Siapa yang tak inginkan kulit yang cerah dan sihat? Pelbagai produk kecantikan dicuba tapi hasilnya masih sama. Mungkin lebih baik kita kembali ke bahan semula jadi. Kali ini Melly ingin berkongsi beberapa tips dan cara mencerahkan kulit wajah dengan mudah. Sebelum itu, jom baca dulu apakah faktor yang menyebabkan kulit kita gelap tidak bermaya.

Faktor Kulit Gelap Tidak Bermaya

Ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kulit kita menjadi gelap. Genetik atau keturunan seseorang boleh menyebabkan seseorang menjadi gelap kerana pigment kulit berasal daripada keturunan tidak dapat diubah. Selain itu, gaya hidup yang kurang sihat juga boleh mempengaruhi warna kulit seseorang. Sering tidur lewat, kurang minum air putih, dan juga tidak menjaga kebersihan kulit wajah seperti jarang membersihkan wajah juga menjadi punca kulit gelap.

Jika anda seorang yang sering berjemur atau terdedah kepada sinaran matahari, kulit anda yang cerah juga bakal menjadi gelap dan kusam. Disamping itu, faktor umur, dimana produksi kolagen dalam wajah memainkan peranan. Kolagen hanya giat dihasilkan oleh kulit wajah apabila kita menghampiri puberty atau kematangan.

Cara Mencerahkan Kulit Wajah

Produk kecantikan sahaja tidak cukup untuk membuatkan kulit wajah cerah dan sihat. Ditambah pula banyak produk-produk kecantikan kini yang menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan proses pemutihan. Adalah lebih baik kita menggunakan bahan semula jadi yang lebih selamat pada kulit dan kesihatan. Walaupun lambat, ianya tidak memberi kesan yang memudaratkan pada masa depan.

Tomato

Tomato mempunyai banyak kelebihan dari segi kecantikan wajah selain rasanya yang sedap. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Jus tomato yang digabungkan bersama beberapa titis jus lemon membantu untuk mengecilkan liang pori. Sapu pada wajah selama 15 minit, kemudian bilas bersih.

Untuk mengurangkan jerawat, lenyek tomato dan sapukan seluruh muka. Ia berfungsi untuk menyejuk, melicin dan menyerap minyak berlebihan pada wajah yang boleh menggelapkan kulit. Selain itu, jus tomato juga boleh dicampur bersama jus timun untuk hasil yang sama.

Ingin menghilangkan bintik hitam? Potong dan sapukan tomato pada kawasan tersebut.

Bagi merawat sunburn, campurkan jus tomato bersama susu mentega dan sapu pada kulit. Biarkan selama 30 minit. Jika kulit anda kasar dan kusam, campurkan jus tomato bersama yogurt untuk meningkatkan kandungan protein pada kulit. Jus tomato bersama madu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato yang juga kaya dengan vitamin A dan C sangat berkesan untuk mencerahkan kulit yang kusam. Selain itu, biji tomato yang dicampur gula juga boleh digunakan sebagai skrub untuk mencerahkan kulit wajah. Lakukan pagi dan malam setiap hari untuk hasil terbaik.

Lidah Buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit wajah. Gunakan lendir lidah buaya asli dan sapukan pada wajah setiap kali sebelum tidur. Ia bukan saja mencerahkan, tetapi juga mengekalkan kelembapan kulit serta menghilangkan parut. Kulit akan terasa licin dan bersih jika penggunaan secara konsisten. Sukar mendapatkan aloe vera asli ? Di 11streetmy, anda boleh dapatkan aloe vera 100% asli  dengan harga RM 56.20 seliter.

Minum Air Putih atau Air Bersih

Minum air adalah langkah paling mudah boleh diamalkan seharian. Kerana badan kita sentiasa memerlukan air yang banyak. Air berfungsi untuk membantu membersihkan dalaman dan menyingkirkan toksin dalam badan. Ia juga membantu menyingkirkan sel-sel mati dan menggalakan pertumbuhan sel baru. Tambahan lagi, air juga penting untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Air Beras dan Susu

Air mencuci beras selalunya akan dibuang begitu saja kerana ramai yang masih tidak tahu akan kebolehannya untuk mencerahkan kulit wajah. Rendam wajah dan badan anda dalam air beras selama beberapa minit dua kali sehari dan lihatlah hasilnya. Kandungan Vitamin B  dalam air beras sebenarnya berguna untuk mempercepatkan proses penghasilan sel-sel kulit baru. Selain itu, susu asli juga sesuai untuk mencerahkan dan melembutkan kulit.

Pisang dan Madu

Pisang juga sangat berguna untuk kecantikan kulit. Ia mengandungi Vitamin C yang sangat diperlukan untuk mencerahkan kulit wajah. Gunakan pisang raja atau apa saja pisang yang ada. Lenyekkan dan gaul bersama madu. Kemudian oleskan ke wajah dan biarkan beberapa minit. Bilas bersih menggunakan air suam. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Menarik dan mudah bukan? Terdapat banyak lagi tips atau cara mencerahkan kulit wajah dengan mudah. Untuk kesan yang lebih baik, elakkan berjemur atau terkena sinaran matahari secara berlebihan. Ada tips yang lebih menarik dan berkesan? Diharapkan tips dan cara mencerahkan kulit wajah ini sedikit sebanyak membantu kita mencari alternatif mudah untuk diamalkan bersama rutin kecantikan seharian kita. Selamat mencuba ❤

Cara Mencerahkan Kulit Wajah | 5 Tips Mudah was last modified: May 30th, 2017 by Melly