 40an. Koleksi baju mereka juga ada yang memberi kemudahan seperti “breast feeding friendly”, mudah untuk ambil wudhuk “solat ready”. Tambahan, koleksi baju Imaan Boutique menjual dengan harga yang berpatutan.

 

Petra.RTW

Pemilik Petra RTW, Mohd Syafiq Mohammad Puad menonjolkan konsep “high fashion”, “edgy” dan mewah dalam koleksi bajunya. Di samping itu, fabrik Petra RTW sangat berkualiti tinggi dimana sangat sesuai untuk majlis pertunangan, majlis makan malam dan majlis yang istimewa. Tambahan pula, anda boleh melawat butik mereka di Bangi dan Bangsar.

Jannahnoe.Official

Simple, elegan dan eksklusif. Konsep tersebut yang Jannahnoe menekankan dalam koleksi baju mereka. Mereka juga melancarkan koleksi yang sempurna untuk peminat warn pastel di Johor dan Singapore. Kebanyakan koleksi Jannahnoe adalah baju kurung moden yang simple dan cantik. Minimalism. Mereka juga menjual shawl dan scarf berlainan warna. Saiz yang mereka ada ialah dari S-XXL.

IG : jannahnoe.official

Baju Tunang | Jenama Dress Yang Terbaik untuk E-Day! was last modified: June 5th, 2017 by its.annekyn