Setiap orang mengidamkan dan ingin memiliki tubuh badan yang bersih, putih and gebu terutama sekali bagi kaum hawa sehingga sanggup menggunakan beberapa cara seperti suntikan Vitamin C atau rawatan pakar kulit badan di klinik kecantikan yang boleh menyebabkan mereka melabur wang ringgit yang banyak demi kecantikan. Namun, sebenarnya ada beberapa petua mudah dan murah lagi berbaloi yang anda boleh amalkan di rumah. Di sini anda akan ketahu cara memutihkan badan semudah 1,2,3. Mari kita lihat.

 

Betik dan Limau Nipis

Cara memutihkan badan yang pertama ialah menggunakan betik dan limau nipis. Kombinasi antara betik dan limau nipis terbukti bahawa ia dapat memutihkan kulit badan secara efektif. Ini adalah kerana 2 buah tersebut mampu membuang sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan tidak sihat. Di samping itu, ia juga kaya dengan antioksidan sehingga mampu menyingkirkan free radical.

Cara-cara :

– Sediakan betik segar dan limau nipis

– Kupas kulit betik dan potong secara halus

– Campurkan air limau dan gaul dengan betik tersebut hingga menjadi bentuk cream

– Sapukan cream tersebut tadi secara merata ke tubuh badan anda

– Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.

 

Putih Telur dan Lemon

Cara memutihkan badan seterusnya ialah putih telur dan lemon. Lemon kaya dengan kandungan Vitamin C sehingga ia sangat efektif untuk mencerahkan kulit badan manakala untuk putih telur, ia berfungsi dalam menyingkirkan sel kulit mati. Jadi, dengan 2 gabungan bahan mudah ini dapat membantu untuk mencerahkan kulit badan anda.

Cara-cara :

– Sediakan 2-3 biji telur dan 2 biji lemon segar. Ambil putih telur sahaja

– Perahkan jus lemon dan campurkan dengan putih telur tadi, kacau sehingga rata

– Panaskan campuran tadi sehingga mendidih kemudian sejukkan

– Seterusnya, masukkan dalam bekas dan oles campuran tadi ke seluruh badan secara merata

– Biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih

A post shared by LoveraSingapore (@lovera.sg) on

 

Beras dan Minyak Zaitun

Pada zaman dahulu lagi, beras dipercayai dapat memutihkan dan mencerahkan kulit secara efektif manakala minyak zaitun mampu menjaga kelembapan kulit. Apabila 2 bahan ini dicampur, ia sangat berkesan untuk mencerahkan kulit dengan cepat.

Cara-cara :

– Sediakan satu cawan beras dan minyak zaitun yang secukupnya.

– Haluskan beras hingga menjadi halus seperti bentuk tepung. Anda boleh gunakan mesin pengisar.

– Kemudian, campurkan dengan minyak zaitun sehingga ia menjadi dalam bentuk paste.

– Oleskan pada tubuh badan secara merata selama 20-30 minit sebelum bilas dengan air bersih

A post shared by Hela (@helacorpllc) on

 

Madu dan Lemon

Cara memutihkan badan seterusnya ialah dengan campuran madu dan lemon. Seperti yang kita ketahui, lemon kaya dengan vitamin C serta ia juga mempercepatkan proses regenerasi sel kulit dimana sel kulit yang dah mati digantikan dengan sel kulit yang baru.

Cara-cara :

– Sediakan madu sebanyak 1-5 sudu teh dan air jus lemon yang diperah

– Campurkan 2 bahan tersebut dengan sebati

– Sapukan campuran tadi ke seluruh badan and secara merata dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

A post shared by Pratsides & Co (@pratsidesco) on

 

Avocado

Avocado atau dalam bahasa melayu nya ia dipanggil buah alpukat. Avocado mengandungi mineral, vitamin dan minyak semulajadi yang dapat menjaga kesihatan dan kelembapan kulit. Selain itu, ia juga dapat membantu memutihkan kulit badan dengan cepat.

Cara-cara :

– Sediakan 2-3 biji buah avocado yang masak

– Hancurkan buah avocado tadi dalam blender sehingga halus dan campurkan dengan air yang secukupnya.

– Apabila ia menjadi dalam hasil bentuk cream, oleskan cream tadi secara merata di tubuh badan anda

– Biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air bersih

– Amalkan rutin ini setiap hari sebelum mandi.

 

Cara Memutihkan Badan | Semudah 1,2,3 Cara Memutihkan Badan was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn