Kulit ialah aset paling penting untuk kita ini adalah kerana benda pertama orang luar menilai kita ialah penampilan dan luaran kita. Ramai wanita yang mengidamkan kulit putih dan cerah untuk memikat suami dan kekasih hati. Namun, dengan cuaca panas, kulit mudah terdedah kepada matahari yang terik dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan kusam. Terdapat beberapa punca juga kulit menjadi gelap dan kusam. Salah satunya, keradangan atau iritasi kulit. Selain itu, keturunan atau genetik dari keluarga yang mempunyai kulit gelap. Tetapi jangan bimbang, terdapat banyak cara sama ada secara semulajadi atau pun moden dengan menggunakan produk kecantikan. Sebenarnya ada beberapa cara untuk putihkan kulit dengan bahan semulajadi tanpa ada bahan kimia yang boleh memudaratkan kulit anda. Mari kita lihat cara-cara nya.

 

Tomato

Pertama sekali, bersihkan muka anda terlebih dahulu. Kemudian, ambil sebiji tomato dan belah kepada 2 bahagian. Gosok dan sapu tomato sebentar tadi pada kulit muka dan biarkan selama 15 minit. Seterusnya, bilas muka dengan air bersih dan jika ingin hasil yang lebih efektif, amalkan 3 kali seminggu, jika rajin, buat setiap hari.

A post shared by くまくま (@choco_chiitan) on

Minum air secukupnya

Air amat penting untuk tubuh badan kita dimana ia membantu mengganti sel mati di samping menghidrasi seluruh badan. Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 litre sehari agar sistem kita dapat berfungsi dengan baik. Apabila kita minum air yang cukup, kulit juga kelihatan lembab, bersih dan semulajadi.

A post shared by Christian (@blendeffekt) on

Air Beras

Seterusnya, cara untuk putihkan kulit yang lain ialah menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa nasi ialah salah satu makan wajib untuk kita. Orang Malaysia dan nasi berpisah tiada. Hahahaha! Tetapi hanya beberapa orang yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Ketika anda mencuci beras. Jangan buang air nya. Asingkan dalam bekas lain. Kumpul sehingga penuh satu baldi dan rendam dengan air beras dalam bath tub selama 15-20minit. Amalkan selalu dan lihat perbezaannya.

A post shared by La Chan (@lachanonlineshop) on

Limau Nipis

Petua ke-empat untuk putihkan kulit ialah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan dia permukaan kulit yang anda yang berkaitan. Kemudian, biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Berendam juga boleh dilakukan dimana bukan sekadar putihkan kulit malah boleh mengharumkan bau badan anda. Oleh itu, ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan boleh dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu.

A post shared by Yagiz Pekkaya (@rouxgarcon) on

Lidah Buaya

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera yang bukan sahaja melembapkan kulit malah boleh digunakan untuk putihkan kulit. Jadi, cara untuk putihkan kulit seterusnya ialah dengan menggunakan gel lidah buaya. Pertama sekali, dapatkan aloe vera. Kemudian, potong aloe vera itu kepada 2 belah. Ambil gel nya dan sapu ke muka dan kulit kawasan yang anda mahu putihkan. Amalkan sebelum tidur untuk kesan lebih efektif. Ia bukan sahaja memutihkan kulit malah boleh melicinkan kulit anda.


Selamat mencuba, ladies!

 

Cara Untuk Putihkan Kulit | Petua Tradisional was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn