Pemerah pipi atau lebih dikenali sebagai blusher merupakan perkara asas dalam makeup seharian. Ianya menyerikan lagi wajah seseorang daripada kelihatan pucat tidak berwarna. Debukan, sapukan dan pusarkan blusher pada bahagian pipi, itu adalah perkara biasa yang dilakukan.

Tetapi tahukah anda jika kita memakai blusher mengikut teknik yang betul, ia akan menampakkan ‘facial features’ sebagaimana contouring dan highlighting lakukan. Wajah akan tampak lebih menawan daripada biasa. Oleh itu, jom baca beberapa tips atau cara pakai blusher mengikut bentuk muka yang ingin Melly kongsikan.

Cara Memilih Jenis Blush

Blush biasa yang sering digunakan ialah berbentuk ‘powder’ tetapi blush juga ada dalam bentuk gel dan juga cream. Blusher yang berbentuk powder dan gel sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Manakala, blusher berbentuk cream lebih sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit natural hingga kering. Jenis apa pun yang dipilih, warna blusher yang dipilih juga perlulah disesuaikan dengan warna kulit.

Tips memilih warna yang sesuai:

  • Pilih warna blush yang akan menampakkan ciri-ciri wajah. Merah terang tidak sesuai kepada mereka yang berwajah pucat tetapi lebih sesuai pada yang berkulit coklat gangsa.
  • Jika wajah pucat, gunakan blush merah jambu atau yang berwarna sedikit tan.
  • Tips untuk mencari warna blush mengikut kulit ialah dengan memicit jari untuk melihat warna yang terhasil di jari (warna darah) adalah warna yang sesuai.

Cara Pakai Blusher Mengikut Bentuk Muka

Ramai yang belum tahu cara pakai blusher yang sebetulnya. Sebelum memakai blusher, pastikan solekan wajah seperti memakai foundation dan bedak sudah selesai sepenuhnya. Untuk memulakan pemerah pipi, sapu dalam kuantiti yang sedikit agar lebih mudah untuk di ‘touch up’ kemudian.

Mencari Tulang Pipi

Tips penting sebelum memakai blusher ialah mencari tulang pipi. Tulang pipi ialah bahagian yang akan timbul atau naik ketika anda tersenyum. Selain membuat gerakan ‘fish face’, kita juga boleh mengenalpasti tulang pipi dengan menggunakan jari. Letakkan ibu jari dibahagian tepi telinga dan jari telunjuk tangan yang sama menghala ke bahagian bawah hidung. Tulang pipi terletak disekitar jari telunjuk tersebut. Turunkan sedikit ibu jari mengikut garisan tadi, dan sekarang itulah tulang pipi yang dicari-cari. Jangan senyum kerana ia membuatkan blusher disapu sedikit bawah.

Terdapat 4 jenis bentuk wajah yang perlu dikenal pasti :

Bentuk wajah yang berbeza mempunyai cara memakai blusher yang berbeza. Secara basic, ramai berpendapat blusher cukup sekadar disapu pada bahagian tulang pipi. Berikut ialah perincian tentang cara menyapu blusher mengikut bentuk wajah.

#1 Muka kelihatan Memanjang

Sapuan blusher secara mendatar akan membuat wajah kelihatan luas. Mereka yang berwajah panjang mempunyai dua pilihan iaitu menyapu blusher pada bahagian tulang pipi ke arah telinga atau bermula dari bahagian tulang pipi menghala ke atas tepi kening atau dahi. Ini akan menampakkan wajah ini lebih kecil.

#2 Muka yang Bersegi

Bagi yang berwajah segi, kekalkan teknik klasik memakai blush iaitu sapuan terus ke bahagian tulang pipi yang akan melembutkan struktur wajah. Hati-hati ketika memakai blush, elakkan terlalu mendatar kerana ia akan membuat muka anda kelihatan lebih luas. Sapu secara memanjang dan ringan, bermula dari bahagian kening ke bawah hidung.

#3 Muka Berbentuk Oval

Mereka yang memiliki muka oval sangat bertuah kerana mereka ialah golongan yang paling mudah untuk memakai blusher. Sapu pada bahagian pipi tetapi elakkan daripada memakai blusher di bahagian contouring. Blusher disapu tipis dari bahagian pipi hingga ke tepi dahi, dan jangan terlalu tebal untuk tampak lebih natural.

#4 Muka Bulat

Sapuan blusher menggunakan ‘circular motion’ di kawasan tulang pipi akan membuatkan wajah bertambah bulat. Untuk tampak lebih kurus, blusher perlu disapu sedikit bawah menggunakan pergerakan ‘angular’ dari bawah tulang pipi ke bahagian tepi dahi.

Jika menggunakan blusher berbentuk gel atau cream, dot kan blusher  dan blend menggunakan jari di bahagian tulang pipi tersebut. Sapuan berlebihan boleh diperbaiki menggunakan translucent powder. Ia juga boleh digunakan sebagai sapuan akhir untuk tampah lebih sekata.

Memakai blusher sememangnya penyeri wajah. Sekarang dah tahu cara pakai blusher mengikut bentuk muka, boleh lah cuba kan?

Ada tips-tips yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama? Jangan lupa tinggalkan komen di ruangan yang disediakan ya ❤

Cara Pakai Blusher Mengikut Bentuk Muka was last modified: May 29th, 2017 by Melly