Concealer atau dalam bahasa Melayunya iaitu penyamar noda memainkan peranan yang sangat penting dalam penggunaan mekap seharian. Ia boleh didapati dalam bentuk cream/palette, liquid, tiub, atau stick yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain berkongsi fungsi concealer dalam penggunaan mekap, Melly juga akan berkongsi cara memilih, cara penggunaan dan concealer yang sangat best untuk anda cuba. Jadi, teruskan membaca ya.

Concealer atau Penyamar Noda

Fungsi concealer atau penyamar noda ialah untuk melindungi kawasan yang ingin ditutup atau tidak mahu dilihat seperti parut jerawat dan pigmentasi. Ia juga boleh digunakan untuk melindungi kesan mata sembab akibat kurang tidur. Selain itu, concealer juga boleh digunakan untuk proses contouring. Concealer juga boleh digunakan untuk membentuk kening dan bibir agar tampak lebih kemas. Ada juga yang tidak tahu, concealer boleh dijadikan eye primer, sebelum mengaplikasikan eye shadow selain memperbaiki kesalahan mekap.

Terdapat tiga jenis concealer atau penyamar noda iaitu dalam bentuk liquid atau cecair; stick atau semi-solid liquid; dan juga cream concealer.

Liquid concealer:

  • Sesuai untuk yang mempunyai kulit normal, kombinasi, berminyak, sensitif, dan mudah tumbuh jerawat.
  • Coverage nipis hingga penuh.
  • Meninggalkan kesan atau efek satin, matte atau glowing.

Concealer dalam bentuk liquid lebih mudah digunakan untuk menutup jerawat kerana kurangnya risiko untuk menyumbatkan liang pori jika dibandingkan dengan concealer berbentuk cream. Ia juga sesuai untuk menutup kawasan yang berkedut kerana lebih mudah untuk diratakan.

Stick concealer

  • Normal, kulit kering dan sensitive.
  • Coverage nipis hingga penuh.
  • Stick concealer mempunyai tekstur semi-solid.

Concealer dalam bentuk stick mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan liang pori tersumbat, ia kurang sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak atau kombinasi.

Cream concealer

  • Sesuai untuk kulit normal, kering, kombinasi dan sensitif.
  • Coverage medium hingga penuh.

Selalunya concealer dalam bentuk cream akan didapati dalam bekas kecil, palatte atau compact. Sangat sesuai untuk di bawah mata dan bahagian yang mempunyai warna kulit yang tak sekata. Tetapi sangat mudah meninggalkan kesan “crack” dan perlu diset bersama loose powder atau setting powder.

Cara memilih concealer

A post shared by Faye (@wisteriaful) on

Pilih concealer yang bersesuaian dengan jenis kulit. Untuk bahagian bawah mata, pastikan anda memilih satu atau 2 shades lebih ringan daripada warna kulit untuk mengelakkan bawah mata kelihatan lebih cerah. Untuk bahagian wajah, pilih warna concealer bertepatan dengan warna foundation anda. Elakkan concealer yang berwarna kerana wajah akan kelihatan tidak natural.

Cara memakai atau menggunakan concealer

Jenis concealer yang digunakan mungkin berbeza, tetapi cara penggunaannya tetap. Sebelum mengaplikasikan concealer pada wajah, pastikan anda memakai pelembap terlebih dahulu.

Ada yang berpendapat concealer perlu disapu selepas foundation, tetapi ada juga yang menggunakan foundation sebelum concealer. Keduanya boleh diamalkan bergantung pada masing-masing.

Sapukan concealer menggunakan jari bersih, berus atau span pada bahagian yang warnanya tidak sekata, parut dan lain-lain. Sapu hingga rata sehingga tiada garis halus yang Nampak tidak normal.

Tutup kawasan tersebut menggunakan loose atau pressed powder. Concealer yang mempunyai matte-finish tidak perlu ditutup dengan loose powder kerana wajah akan kelihatan kering.

Untuk bahagian bawah mata, tambah sedikit highlighter untuk melindungi kawasan tersebut.

Recommended Concealer

Berikut ialah concealer kegemaran Melly :

L.A. Girl Pro Conceal HD

Didatangi dalam bentuk liquid tube, ianya sangat mudah untuk diaplikasikan pada wajah. Berharga cuma RM 30.00 setiap satu dengan 19 warna pilihan, anda boleh dapatkan di laman web L.A. Girl Malaysia.

Sendayu Tinggi Wheel Concealer

Ada 3 color code untuk warna kulit berbeza, Sendayu Tinggi Wheel Concealer boleh juga digunakan sebagai contouring. Ada empat warna setiap bekas untuk disesuaikan dengan tona kulit si pemakai. Krim dan mempunyai litupan penuh, sangat sesuai untuk kulit normal, kering, kombinasi dan sensitif. Boleh didapati di laman Web Sendayu Tinggi pada harga RM 41.35.

Maybelline Instant Age Rewind Concealer

Berharga RM 34.90, Maybelline Instant Age Rewind Concealer didatangi dengan 6 pilihan warna, ianya sesuai untuk diaplikasikan pada bahagian bawah mata. Melindungi mata sembab atau kesan lingkaran gelap bawah mata dengan baik. Boleh didapati di Watson, Guardian dan mana-mana outlet yang berdekatan.

Diharapkan maklumat ringkas ini membantu anda semua untuk menggunakan concealer yang bersesuaian dalam mekap seharian. Ada tips yang lebih best? Atau ada sebarang pertanyaan tentang cara menggunakan concealer sebagai contouring? Tinggalkan komen dibawah, kami sudi untuk berkongsi dengan anda ❤

Fungsi Concealer dalam penggunaan Mekap was last modified: May 29th, 2017 by Melly