Ramai yang tidak tahu cara membersihkan muka dengan betul. Mereka fikir cukup sekadar membersihkannya dengan menggunakan pembersih wajah atau cleanser dan teruskan dengan rutin kecantikan seterusnya. Tahukah anda cara membersihkan muka memberi kesan kepada kecantikan dan kesihatan kulit wajah? Artikel kali ini Melly ingin berkongsi cara membersihkan muka dengan betul.

Kenapa Membersihkan Muka Sangat Penting?

Membersihkan muka sangatlah penting kerana kulit kita memerlukan penjagaan yang rapi untuk kekal cantik dan sihat. Wajah yang jarang dibersihkan mempunyai kecenderungan untuk menjadi kusam, ditumbuhi jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain. Namun begitu, terlalu kerap membersihkan muka dengan pembersih juga tidak digalakkan. Ini kerana bagi sesetengah orang, kulit mereka sangatlah sensitif dan berpotensi untuk menjadi bertambah kering.

Cara Membersihkan Muka dengan Betul

#1 Tanggalkan sisa makeup sebelum membersihkan muka

Kenapa kita dinasihatkan agar membersihkan muka daripada makeup terlebih dahulu? Ini kerana untuk memastikan kita menanggalkan sisa kotoran daripada wajah dengan lebih efektif. Gunakan micellar water Garnier yang boleh didapati di Watson pada harga RM 29.90 untuk setiap 400ml. Jika mempunyai bajet lebih, apa kata dapatkan Neutrogena Deep Cleansing Oil untuk menanggalkan sisa makeup sebelum membersihkan muka.

#2 Gunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit

Sebelum membeli, pastikan anda mengetahui masalah kulit yang dihadapi.

  • Mereka yang mempunyai masalah kulit kering: Gunakan produk berasaskan minyak
  • Berminyak terutama di kawasan T-Zone atau kulit kombinasi: Gunakan produk berasaskan minyak atau bebas minyak
  • Mempunyai kulit biasa atau normal: Gunakan produk berasaskan minyak
  • Kulit berminyak: Gunakan produk bebas minyak

#3 Gunakan air suam atau air sejuk

Elakkan menggunakan air panas kerana ia akan mengeringkan kulit dan meninggalkan kesan kemerah-merahan. Sebelum membersihkan wajah, basahkan wajah dengan menggunakan air suam. Air suam membantu untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran yang melekat di wajah. Air sejuk sesuai digunakan selepas proses extraction, atau memicit blackhead atau whitehead kerana ia membantu menutup pori-pori yang terbuka.

#4 Urutan ketika membersihkan muka

Pastikan anda tidak mengurut muka anda ke bawah kerana ia akan mengendurkan kulit muka anda. Urut secara ‘circular’ bagi melancarkan peredaran darah di sekitar kulit wajah. Lakukan selama beberapa minit.

#5 Jangan bersihkan muka dengan pembersih muka terlalu kerap

Pastikan anda tidak terlalu kerap membersih muka menggunakan cleanser kerana ia bukanlah cara yang betul. Jika anda merasa kurang selesa, basahkan muka anda dengan air sahaja. Tetapi, pastikan ketika itu anda tidak berpeluh kerana ia boleh menyebabkan ruam.

#6 Sebersih-bersihnya

Selepas membersihkan muka, pastikan anda membilas wajah anda dengan bersih. Elakkan sisa buih pembersih melekat pada wajah kerana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Kawasan yang sering kali kurang diberi perhatian ialah kawasan dibahagian rahang, dagu, telinga dan dahi berdekatan rambut.

#7 Skrub sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Bagi yang mempunyai kulit kering, anda tidak digalakkan menggunakan skrub 3 kali seminggu. Skrub memudahkan proses membersihkan sel-sel kulit mati yang tertinggal di wajah selain membersihkan kotoran yang terperangkap di dalam liang pori.

#8 Gunakan berus muka

Selain melakukan urutan tangan, adalah lebih baik dan efektif jika anda membersihkan wajah menggunakan berus muka atau lebih dikenali sebagai facial brush untuk membersihkan muka. Ianya membersih muka anda dengan lebih mendalam dan menyeluruh selain menghalang liang pori daripada tersumbat.

#9 Lap kering menggunakan tuala bersih

Selepas membersihkan muka, lap kulit anda sebelum meneruskan rutin kecantikan anda yang seterusnya. Tidak perlu menggosok muka anda dengan kasar, cukup sekadar tekapkan tuala bersih pada wajah. Biarkan kulit sedikit lembap untuk memudahkan lagi rutin seterusnya. Cepat-cepat pakai pelembap atau serum selepas muka dikeringkan untuk memastikan produk meresap ke dalam kulit dengan lebih efektif.

Itulah dia sedikit tips atau cara untuk membersihkan muka dengan betul. Mudah bukan? Diharapkan tips ringkas ini membantu anda untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah anda. Wajah adalah cerminan kita, salah satu tanggapan pertama orang terhadap kita, tidak perlu makeup untuk kelihatan cantik. Kulit yang sihat ialah cantik. Ada tips yang ingin dikongsikan? Atau sebarang pertanyaan tentang rutin penjagaan kulit muka? Jom tinggalkan komen di bawah ❤

Cara Membersihkan Muka dengan Betul was last modified: May 30th, 2017 by Melly