Tentang Hatta Dolmat

Hatta Dolmat ialah nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen. Nama beliau Muhammad Hatta bin Dolma dan digelar Hatta Dolmat. Beliau dilahirkan pada 19 Disember 1982 (35 tahun) di Melaka dan membesar di Bandar Baru Bangi. Hatta merupakan anak ke4 dari 6 adik beradik. Dalam pendidikan, beliau menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah Bandar Baru Bangi dan melanjutkan diploma dalam bidang fesyen di UiTM Seri Iskandar. Selepas tamat diploma, beliau menyambung pelajarannya di peringkat ijazah di UiTM Shah Alam. Selepas tamat pengajiannya, beliau menyertai beberapa pertandingan dan mendapat pencapaian yang membanggakan. Sebagai contoh, beliau mendapat Top 3 dalam Project Runway Malaysia 2007, johan untuk pertandingan Ethnic Chic Design Award 2007 Singapore dan lain lagi.

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

 

Tentang Yuna

Seperti mana anda tahu tentang kemunculan koleksi terbaru Hatta Dolmat berkolaborasi bersama artis antarabangsa kelahiran Kedah, Malaysia iaitu Yunalis Mat Zarai atau dikenali sebagai Yuna. Yuna terkenal dengan keluaran lagu Crush yang bersuet bersam penyanyi terkenal Usher. Sebelum Yuna menceburi bidang nyanyian, beliau merupakan lepasan graduan undang-undang di UiTM Shah Alam.

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

 

Hatta x Yuna Collection

Beralih pada koleksi baru Hatta Dolmat yang dikenali koleksi Hatta x Yuna yang bermotikan corak motif floral dalam color yang menyerlah. Pakaian tersebut ditafsir dalam corak yang lembut dan cantik di kain. Kolaborasi antara 2 artis ini amat dinanti-nantikan, dimana mereka berdua ialah sahabat baik. Minat mereka dalam dunia seni dan fesyen menyatukan mereka untuk menghasilkan karya fesyen yang sangat menakjubkan. Corak and cebisan dari hasil kreativiti mereka untuk dikongsi dengan seluruh wanita disana.

A post shared by HATTAYUNA (@hattaxyuna) on

A post shared by HATTAYUNA (@hattaxyuna) on


Di samping itu, untuk wanita yang bekerjaya, remaja perempuan, hijabista dan fashionista yang obses dengan fesyen dan corak floral, koleksi ini memang khas untuk anda semua. Kardigan dan skirt panjang sesuai dipadankan dengan shawl berwarna plain untuk menampakkan lagi corak baju tersebut.

A post shared by HATTAYUNA (@hattaxyuna) on

A post shared by HATTAYUNA (@hattaxyuna) on


Koleksi Hatta x Yuna mempunyai jaket bomber dimana ia menjadi satu trend yang sangat edgy dan cool apabila dipadankan dengan ripped jeans. Dalam konsep Hatta x Yuna ini ialah refleksi dari Hatta dan Yuna yang percaya akan keyakinan. Keyakinan yang gaya boleh membuatkan wanita rasa lebih cantik, anggun dan riang di samping menekankan “women empowerent”. Tambahan pula, corak yang digelak floral NUOVA juga mempromosikan elemen feminin dalam rekaan bajunya. Dipadankan pula dengan warna menyerlah.

A post shared by HATTAYUNA (@hattaxyuna) on

Jika anda berminat untuk membeli koleksi Hatta x Yuna, anda boleh beli via online di website fashionvalet.com atau novemberculture.com (website butik Yuna). Anda juga boleh follow akaun Instagram iaitu hattaxyuna. Happy shopping, girls!

Hatta Dolmat | Hatta X Yuna Collection was last modified: June 8th, 2017 by its.annekyn