Rambut kering, berminyak dan bercabang? Atau ada masalah rambut yang lain? Ha itu bermakna rambut and perlukan khasiat dan rawatan lebih dari hanya syampu dan perapi rambut. Anda pernah cuba untu membuat masker rambut? Kalau muka kita ada mask untuk wajah lebih cantik, rambut juga perlukan mask. Sebenarnya cara membuat masker rambut secara semulajadi amat mudah. Semua wanita inginkan rambut yang licin, lembut dan sihat kan? Kadang-kadang kerosakan rambut berpunca dari pencemaran udara dimana udara yang kotor terlekat di rambut. Di samping itu, sinar UV dan klorin dalam kolam renang juga menjadi punca. Namun, anda jangan risau. Anda boleh buat masker sendiri di rumah. Di sini ada beberapa cara-cara membuat masker rambut.

 

Alpukat (Avocado)

Cara-cara membuat masker rambut yang pertama ialah dengan menggunakan buah alpukat (avocado). Alpukat sangat baik untuk rawat rambut yang rosak. Caranya mudah iaitu sediakan satu buah alpukat yang masak, satu setengah gelas susu, minyak zaitun satu sudu. Kemudian, campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati menjadi likat. Oleskan campuran masker tersebut ke rambut selama 20 minit agar masker tersebut menyerap ke dalam kulit kepala. Selepas selesai, bilas dengan air bersih.

 

Telur

Seterusnya, anda boleh cuba dengan kaedah menggunakan telur. Cara membuat masker dengan menggunakan telur juga mudah utuk dibuat. Yang pertama, anda sediakan satu biji telur, minyak zaitun, susu dan perahan jus lemon. Kemudian, campurkan semua bahan tersebut sehingga sebati. Seterusnya, sapukan campuran tadi hingga ke kulit kepala dan ia diperap selama 20 minit untuk masker tadi meresap. Akhir sekali, bilas rambut anda hingga bersih.

 

Pisang

Pisang merupakan salah satu buah yang banyak manfaat selain masker rambut. Ia juga diggunakan untuk kesihatan wajah dan khasiat yang baik untuk badan kepada sesiapa yang menggemari buah pisang. Ternyata buah ini dapat merawat kesihatan rambut agar ia menjadi lebih cantik dan berkilat. Berikut ialah cara-cara membuat masker untuk rambut dengan menggunakan pisang. Pertama sekali, sediakan satu biji buah pisang dan kisar dengan blender sehingga halus. Campurkan dengan satu biji telur, 3 sudu madu dan 5 sudu minyak zaitun. Kacau sehingga semua bahan tadi sebati dan rata. Kemudian, sapukan masker pisang tadi ke seluruh rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan ia selama 15-30 minit dan bilas dengan air bersih selepas selesai.

A post shared by MEGUMI☆ (@aloha8637) on

 

Oatmeal

Masker oatmeal merupakan masker yang bertindak sebagai agen yang menghilangkan masalah kelemumur pada kulit kepala yang menyebabkan kegatalan yang tidak selesa. Masalah kelemumur juga merosakkan rambut dan menyebabkan keyakinan kita berkurang untuk berhadapan dengan orang lain. Jadi, ini cara-cara untuk membuat masker menggunakan oatmeal. Pertama sekali, campurkan satu sudu oatmeal dengan satu sudu minyak zaitun dan 1 sudu susu segar. Campur hingga sebati dan oleskan ke rambut anda secara merata. Biarkan selama 20 minit dan bilas rambut sehingga bersih.

 

Teh Hijau

Teh hijau sudah lama dipercayai bahawa ia mempunya khasiat yang baik tubuh badan dengan membuang toksik dalam badan. Kandungan antioksida dalam teh hijau mampu memperbaiki rambut yang kurang sihat dan rosak. Di samping itu, ia juga mampu merangsang pertumbuhan rambut agar ia jadi lebih tebal, lebat dan sihat. Disini aialh caranya. Sediakan tu beg teh dan satu cawan air panas. Biarkan air panas tadi jadi lebih suam tapi bukan sejuk ya. Campurkan teh tadi dalam air suam tadi dan kacau. Kemudian, oleskan campuran tadi ke rambut anda secara merata. Biarkan ia diperap selama 20 minit dan bilas dengan air bersih untuk hilangkan serbuk teh tadi. Akhir sekali, bersihkan rambut anda dengan syampu dan bilas sehingga bersih.

Cara-Cara Membuat Masker Rambut was last modified: June 6th, 2017 by its.annekyn