Ramai yang gusar disebabkan oleh masalah stretch mark dan selulit pada anggota badan yang sering berlaku terutama dalam kalangan perempuan. Stretch mark atau selulit ini selalunya dilihat pada bahagian-bahagian berlipat seperti belakang lutut dan perut. Ianya berlaku disebabkan pelbagai perkara. Stretch mark atau tanda regangan pada kulit ini berlaku disebabkan oleh tumbesaran yang tidak terkawal dan kulit tidak mampu menampung tumbesaran yang berlaku.

Selain itu, ia juga berpunca daripada lemak yang terkumpul pada bahagian tertentu yang bercantum dengan kolagen dalam kulit. Ia selalunya berlaku dalam kalangan remaja dan juga perempuan yang mengandung. Artikel kali ini Melly ingin berkongsi tips dan cara menghilangkan stretch mark dengan mudah.

Stretch Mark

Apakah yang menyebabkan berlakunya stretch mark? Kulit kita mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan lapisan akhir. Stretch mark berlaku apabila dermis terkoyak disebabkan oleh regangan yang berlebihan. Regangan yang berlebihan berlaku apabila tubuh badan membesar secara mendadak dan kulit badan tidak mampu untuk menampung atau ketika mengandung. Antara kawasan yang sering berlakunya stretch mark ialah kawasan di bahagian bahu badan, payu dara, perut, peha, punggung, dan juga betis. 

Cara Menghilangkan Stretch Mark

Menghilangkan stretch mark sebenarnya amat susah dan bakal mengambil masa yang lama. Tapi masih ada pelbagai cara yang boleh diamalkan sebagai usaha untuk  untuk mengurangkan dan menghilangkan stretch mark yang boleh diambil.

Langkah #1: Krim Parut

Krim parut bukan saja boleh digunakan untuk menghilangkan parut tetapi ia juga berkesan untuk menghilangkan kesan stretch mark dan selulit pada anggota badan. Sapukan krim yang sesuai untuk menghilangkan parut dan kesan stretch mark yang boleh didapati di mana-mana kedai farmasi berdekatan.  Antara jenama terkenal dalam merawat dan menghilangkan parut serta stretch mark ialah Cocoa Butter Palmers 250 ml berharga RM 38.32 dan Bio Oil 60 ml berharga RM 32.80 yang boleh didapati di Watson.

Langkah #2: Rajinkan Bersenam

Selain itu, senaman juga membantu untuk mengurangkan proses stretch mark berlaku. Apabila sering melakukan senaman regangan, kulit secara automatik menjadi lebih fleksible dan meregang. Senaman bukan saja menyihatkan badan, ia juga meningkatkan metabolisme dan mengurangkan tekanan terhadap kulit.

Langkah #3: Minum Air Kosong

Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas setiap hari untuk memastikan kulit sentiasa terhidrasi. Kulit yang lembap akan membuat kawasan yang mempunyai masalah stretch mark menjadi lebih lembut dan mempercepatkan lagi proses pemulihan. Sapukan juga aloe vera ke kawasan tersebut kerana aloe vera mengandung 98% air yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

Langkah #4: Vitamin A dan C

Cara menghilangkan stretch mark ialah dengan memakan makanan yang mengandungi mineral dan vitamin seperti vitamin A dan vitamin C untuk memulihkan kawasan yang bermasalah.  Antara sumber makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin C ialah oren, bayam, lobak dan susu. Ianya membantu menghasilkan collagen dan elastin bagi memulihkan kesan stretch marks. Selain itu makan juga makanan yang mengandungi Omega 3 seperti telur, tuna, chia seed, dan salmon untuk menyeimbangkan hormon yang boleh menyebabkan selulit.

Langkah #5: Derma Roller

Derma Roller boleh didapati di farmasi. Ia berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru untuk menutup kawasan yang menghadapi masalah stretch mark. Roll kan derma roller ke kulit setiap hari. Ia bukan saja membantu menghilangkan stretch mark, ia juga menghilangkan parut. Kawasan yang menghadapi masalah akan kelihatan lebih sekata dan sihat. Urutan juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan stretch mark daripada berlaku.

 Langkah #6: Berus Badan Yang Sesuai dan Scrub

Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar dan berus bahagian yang berselulit. Buat pergerakan berus memanjang dan tidak berpatah balik untuk sekatakan kawasan tersebut. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memberus bahagian bermasalah dan menghilangkan stretch mark dengan lebih cepat. Scrub badan 2 hingga 3 kali seminggu terutama di bahagian stretch mark juga sangat membantu.

Stretch mark bukanlah sesuatu yang pelik dalam kalangan wanita, hampir 80% wanita mempunyai stretch mark atau selulit berbanding lelaki. Berbadan besar tidak menjadi punca berlakunya stretch mark. Faktor keturunan juga boleh menyebabkan seseorang yang berbadan kurus dan kecil juga mempunyai masalah stretch mark. Diharapkan tips ini membantu awak yang di luar sana dalam usaha untuk menghilangkan kesan stretch mark.

Ada tips yang lebih berkesan? Jom kongsi bersama dengan meninggalkan komen di bawah. Sharing is caring ❤

Cara Menghilangkan Stretch Mark Dengan Mudah was last modified: May 25th, 2017 by Melly