Dulu kita didedahkan dengan penggunaan cecair penanggal mekap atau tisu basah untuk menanggalkan mekap. Ianya hanya cukup sekadar membersihkan mekap tanpa menjamin kebersihan dan kesihatan kulit kita. Tapi sekarang, pelbagai jenis penanggal mekap telah diformulasikan bukan sekadar membersih malah memelihara kesihatan kulit wajah. Antara penanggal mekap yang famous ketika ini ialah Cleansing Water dan Cleansing Oil. Bagi yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, pastinya mereka tahu pembersih mekap yang mana sesuai untuk kulit masing-masing. Untuk yang masih baru berjinak-jinak dengan mekap, tahukah anda perbezaan kedua-dua pembersih mekap ini? Atau cukup sekadar memakai apa saja yang anda ingin cuba? Kali ini Melly ingin kongsikan perbezaan cleansing water dan cleansing oil dalam pembersihan mekap.

Kulit Berminyak | Cleansing Water

A post shared by Aulia Sari (@auliasari_) on

Mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak mempunyai kecenderungan untuk menghadapi masalah pori-pori tersumbat dan jerawat. Oleh itu, mereka tidak memerlukan produk penjagaan muka yang mengandungi minyak di dalamnya. Minyak berlebihan akan menyebabkan masalah kulit anda makin menjadi-jadi. Jika anda mempunyai kulit berminyak, pastikan produk penjagaan muka anda berasaskan air yang lebih mudah diserap ke dalam kulit. Pembersih makeup yang paling sesuai untuk anda ialah Cleansing Water.

Kelebihan Menggunakan Cleansing Water

  • Lebih cepat menanggalkan mekap
  • Melembapkan kulit
  • Tidak perlu dibersihkan dengan air
  • Tidak melekit
  • Muka rasa lebih bersih
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Mudah didapati di mana-mana farmasi

Kekurangan Menggunakan Cleansing Water

  • Perlu menggunakannya berulang kali untuk membersih mekap yang “waterproof”
  • Cepat habis disebabkan kebanyakan produk adalah bersifat “waterproof”
  • Perlu menggunakan cotton pad untuk membersihkan mekap
  • Tidak sesuai untuk kulit kering

Berikut ialah cleansing water yang sangat best untuk korang cuba:

Garnier Micellar Water

Antara cleansing water paling best Melly pernah jumpa. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti terbaik. Terdapat dua jenis iaitu Garnier Micellar Water untuk kulit sensitif dan juga Garnier Micellar Water Pure Active untuk kulit berminyak dan berjerawat. Mempunyai dua saiz berbeza, 125 ml berharga RM 14.50 dan 400 ml berharga RM 29.90.

Nivea Makeup Clear Oil Control Cleansing Water

Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, ia menanggalkan mekap tanpa meninggalkan sisa. Melembapkan kulit dan membuatkan kulit terasa lebih bersih. Boleh didapati di Watsons pada harga RM 17.50 bagi setiap 200 ml.

Kulit Kering | Cleansing Oil

Pembersih mekap paling sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering ialah cleansing oil. Produk berasaskan minyak adalah yang paling sesuai kerana ia selalunya mengandungi kandungan yang membantu untuk membekalkan mineral yang diperlukan oleh kulit. Antara kandungan yang selalunya ada di dalam cleansing oil ialah Vitamin E, Minyak Jojoba, rosehip dan lain-lain.

Kelebihan Menggunakan Cleansing Oil

  • Menanggalkan mekap lebih cepat dan mudah termasuk mekap yang berunsurkan “waterproof”
  • boleh menggunakan tangan tanpa menggunakan cotton pad
  • sesuai untuk kulit kering
  • mudah didapati di mana-mana farmasi

Kekurangan Menggunakan Cleansing Oil

  • mengandungi mineral oil yang boleh menyumbatkan pori
  • Gosokan terlalu kasar boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan
  • Kebanyakan mengandungi perfume dan menyebabkan allergic
  • Ada juga dalam bentuk foam atau gel
  • Tidak sesuai untuk kulit berminyak
  • Perlu dibersihkan dengan air

Berikut ialah cleansing oil yang sangat best untuk korang cuba:

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil

Berasaskan bahan botani, Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil berfungsi untuk menanggalkan mekap tanpa mengeringkan kulit. Ia menjadikan kulit lebih lembut dan lembap. Ia boleh didapati pada harga RM 51.70 untuk setiap 200ml.

Biore Cleansing Oil

Antara produk cleansing oil yang sangat murah dan berpatutan. Banyak komen positif daripada pengguna Biore Cleansing Oil.  150 ml berharga RM 24.70. Mampu membersihkan mascara bersifat “waterproof”, dan mekap yang tahan lama.

Sekarang dah tahukan perbezaan cleansing water dan cleansing oil dari segi jenis kulit? Jadi, korang akan dapat membuat pilihan untuk mencuba produk yang sesuai untuk jenis kulit korang. Diharapkan entry ringkas ini sedikit sebanyak membantu kalian memilih pembersih mekap yang sesuai. Penting tau, terutama bagi mereka yang sering mengenakan mekap untuk ke pejabat, bersiar-siar dan lain-lain. Adalah penting untuk melakukan double cleansing untuk memastikan kesihatan dan kecantikan kulit. Semoga bermanfaat.

Apa produk penanggal mekap kesukaan anda? Jom kongsikan bersama kami. Jangan lupa tinggalkan komen dibawah ❤

Cleansing Water dan Cleansing Oil | Jenis Kulit was last modified: June 3rd, 2017 by Melly