Tentang Pengasas Naelofar Hijab

Naelofar Hijab diasaskan pada bulan September 2014 oleh seorang pelakon, pengacara terkenal dan juga pemenang Dewi Remaja iaitu Noor Neelofa binti Mohd Noor atau dikenali sebagai Neelofa. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan hijab dan shawl. Tudung jenama itu yang mendapat sambutan hangat dari wanita-wanita di Malaysia dengan keluaran “Instant Shawl”. Tudung yang berbentuk shawl segera, “instant shawl” itu memudahkan wanita memakai shawl yang kadang-kadang yang agak berbelit. Ciri-ciri instant shawl ini yang mudah untuk dipakai dan kecantikan rekaan tudung itu berjaya mencuri perhatian ribuan wanita untuk menjadi pelanggan setianya.

 

Tentang Naelofar Hijab

Pelancaran jenama NH oleh Neelofa adalah dorongan dari transformasi dirinya sendiri dan semangat beliau dalam bidang fesyen. Tambahan pula, jenama ini telah berkembang pesat di Malaysia dengan pelbagai koleksi warna dan gaya untuk dipakai untuk majlis. Konsep yang tekankan ialah menampilkan hijab sebagai pemakaian yang moden, urban dan bergaya agar wanita lebih berkeyakinan untuk menjadi lebih wanita elegan.


Pasaran jenama ini bukan sahaja di Malaysia malah beliau cuba menyasarkan ke pasaran antarabangsa seperti Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Berkat rezeki Neelofa, agensi media BBC melaporkan hasil jualan Neelofa melebihi RM50 juta setahun. Betapa ramainya peminat setia koleksi tudung dari Naelofar Hijab. Di samping itu, jenama ini juga dijual secara online dan dihantar ke mana-mana tempat seluruh dunia.

Pencapaian

Pada tahun 2016, Neelofa iaitu pengasas Naelofar Hijab telah menerima anugerah ikon wanita sempena Anugerah “Tribute to Women” Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Pengiktirafan ini membuktikan Neelofa sebagai seorang ikon wanita dan usahawan yang berjaya. Neelofa juga melancarkan dua label yang lain. Jenamanya Nalelofar Abaya yang menampilkan abaya yang moden dan bergaya dan Lofalens, dimana jenama ini menjual contact lens. Butik pertama Naelofar Hijab dilancar di TTDI pada Januari 2015.

Instant Shawl | Naelofar Hijab was last modified: June 6th, 2017 by its.annekyn