Aloevera adalah salah satu bahan semula jadi yang sangat bermanfaat dari segi kesihatan dan kecantikan. Ia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi dan merupakan salah satu bahan penting yang disukai oleh wanita Mesir dan Amerika. Sejarah juga menyatakan bahawa Cleopatra turut menggunakan aloevera sebagai salah satu bahan penting untuk mengekalkan kecantikan kulitnya. Terdapat banyak fungsi aloevera yang dapat kita manfaatkan dalam rutin kecantikan harian kita.

Aloevera

A post shared by Jacobo Andres (@jacobo.rg) on

  • Aloevera juga dikenali sebagai “wonder plant”
  • Kaya dengan vitamin A, C, E, asid folik, choline, B1, B2, B3, B6, B12 dan kandungan mineral seperti kalsium, zink, magnesium, kromium, sodium, salicylic asid, dan zat besi.

Fungsi Aloevera dalam Rutin Kecantikan Anda

Fungsi Aloevera #1 Sebagai moisturiser atau pelembap wajah semula jadi

Aloevera boleh dijadikan sebagai pengganti kepada moisturiser atau “makeup base” yang melembutkan dan melembapkan kulit sebelum makeup. Sapukan aloevera ke seluruh muka dan biarkan ia meresap ke kulit sebelum makeup. Aloevera mengandungi 99% air jadi ia akan meresap ke dalam kulit dengan lebih pantas.

Fungsi Aloevera #2 Masker Muka

Aloevera sangat sesuai untuk dijadikan sebagai masker kerana kebolehannya untuk merawat masalah kulit berjerawat, parut, kulit sensitif, “sunburn”  dan masalah-masalah kulit yang lain. Sifatnya yang anti-bacteria dan anti-oksida membantu mengurangkan masalah kulit dan melambatkan proses penuaan yang berlaku kepada kulit. Aloevera mampu menghidrasi dan melembapkan kulit bagi mengelak masalah kulit kering dan berminyak. Selain itu, aloevera juga boleh merawat masalah kulit seperti eczema, radang kulit, ruam atau gatal-gatal kulit. Berikut ialah antara resepi masker yang boleh kita cuba:

Resepi masker aloevera untuk kulit berjerawat dan berparut

Gaulkan aloevera bersama madu dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Resepi masker aloevera untuk kulit cerah

Buat paste yang menggabungkan sesudu kunyit, susu, madu dan beberapa titis air mawar, gaulkan bersama sehingga menjadi paste. Tambahkan aloevera atau lidah buaya ke dalam paste berkenaan dan gaul sehingga sebati. Oleskan ke seluruh muka selama 20 minit sebelum bersihkannya menggunakan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Resepi masker aloevera untuk kulit yang menghadapi masalah “sunburn”

Gaulkan aloevera bersama jus lemon dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Resepi masker aloevera untuk kulit yang menghadapi masalah pigmentasi

Gaulkan aloevera bersama air mawar dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Resepi masker aloevera untuk kulit yang menghadapi masalah kulit sensitif

Gaulkan aloevera bersama jus lemon, yogurt dan air mawar sebelum oleskan paste tersebut ke seluruh bahagian muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Resepi masker aloevera untuk detox kulit

Gaulkan aloevera bersama jus lemon, dan jus mangga asli sebelum oleskan paste tersebut ke seluruh bahagian muka. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air suam. Lakukan 2-3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Fungsi Aloevera #3 Masker Rambut

Sapukan aloevera ke rambut dan kulit kepala dan bungkus rambut menggunakan tuala sebelum tidur. Bilas bersih keesokannya harinya, rambut akan kurang gugur dan tiada lagi masalah kelemumur. Aloevera juga menyejukkan kulit kepala serta melebatkan rambut. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

Fungsi Aloevera #4 Sebagai pembersih mulut

Aloevera juga boleh digunakan sebagai “mouthwash”. Sifatnya yang anti-bacteria mampu mengelakkan pembentukan plak gigi dan bau mulut.

Fungsi Aloevera #5 Face Cream Cleopatra

Cleopatra yang juga merupakan ratu yang sangat cantik pada zaman dahulu telah menggunakan aloevera dalam rutin kecantikannya. Panaskan madu bersama almond oil, jangan didihkan. Masukkan jus aloevera dan sedikit air mawar, gaul hingga rata. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum masukkan ia ke dalam bekas. Bekas tersebut kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya. Tahan hingga seminggu.

A post shared by Blandina H Njau (@blandinanjau) on

Aloevera juga bagus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman. Selain mencantikkan kulit, ia juga bagus untuk merawat masalah-masalah kulit dan parut. Aloevera juga membantu mengawal berat badan dan kandungan kolesterol dalam badan. Jadi, terbuktilah keberkesanannya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan. Aloevera sangat mudah untuk ditanam dan dijaga tapi bagi yang malas untuk menanam aloevera sendiri, aloevera gel banyak dijual di pasaran. Antaranya ialah Forever Living Aloe Vera gel yang bukan saja boleh diminum tetapi juga disapu pada bahagian yang kita kehendaki pada hargai yang sangat berpatutan. Produk boleh didapati di Lazada pada harga RM 61.50 per liter.

Macam mana? Dah cuba resepi masker aloe vera? Best tak? Sejuk kan. Jadi apa pendapat korang tentang aloe vera? Harap info ini sedikit sebanyak membantu dalam rutin kecantikan harian korang. Kalau sudi, komen lah sikit ❤

 

Fungsi Aloevera dalam Rutin Kecantikan was last modified: May 25th, 2017 by Melly