Terdapat beberapa jenis dress dalam dunia fesyen. Jika gaya dan fesyen ialah mantra hidup anda dan suka membaca tentang fesyen, mari kita ketahui jenis-jenis dress untuk anda pakai untuk majlis dan event istimewa.

 

Blouson Dress

Blouson dress mempunya tali halus dan tali pinggang di keliling. Ia dapat membantu bahagia torso nampak lebih panjang dan badan anda tampak kelihatan lebih panjang. Bentuk badan yang sesuai untuk dress ini ialah wanita yang mempunyai bentuk “hourglass” atau “triangle shaped”. Dress ini sesuai untuk pergi kerja, parti cocktail, formal high tea atau makan malam.

 

Tunic Dress

Tunic dress ialah simple dan pilihan yang mudah jika anda tidak ada mood untuk terlebih “overdress”! Di samping itu, tunic dress dapat menyelamatkan anda dari “dress disaster”. Tambahan pula, dress ini sesuai dengan semua bentuk badan jadi anda boleh pakai dress ini dengan yakin!

 

Pencil Dress

Pencil dress sejenis yang mempunyai bentuk yang kecil di bawah dan selalunya dress ini paras lutut. Bentuk badan yang sesuai untuk dress ini ialah wanita yang mempunyai bentuk badan kurus dan ramping, “hourglass shaped”, “pear shaped”. Dress ini sesuai dipakai semasa bekerja, formal dates, temu duga dan parti cocktail.

 

Trench Dress

Pernah anda terfikir bagaimana anda nak menggayakan trench coat dress? Apa kata anda gayakan sebagai trench dress. Trench dress diperbuat dari fabrik kapas ringan. Bentuk badan yang sesuai untuk dress ini adalah wanita yang mempunyai “rectangle shaped” dan “less curve”.

A post shared by Ginette Tellier (@ginettellier) on

 

Bodycon Dress

Bodycon sejenis dress yang fit, stretchable dan dress ini dapat menonjolkan bentuk badan anda yang curvy seperti Kim Kardashian! Selalunya dress ini diperbuat dari fabrik lycra atau campuran polyester. Bodycon dress ini hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk badan seperti “hourglass” (ramping). Sesuai untuk majlis cocktail, clubbing bersama rakan.

 

Maxi Dress

Jika anda seorang wanita yang tinggi dan anda terasa agak terdedah memakai dress pendek, maxi dress adalah sesuai untuk anda. Dress ini sesuai untuk wanita yang mempunyai bentuk naan yang slim, “rectangle shaped” atau “apple shaped”. Ia juga sesuai untuk high tea dan majlis casual.

 

Off Shoulder Dress

Jika anda ingin kelihatan sexy dan elegant, off shoulder dress ialah dress yang sesuai. Ia tidak terlalu terdedah. Ia hanya ada sedikit ruang untuk kelihatan “tease and sexy”. Jenis bentuk badan yang sesuai untuk dress ini ialah badan yang mempunyai tulang bahu yang cantik. Di samping itu, dress ini sesuai untuk formal party, open party atau makan malam.

Jenis-Jenis Dress | Ketahui Jenis Dress Untuk Anda was last modified: June 5th, 2017 by its.annekyn