Apa itu Scrub?

Scrub ialah salah satu produk kecantikan yang terdiri daripada butiran-butiran kasar seperti pasir dan fungsinya ialah membuang sel kulit yang mati dan kusam, menanggalkan kekotoran disamping menghaluskan kulit muka. Ada beberapa kelebihan coffee scrub yang akan dibincangkan.

A post shared by Miracle Dee (@miracledees) on

Apa itu Coffee Scrub?

Haaa mesti anda tertanya-tanya apa itu coffee scrub semenjak ramai orang hebah mencuba produk kecantikan yang berkaitan dengan coffee scrub. Coffee scrub ialah sejenis scrub yang berasaskan kopi dan bahan-bahan lain yang semulajadi tanpa sebarang tambahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit muka anda.

7 Kelebihan Coffee Scrub

Kopi merupakan salah satu jenis minuman dari biji tanaman kopi yang diproses melalui pengolahan. Kopi mengandungi kandungan asam buah, asam organik, magnesium, potasium dan zat besi yang baik untuk tubuh badan. Di samping itu, kopi bukan sahaja untuk kesihatan tubuh malah kopi juga bermanfaat untuk kecantikan wajah, kulit dan rambut. Mari kita mendalami dan memahami kelebihan coffee scrub.

Mencerahkan kulit

Ramai gadis tergila-gilakan produk kecantikan yang mampu mencerahkan kulit. Well, siapa yang tak nak cantik, putih dan flawless kan? Namun, kebanyakan produk kecantikan wajah mengandungi kandungan kimia mercury yang tinggi dimana ia boleh merosakan kulit dan sekali gus menyebabkan skin breakout yang sangat teruk. Dengan kebaikan coffee scrub yang tidak mengandungi bahan kimia, biji kopi yang dah dihancurkan boleh mencerahkan kulit yang kusam dan tidak bermaya. Jadi, anda boleh menggunakan produk ini tanpa ragu-ragu.

Menanggalkan sel-sel kulit mati

Salah satu kelebihan coffee scrub ialah menanggalkan sel-sel kulit mati. Sel kulit akan menjana semakin kita melangkau usia dan oleh itu semakin lambat kulit baru untuk dijana. Sel kulit yang mati tidak dapat mengelupas dan digantikan mnyebabkan kulit wajah nampak lebih kusam dan tidak sihat. Selain itu, pengumpulan sel kulit mati boleh menyebabkan pori tersumbat dan membuatkan kulit lebih berminyak. Dengan melakukan coffee scrub, ia mempunyai butiran tekstur yang kasar dimana ia boleh menanggalkan sel mati yang wujud di kulit wajah.

A post shared by TheVeganKind (@thevegankind) on

Menegangkan kulit

Penuaan kulit juga menjadi salah satu masalah wajah. Kedutan, garisan halus ialah tanda penuaan yang membuat kita berasa tua dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Oleh itu, salah satu fungsi coffee scrub ialah menegangkan kulit wajah dan mampu mengembalikan kulit yang berkedut kepada kulit yang sihat dan tegang. Caffein dari coffee scrub juga boleh membuang selulit jika di sapu pada kulit.

A post shared by A’LON (@alondistrict) on

Menghitamkan rambut

Hitamkan rambut? Biar betul? Ya betul! Jangan ingat coffee scrub ini untuk kulit muka sahaja. Penjagaan rambut juga amat penting kerana rambut itu mahkota perempuan. Betul tak? Lumurkan coffee scrub pada rambut dan let it do it’s work. Coffee scrub bukan sahaja boleh menghitamkan rambut tapi boleh melebatkan rambut pada waktu yang sama. Bagi mereka yang ada masalah rambut gugur, boleh cuba coffee scrub. Ia organik sudah tentu tiada bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu kandungan kan?

A post shared by Curl + Revel (@curlandrevel) on

Mengurangkan mata bengkak

Masalah eye-bag atau dikenali sebagai panda eyes paling kita tidak suka. Selain menampakkan muka sembab dan tidak maya, ia juga mmbuat kita sukar untuk menutup kesan lebam di bawah mata dengan concealer atau alat solek yang lain. Dengan coffee scrub, yang mengandungi caffeine, ia boleh mengecutkan saluran darah dan sekaligus mengurangkan bengkak bawah mata. Lumurkan sedikit dibawah mata dan amalkan selalu untuk dapat kesan efektif. 

Menghilangkan bau badan

Ketiak masam, hapak, tengik dan busuk? Alahai, masalah ini paling digeruni baik lelaki dan perempuan tapi lagi-lagi perermpuan lah. Bayangkan anda sudah cantik bersolek, bergaya tiba-tiba ada orang tegur badan anda berbau. Malunya!!! Selalunya, badan berbau ini berpunca bakteria yang terperangkap dibawah ketiak. Seharian peluh dirembeskan dalam keadaan tertutup dibawah ketiak sudah pasti bakteria mula mengumpul dan terhasil lah bau yang tidak menyenangkan orang sekeliling. Kopi memang terkenal dengan meneutralkan bau jenis ini. Jadi, gunakan coffee scrub ni dan gosok di bahagian yang berbau itu. Habis tanggal lah nanti bau dan daki-daki yang melekat tu.

Menghilangkan selulit

Selulit dibahagian peha, punggung, dada, perut di bawah lengan amat tidak menyenangkan kita. Keyakinan untuk berpakaian lebih menonjol seperti skirt, sleveless merundum dek kerana selulit yang tidak sedap mata memandang. Coffee scrub yang mempunya kandungan caffeine bleh membantu melancarkan peredaran darah sekaligus menstimulasikan lapisan kulit dan meratak lemak dalam kulit.

 

Kelebihan Coffee Scrub | Apa itu Coffee Scrub? was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn