Jika anda sedang sibuk berdandan dan bersolek, sudah pasti anda mahu wajah bertrampilan yang terbaik. Namun, setiap wanita ada masalah apabila sampai mahu bersolek. Masalah foundation adalah salah satunya. Anda mempunyai masalah kulit kering dan sukar untuk cari foundation yang sesuai? Salah satu kesalahan dalam makeup adalah pemilihan jenis foundation yang tidak sesuai dengan keadaan kulit dan wajah kita. Yang pertama, anda kena ketahui jenis kulit anda. Jenis kulit wajah mempunya 5 jenis iaitu normal, oily, dry, sensitive dan combination skin ( normal + dry/oil) . Oleh itu, sangat penting untuk mengenali dan mengetahui jenis kulit anda.  Di sini ada beberapa senarai foundation untuk kulit kering yang boleh didapati di kedai drugstore dan high-end.

 

Maybelline Fit Me Dewy and Smooth Foundation (Drugstore)

Foundation Maybelline Fit Me Dewy and Smooth amat sesuai untuk anda yang ada masalah kulit kering. Ini adalah kerana foundation ini lebih nipis dari produk yang sebelumnya iaitu Maybelline Fit Me Matte and Poreless dimana ini khas untuk kulit berminyak. Hanya ambil sedikit dan ratakan dengan beauty blender dan anda boleh lihat perbezaan dan konsistensi foundation itu diratakan ke kulit anda dan memberi hasil yang lebih kemas dan natural.

 

Make Up For Ever Water Blend Face and Body (High-end)

Foundation yang sesuai untuk kulit kering ialah Make Up For Ever Water Blend Face and Body. Foundation ini menggunakan formula yang telah diperbaharui untuk membuat wajah dan kulit nampak lebih berseri dan cantik. Hal ini adalah kerana foundation ini menggunakan “water-gel” tekstur dimana ia amat sesuai kepada yang mempunyai masalah kulit kering. Formula ini menawarkan sebanyak 20 shades dan sistem numbering foundation ini sama seperti Ultra HD foundation. Ini adalah versi yang terbaru dalam koleksi Make Up For Ever.

A post shared by up2Makeup (@up2makeup_) on

 

Neutrogena Healthy Skin Liquid Makeup (Drugstore)

Seterusnya, foundation untuk kulit kering ialah Neutrogena Healthy Skin Liquid makeup SPF 20. Ini adalah kerana ia mengandungi SPF tetapi lebih digalakkan memakai sunscreen dahulu. Di samping itu, foundation ini akan memberi anda nampak lebih natural dan hasil matte finish yang lembut. Shade yang anda boleh pilih dari foundation ini ialah classic ivory, natural ivory, soft beige, natural beige, fresh beige dan medium.

 

Giorgio Armani’s Luminous Silk Foundation (High-End)

Foundation untuk kulit kering yang terakhir ialah Giorgio Armani’s Luminous Silk foundation dimana ia sangat terkenal dikalangan artis luar negara, Youtuber seperti Jeffree Star, Nikkitutorial dan lain-lain lagi. Dari pandangan makeup artis yang terkenal mengatakan foundation ini seperti jatuh cinta pada pandangan pertama. Ini adalah kerana formula dan tekstur yang sangat lembut, ringan dan merata secara menyeluruh. Pada mula, anda boleh menggunakan pelembap sebelum memakai foundation ini. Di samping itu, ia juga memberi efek yang natural dan ia sedikit berbedak, jadi anda tidak perlu memakai setting powder selepas memakai foundation ini.

A post shared by Aisha MUA (@aishamamoon) on

 

Revlon Colorstay Foundation (Drugstore)

Foundation ini mengandungi Soft Flex SPF untuk kulit normal dan kering dimana ia menggunakan teknologi yang tidak membuat foundation anda tidak mudah tertanggal. Revlon ColorStay foundation memberi perlindungan yang merata dan baik tanpa kelihatan berbelang dan “cakey”. Di samping itu, ia juga mudah sapu merata di wajah dan nampak lebih kemas dan cantik. Harga foundation ini juga amat berpatutan dengan kualiti yang diberikan.

Foundation Untuk Kulit Kering | Foundation Drugstore dan High End was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn