Bedak sejuk adalah sejenis bahan yang berbentuk bulat-bulat halus berwarna putih, mudah larut apabila dicampur dengan air. Bedak sejuk diperbuat dari bahan semula jadi seperti beras, beras pulut. Terdapat beberapa kebaikan bedak sejuk, cara membuat bedak sejuk dan cara untuk memakainya.

 

Cara-cara membuat bedak sejuk

  1. Pilih beras yang berkualiti
  2. Rendamkan beras dalam bekas tertutup selama lebih kurang 4 bulan. Anda perlu tukar air beras dalam tempoh tersebut.
  3. Selepas 4 bulan, keadaan beras yang direndam akan jadi lembik dan tidak berbiji lagi
  4. Letak sedikit air dan lenyek beras itu. Anda boleh tambah sedikit air mawar untuk mengharumkan bau nya
  5. Ambil kain dan bentangkan di tengah panas terik. Titik bedak sejuk yang sudah dilenyek mengikut kehendak saiz anda.
  6. Jemur sehingga kering dan keras. Untuk tambah lebih wangi, letak daun pandan dalam bekas kedap udara

A post shared by Puan Siti (@kaksiti.ucu) on

 

Cara-cara memakai bedak sejuk

  1. Ambil beberapa biji bedak sejuk. Letak bedak sejuk tadi dalam bekas kecil
  2. Isikan sedikit air bersih dalam bekas tadi. Kemudian, lenyek dan sebatikan biji bedak sejuk dengan air dan sebatikan
  3. Sapukan ke muka dan leher
  4. Biarkan ia kering kemudian cuci dengan air bersih

A post shared by abby fana official (@abbyfana) on

 

Kebaikan Bedak Sejuk

  1.  Menyejukkan muka : Bedak sejuk sememangnya menyejukkan kulit muka apabila kita menggunakannya.
  2.  Mengurangkan minyak pada muka : Selain menyejukkan muka, bedak sejuk juga mampu menyerap minyak yang berlebihan pada kulit muka kita
  3.  Melicinkan kulit muka : Seperti kita tahu semua, air beras sangat baik untuk kulit. Oleh kerana nutrien perahan air beras menyerap ke kulit dan melicinkan muka
  4.  Menanggalkan sel kulit muka : Amalan penggunaan bedak sejuk dapat membuang sel-sel kulit mati di wajah kita.
Kebaikan Bedak Sejuk | Apa Itu Bedak Sejuk? was last modified: June 5th, 2017 by its.annekyn