Rimas pakai maskara, bulu mata palsu? Inginkan bulu mata lentik persis Gigi Hadid? Namun, anda kena kenalpasti dahulu punca-punca bulu mata anda menipis dan ada beberapa punca yang menyebabkan bulu mata menipis yang anda tidak tahu. Selalunya, bulu mata menipis adalah kerana anda sering menggosok mata. Kadang-kadang mata anda gatal atau debu masuk dalam menyebabkan anda mula menggosok mata dan secara tidak langsung, boleh menipiskan bulu mata. Seterusnya, keturunan atau genetik. Ada kemungkinan besar jika genetik anda mempunyai bulu mata nipis, anda juga termasuk dalam kalangan itu. Di samping itu, faktor bulu mata nipis juga boleh berpunca dari makeup. Anda sudah semestinya memakai bulu mata palsu atau maskara yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata anda. Tapi, jangan risau, ada cara melebatkan bulu mata lebat dan cantik. Di sini ada beberapa petua tradisional mudah yang anda boleh amalkan di rumah.

 

Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak kandungan vitamin E yang sangat manfaatkan kesihatan dan kecantikan. Di samping itu, minyak zaitun boleh boleh menumbuhkan dan melebatkan rambut. Ini bererti ia juga boleh membantu melebatkan bulu mata.

Cara :

-Hanya oleskan minyak zaitun pada bulu mata anda menggunakan batang maskara yang bersih dan tidak digunakan lagi.

A post shared by dsimplybeauty (@dsimplybeauty) on

Tangkai Daun Sirih

Daun sirih dikenali sebagai herba yang mempunyai banyak manfaat kerana ia mengandungi anti-bakteria dan antiseptik yang sangat tinggi. Namun selepas melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata tangkai daun sirih mempunyai vitamin E yang turut memberi manfaat dalam melebatkan bulu mata.

Cara :

– Hanya tumbuk tangkai itu sehingga halus dan campurkan dengan sedikit gel lidah buaya (aloe vera). Sapukan secara merata dia bulu mata dan tinggalkan selama 30 minit. Kemudian bilas.

A post shared by 081375041150 (@khylamunda) on

Teh Hijau

Seterusnya, cara melebatkan bulu mata ialah menggunakan teh hijau. Teh hijau mengandungi anti-oksidan dan karsinogenik. Selalunya teh hijau digunakan untuk menggantikan kopi kerana kandungan kaffein nya lebih rendah. Di samping itu, teh hijau boleh membuatkan rambut dan bulu mata lebih lebat. Untuk dapatkan hasil lebih efektif, gunakan serbuk teh dari uncang teh. Cara :

– Ambil satu sudu teh dan campurkan dengan sedikit air sehingga ia menjadi likat. Kemudian, ambil kapas dan celup. Letak kapas tadi di bulu mata anda dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

A post shared by Rena (@renaf123) on

Air Kelapa

Manfaat air kelapa terlalu banyak kepada kita dari detoksifikasi toksin dan tidak lupa juga ia mempunyai kandungan cytokinin, kalium dan clorin yang tinggi dipercayai dapat mencegah penuaan dan kanser. Kandungan Vitamin E dalam air kelapa juga yang dapat membantu melebatkan rambut dan bulu mata. Ini juga salah satu cara melebatkan bulu mata. Cara :

– Sediakan air kelapa (kelapa muda). Kemudian, ambil airnya dan biarkan semalaman. Esok paginya, ambil air tersebut dan usap ke bulu mata anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air bersih

A post shared by Taynara (@taynarajoy.silvawolf) on

Lidah Buaya (Aloe Vera)

Aloe Vera bukan nama asing dalam dunia kecantikan. Kebaikan aloe vera bukan sahaja melembapkan kulit kering malah boleh melebat bulu mata dan rambut. Namun, anda perlu berhati-hati dengan gel aloe vera ini adalah kerana getahnya boleh membuat mata anda gatal ad iritasi. Cara melebatkan bulu mata dengan menggunakan aloe vera ialah :

– Sediakan gel aloe vera terlebih dahulu. Kemudian, oleskan pada bulu mata secara perlahan-lahan. INGAT. JANGAN TERKENA MATA. Untuk memudahkan anda, gunakan batang maskara atau cotton bud.  Selepas itu, biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air sehingga gel nya hilang.

A post shared by Taynara (@taynarajoy.silvawolf) on

Cara Melebatkan Bulu Mata | Tips Mudah Melebatkan Bulu Mata was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn