Timun rasanya tawar dan sejuk bila dimakan, namun kebaikannya tidak dapat ditolak banding dengan buah-buahan dan sayuran yang lain. Ia sangat popular dalam kalangan masyarakat Mesir dan Greece sejak dari dulu lagi. Hal ini kerana timun berjaya mendatangkan pelbagai kebaikan dari segi kesihatan tubuh badan dan juga kulit. Nak tahu apa kebaikan timun untuk kita? Teruskan membaca artikel ini, Melly ingin berkongsi sedikit info yang sangat menarik untuk kita semua.

Kebaikan Timun | 10 Kebaikan Wajib Tahu

#1 Kekal Hidrasi

Mengandungi 96% air, timun mengekalkan tubuh badan anda agar sentiasa hidrasi. Timun boleh dikunyah dan makan begitu saja. Kulit menjadi lebih lembap dan sihat jika mendapat bekalan air yang mencukupi.

#2 Kesihatan Kulit, Rambut dan Kulit

Timun juga mengandungi mineral yang baik untuk kulit seperti magnesium, potassium dan silicon. Ia sering digunakan di dalam rawatan spa kerana kebaikannya pada kesihatan kulit. Kandungan silica di dalam timun juga membantu melembutkan rambut dan mencantikkan kuku.

Di samping itu, ramai mungkin tidak tahu bahawa timun juga membekalkan vitamin A, B dan C yang sangat bagus pada kesihatan badan dan kulit. Kebaikan timun meningkatkan sistem imuniti badan, membekalkan tenaga dan menjadikan kulit yang lebih cerah.

#3 Menghilangkan Sembab dan Lingkaran Gelap bawah Mata

Kebaikan seterusnya, timun menyejukkan dan menghilangkan sembab ala panda di bawah mata. Sangat cliché bila difikirkan timun sering kali dilihat digunakan pada mata. Namun, kebaikannya sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia mampu menyegarkan dan mengurangkan sembap bawah mata.

#4 Merawat Masalah Mulut Berbau

Masalah mulut berbau? Menghilangkan bau mulut juga merupakan salah satu kebaikan timun. Jus timun yang diminum atau dikumur mampu menyegarkan dan merawat gusi yang bermasalah.

#5 Meredakan Kerengsaan akibat ‘Sunburn’

Berjemur di tengah panas boleh menyebabkan masalah kulit terbakar dan gatal-gatal. Cuaca di Malaysia yang panas menyebabkan badan kita lesu dan mudah disambar panas. Sapukan jus timun atau letakkan timun di bahagian yang “sunburn” untuk melegakan kemerahan dan keradangan kulit.

#6 Menu bagi yang Ingin berdiet

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, jadikan timun sebagai salah menu harian anda. Timun sememangnya mampu membekalkan tenaga, selain berfungsi untuk proses detox atau mengeluarkan toksin yang terkandung di dalam badan. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah batu karang.

#7 Merawat Masalah Pori Terbuka

Timun juga berpotensi untuk merawat masalah pori terbuka. Blend timun menjadi jus dan campurkan bersama cuka epal, aloevera dan pulpa tomato bersama untuk dijadikan sebagai toner. Ia bukan saja mengecilkan pori, malah menyegarkan kulit.

#8 Menghilangkan selulit di bahagian betis

Walaupun bakal mengambil masa yang lama untuk menghilangkan selulit, timun boleh dijadikan bahan untuk menghilangkannya. Campurkan jus timun bersama serbuk kopi dan madu asli, gaul sehingga menjadi paste. Dan sapukan pada kawasan yang mempunyai selulit. Balut kawasan tersebut dengan kain dan bersihkan dalam masa 30 minit. Kandungan phytochemicals didalam timun menggalakan proses penghasilan kolagen untuk pertumbuhan kulit baru.

A post shared by Nina Hansen (@hninahgirl) on

#9 Mengurangkan masalah Keguguran Rambut

Minum jus timun setiap hari kerana ia mampu mengurangkan masalah keguguran rambut. Selain itu, boleh juga sapu jus timun ke rambut sehingga ke kulit kepala untuk selama satu jam sebelum syampu.

#10 Merawat inflamasi

Timun boleh melegakan inflamasi akibat allergic dan eczema. Ia menyejukkan badan yang kemerah-merahan akibat inflamasi dan memulihkan kegatalan kulit.

Cara Memastikan Kesegaran Timun

Pastikan timun disimpan di dalam peti sejuk sejurus lepas dibeli untuk mengekalkan kesegaran timun. Hal ini kerana timun sangat sensitive kepada haba. Elakkan membeli timun yang sudah layu dan kekuningan. Gunakan ia tidak melebihi satu minggu, seeloknya dalam satu hingga 3 hari. Jika tidak digunakan secara habis, balut dengan plastic pembungkus makanan supaya ia tidak menjadi kering.

Sebenarnya masih banyak kebaikan timun yang belum kita ketahui. Diharapkan artikel ini membantu mereka yang masih meragui kebolehan timun dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan badan dan kulit. Gunakan timun dalam rutin kecantikan anda, pasti hasilnya tidak akan mengecewakan.

Ada tips berguna yang ingin dikongsikan? Atau ada resepi masker menggunakan timun yang sangat best untuk dicuba? Jangan lupa tinggalkan komen di ruangan disediakan ya. Selamat Mencuba ! ❤

Kebaikan Timun | 10 Kebaikan Wajib Tahu was last modified: May 31st, 2017 by Melly