Bagi perempuan, produk makeup adalah wajib yang harus dimiliki dan bedak muka seperti compact powder ialah produk basic yang pasti dan wajib dimiliki oleh perempuan. Namun, tidak semua perempuan tahu jenis bedak yang sesuai dengan kulit muka. Beberapa wanita mempunyai kulit normal, kering, berminyak dan sensitif. Jika anda mempunyai muka berminyak, anda harus memilih bedak muka yang sangat sesuai dengan kulit anda. Disini ada beberapa bedak muka terbaik untuk semua jenis kulit.

 

Revlon Colorstay Pressed Powder

Untuk wanita yang ada masalah kulit berminyak, anda boleh cuba Revlon Colorstay Pressed Powder. Revlon Colorstay formula yang mempunyai tekstur yang lembut dan dapat memberi hasil yang berseri dan licin. Disamping itu, bedak ini mampu bertahan sehingga 16 jam. Menggunakan teknologi Sofflex yang memberi impak ringan dan selesa sepanjang hari tanpa kelihatan kering dan bertapuk. Bedak ini dipakej dalam bekas hitam bersama dengan cermin dan span agar mudah untuk anda menggunakannya. Saiz kecil juga boleh dibawa kemana-mana anda pergi.

A post shared by Revlon Singapore (@revlonsg) on

 

Maybelline NY Clear Smooth Face Powder

Formula bedak ini mempunyai tekstur lembut seperti sutera dan cair secara lembut pada kulit anda. Ia juga boleh menutup parut atau cela dengan baik dan memberi kesan yang sangat natural. Selain itu, bedak ini mempunyai perlindungan UV SPF 18 yang dapat mengelakkan kulit menjadi gelap dan seimbang dengan warna kulit. Maybelline NY Clear Smooth Face Powder ini datang sekali dengan span dan bekasnya mempunyai cermin. Tambahan pula, bedak ini ada karolyn pro vitamin C yang dapat membuat kulit tampak lebih cerah dan natural.

A post shared by make up store (@makeupstore45) on

 

Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder

Bedak muka terbaik yang lain ialah dari keluaran Bobbi Brown, iaitu Bobbi Brown Sheer Finish Pressed Powder ini sangat tahan lama dan memberi sentuhan yang lembut pada kulit anda. Bedak ini 100% bebas minyak dan menyerap minyak dengan tambahan vitamin agar lebih selesa dipakai. Produk ini berbentuk segi 4, packaging yang sangat elegan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja anda pergi. Selain itu, bedak ini mempunyai 10 warna kulit untuk anda padankan dengan warna kulit. Apabila anda aplikasi di muka anda, anda dapat rasakan bedak itu ringan dan menyerap minyak dengan baik.

A post shared by H_beautybay (@h_beautybay) on

 

Mary Kay Mineral Pressed Powder

Seterusnya, bedak muka terbaik untuk anda ialah Mary Kay Mineral Pressed Powder. Bedak jenis mineral Mary Kay ini berbentuk compact. Anda boleh mengaplikasi bedak ini dengan menggunakan brush atau span. Di samping itu, bedak ini lebih ringan dan natural seperti anda tidak dapat rasa pakai sebarang bedak di muka. Bedak compact ini sangat sesuai untuk kulit minyak dan kering sebab ia boleh serap minyak dan formulanya jugak tidak mengeringkan kulit. Jika anda jenis senang pakai dan suka touch up, ini ialah produk yang sesuai untuk anda.

 

Pixy UV Whitening Two Way Care

Bedak padat Pixy ini tahan lama pada muka anda. Tidak rasa berpeluh atau berlengas, bedak ini masih kekal di muka anda. Di samping itu, ia juga menampakkan kulit lebih cantik berseri jika anda sedikit berpeluh. Ia seperti natural glow di wajah anda. Tambahan pula, harga bedak ini sangat berpatutan dan boleh tahan sehingga 8 jam. Tidak lupa juga, coverage bedak ini mmg kemas, rata, cantik dan licin.

A post shared by alfatbeauty (@alfatbeauty) on

Bedak Muka Terbaik | 5 Bedak Muka Terbaik Untuk Anda was last modified: May 13th, 2017 by its.annekyn