Featured photo credit to Bio Essence Malaysia. Bio Essence ialah produk penjagaan muka buatan Singapura yang sangat dipercayai di Malaysia. Berpangkalan di Singapura, Bio Essence ternyata semakin meningkat naik di negara-negara Asia seperti Malaysia, Hong Kong, China, Thailand, Vietnam, Myanmar dan juga UK, Bio Essence telah mengeluarkan pelbagai rangkaian penjagaan kulit yang terbukti keberkesanannya. Ia diiktiraf sebagai produk penjagaan kulit nombor 1 di Watsons. Antara produk laris dari Bio Essence ialah Bio Essence 24k Gold Water. Bio Essence merupakan antara yang terawal mengeluarkan produk penjagaan berasaskan emas dengan harga yang sangat berpatutan.

Kebaikan 24k gold pada kulit wajah:

Terdapat banyak manfaat gold atau emas pada kulit wajah yang semestinya tak dapat dinafikan. Penggunaan emas dalam penjagaan kulit telah bermula sejak dari dulu lagi oleh orang Jepun, Roman dan juga Mesir. Antara kebaikan emas ialah mengurangkan kedutan dan garis halus tanda penuaan, merawat masalah kulit terbakar akibat cahaya matahari, menegangkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan penghasilan collagen pada kulit wajah. Emas juga akan membuatkan kulit wajah tampil lebih bersinar dan sihat.

Bio Essence 24k Gold Water

BIO ESSENCE 24K GOLD WATER

Diperbuat daripada 98% emas asli, Bio Essence mengandungi kandungan anti-oksidan yang menghalang radikal bebas dan melambatkan proses penuaan kulit. Memang dah lama nak cuba Bio Essence 24k Gold Water tapi untuk jumpa Gold Water bersaiz kecil memang susah, mungkin disebabkan ramai yang memilih untuk membeli gold water yang bersaiz kecil dan lebih murah.

Antara fungsi Bio Essence 24k Gold Water :

Fine Pores, Firm and Supple, Wrinkle Defy, Sebum Restored, Energized, Luminous Radiance

  • Mengecutkan pori: Pori-pori akan jadi lebih kecil, kulit terasa tegang dan licin
  • Tegang & Lembap: Memperbaiki sel kulit, elasticity dan elak kulit kendur
  • Mengurangkan kedut halus: Mengekalkan keremajaan kulit
  • Melembapkan kulit: Kulit lebih matte dan sebum balance
  • Menggalakkan skin renewal: Kulit sihat dan muda
  • Glow and radiance: Muka lebih glowing selepas penggunaan

Bio Essence 24k Gold Water Review

Botol kaca berwarna jernih, berpenutup plastik warna keemasan. Terdapat dalam botol besar 150 ml dan botol kecil 30 ml yang sangat ringan dan mudah dibawa. Macam gel yang mempunyai serpihan gold mewah. Tekstur sangat ringan, sejuk. Dengan teknologi bio-energy fluid, ia mudah menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit pada wajah. Kulit wajah terbukti lebih tegang dan pori-pori semakin mengecil selepas penggunaan. Sangat sesuai dipakai sebelum makeup kerana ia menutup liang pori yang boleh menyebabkan makeup tidak sekata. Makeup menjadi lebih sekata selepas menggunakan Bio Essence 24k Gold Water. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan sesuai juga untuk yang berkulit sensitif.

Pros

bio essence gold water

Dua size, besar dan kecil memudahkan pengguna untuk penggunaan semasa di rumah atau ketika travel. Tak perlu lagi moisturiser atau pelembap wajah kerana Bio Essence Gold Water bukan saja melambatkan penuaan, ia juga melembapkan kulit sekaligus mengecilkan liang-liang pori. Essence gold water ni juga mengandungi banyak gold flakes didalam nya, sangat memuaskan. Tak menyebabkan jerawat dan keradangan kulit lepas penggunaan sebab sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif. Kuantiti yang sedikit cukup seluruh muka, sangat menjimatkan. Sebotol kecil 30 ml boleh tahan penggunaannya sekurang-kurangnya tiga hingga lima bulan.

  • Kulit lebih lembut dan lembap
  • Jimat
  • Boleh dijadikan makeup base
  • Meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat dan mudah

Cons

Botol kaca ini dengan lubang kecil untuk menuang gold water ke tapak tangan, tak begitu “hygienic”. Sedikit sukar untuk menuang ke tapak tangan kalau gold water ni dah nak habis haha

  • Botol kurang ‘hygienic”

Cara penggunaan Bio Essence 24k Gold Water

Keringkan wajah selepas mencuci. Sapukan Bio Essence 24k Gold Water ke seluruh wajah dan biarkan seketika kerana ia akan meresap dengan pantas. Boleh dipakai selepas mencuci muka atau sebelum makeup.

Cara dapatkannya?


Bio Essence 24k Gold Water boleh didapati dimana-mana farmasi dan secara talian terutama sekali di Aeon Wellness, Watsons dan Guardian. Bagi yang sukakan bau-bauan bunga ros, boleh cuba Bio Essence 24K Gold Rose Water.

Repurchase?

Definitely! Sangat berbaloi dengan setiap pembelian. Dah menjadi kemestian before makeup mesti apply Bio Essence 24k Gold Water. Muka terasa lebih licin dan lembap. Overall rated 4.5 over 5.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web official Bio Essence Malaysia.

Korang dah cuba Bio Essence 24K Gold Water? Best tak? Kalau best, jom komen sikit di bawah ❤

Bio Essence 24k Gold Water Review was last modified: May 25th, 2017 by Melly