Ramai yang tertanya tanya bagaimana cara mekap yang betul dan tahan lama. Maklum lah, negara kita kan beriklim panas lembab. Jadi agak kurang selesa kan sebenarnya bila mekap mula cair dan bercapuk selepas pakai sejam dua. Habis tu macam mana? Apa cara paling berkesan untuk atasi masalah ni?

Ok, mari kami guide anda sebab sebenarnya tak susah pun untuk pastikan mekap kekal lama dan tak cair disebabkan peluh. Dibawah ni kami dah senaraikan 5 langkah penting yang anda patut lakukan.

Semoga dapat membantu!

Kulit Berminyak – Musuh utama anda

Permukaan kulit yang sihat sangat penting untuk membuatkan mekap tahan lama. Jika kulit anda sangat berminyak, mekap akan menjadi lebih cepat cair. Paling lama bertahan pun cuma 1 jam. Lepas tu terus bercapuk! Jadi, pastikan anda tahu cara cara yang betul untuk mengawal minyak pada muka.

Salah satu contohnya, elakkan penggunaan toner wajah yang mengandungi alkohol. Sila lah cek dulu senarai bahan yang digunakan sebelum membeli. Toner yang mengandungi alkohol akan menyebabkan kulit semakin kering, lantas menyebabkan kulit anda mengeluarkan lebih banyak minyak. Jadi kalau nak mekap tahan lama, kena lah tackle punca utama kulit bermasalah, kan?

Primer – ‘Base’ untuk mekap

A post shared by Siouxie (@siouxieblog) on

Primer ni antara langkah penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap tahan lama. Bergantung kepada jenis primer yang anda guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. hal ini kerana primer bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatkan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama. Antara primer yang kami cadangkan adalah dari Laura Mercier Foundation Primer. Primer ni mungkin agak mahal untuk sesetengah orang, jadi anda boleh sahaja guna mana mana primer yang terdapat di drugstores, asalkan fungsinya adalah untuk ‘long-wearing’.

Foundation – Yang mana patut anda pilih?

Memilih foundation yang betul juga merupakan salah satu cara mekap yang betul dan tahan lama. Terdapat berpuluh jenis foundation di pasaran, tetapi kami sarankan anda untuk membeli foundation yang ‘long wearing’. Selalunya foundation begini agak ‘heavy’ atau tebal kerana konsistensinya. Namun begitu, foundation jenis ini akan membuatkan mekap seperti blush dan highlighter tahan lebih lama. Antara foundation ‘long wearing’ yang kami cadangkan adalah Revlon Colorstay 24H Foundation yang boleh didapati di Watsons ataupun Guardians.

Setting Powder – Perlu atau tidak?

Bedak pada pandangan kami adalah ‘optional’ bergantung kepada jenis foundation yang anda gunakan. Sesetengah foundation ‘long-wearing’ sangat tahan lama dan tidak memerlukan bedak langsung. Oleh itu, apa yang boleh kami katakan, guna bedak bergantung kepada foundation anda. Antara bedak yang boleh digunakan adalah Laura Mercier Loose Setting Powder atau Rimmel Stay Matte Powder.

Setting/Finishing Spray –  Final touch

Langkah ini sangat penting jika anda inginkan mekap yang tahan lama. Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan membantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit. Sesetengah finishing spray seperti M.A.C Fix+ juga dapat membantu untuk mekap tampak lebih segar dan natural, namun ia tidak mampu membuatkan mekap tahan lama. Jadi produk yang kami cadangkan adalah Urban Decay All Nighter Makeup Setting Spray atau NYX Matte Finish Makeup Setting Spray yang boleh didapati di Sephora berdekatan.

Kesimpulan

Pada pandangan kami, kita perlulah terlebih dahulu mengatasi punca utama yang menyebabkan mekap cair dan kurang tahan lama iaitu kulit muka yang bermasalah. Dengan penjagaan yang lebih baik dan rapi, kulit akan bertambah lebih sihat lantas membuatkan aplikasi mekap lebih cantik. Penggunaan produk mekap yang sesuai seperti primer dan bedak cumalah langkah extra dalam cara mekap yang betul dan tahan lama. Betul tak? 🙂

 

Cara Mekap yang Betul dan Tahan Lama was last modified: May 12th, 2017 by Husna