Khasiat putih telur untuk wajah sudah diketahui sejak dari dulu lagi. Seperti yang kita semua tahu, telur merupakan salah satu sumber protein yang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan badan manusia. Kandungan putih telur ini bukan saja bagus untuk kesihatan, ia juga penting untuk kesihatan kulit.

Tahukah anda putih telur mampu mempengaruhi tona atau warna kulit? Putih telur juga melambatkan proses penuaan daripada berlaku. Selain itu, putih telur juga sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Ia membantu mengecilkan pori-pori yang mengeluarkan sebum iaitu punca sebenar kulit yang berminyak dan berjerawat.

Empat bahan penting yang terkandung di dalam putih telur;

  • Protein: Memulihkan dan menggalakan pertumbuhan sel kulit baru.
  • Potassium: Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Riboflavin: Membuang toksin dan radikal yang menyebabkan penuaan.
  • Magnesium: Melambatkan proses penuaan.

Terdapat 10 khasiat putih telur untuk wajah yang kita wajib tahu;

#1 Khasiat putih telur untuk wajah: Mengecilkan pori

  • Kandungan astringent dalam putih telur membantu proses mengecilkan pori.
  • Campurkan satu sudu teh putih telur dengan sedikit jus lemon.
  • Sapu pada keseluruhan wajah atau pada kawasan yang bermasalah.
  • Biarkan selama 15 minit dan bilas. Keringkan. Amalkan dua kali seminggu.

#2 Khasiat putih telur untuk wajah: Kulit berminyak

  • Mengecilkan pori, putih telur sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
  • Bersihkan muka menggunakan air suam dan keringkan menggunakan tuala.
  • Sapu putih telur dan tunggu sehingga kering. Bilas dengan air sejuk.

#3 Khasiat putih telur untuk wajah: Anti- jerawat 

  • Wajah tidak berminyak, kecenderungan untuk jerawat sangatlah tipis.
  • Titiskan minyak tea tree pada putih telur sebelum sapu pada wajah.
  • Gunakan jari dan sapu perlahan-lahan.

#4 Khasiat putih telur untuk wajah: ‘blackhead’ dan ‘whitehead’

  • Putih telur juga mampu menghilangkan ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ pada wajah.
  • Masker putih telur menarik keluar sebum dan kotoran yang tersekat didalam pori.
  • Pori-pori yang mengecil menolak keluar ‘blackhead’ yang tersumbat dari wajah.

#5 Khasiat putih telur untuk wajah: Bulu roma

  • Putih telur juga mampu menghilangkan bulu roma pada wajah.
  • Cara mudah hanya menggunakan putih telur dan tuala kertas.
  • Sapukan putih telur pada wajah, gunting dan tekap tuala kertas pada wajah.
  • Sapukan putih telur sekali lagi keatas tuala kertas. Biar sehingga kering.
  • Tanggalkan dan lihatlah hasilnya.


#6 Khasiat putih telur untuk wajah: ‘Eyebag’ dan bengkak

  • Punca ‘eyebag’ dan mata bengkak ialah tidak cukup tidur dan peningkatan usia.
  • Sapukan putih telur pada bawah mata menggunakan jari telunjuk.
  • Biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air.
  • Sapukan pula minyak kelapa dara.

#7 Khasiat putih telur untuk wajah: Menegangkan kulit

  • Menegangkan kulit bahagian pipi yang kendur dan kawasan mata yang kedut akibat peningkatan usia.
  • Sapu nipis putih telur pada wajah menggunakan berus yang bersih.
  • Kemudian bilas selepas putih telur kering.

#8 Khasiat putih telur untuk wajah: Kedutan dan garis halus 

  • Putih telur juga mampu melambatkan lagi proses penuaan kulit wajah.
  • Kedutan dan garis halus dapat dikurangkan.
  • Amalkan masker putih telur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Sapukan putih telur pada wajah untuk kulit yang tegang dan bebas kedut.

#9 Khasiat putih telur untuk wajah: Mencerahkan kulit

  • Khasiat putih telur untuk wajah dalam mencerahkan kulit juga tidak dapat dinafikan.
  • Campurkan putih telur bersama madu asli.
  • Oleskan pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas bersih.
  • Amalkan dua kali seminggu untuk hasil yang maksima.

#10 Khasiat putih telur untuk wajah: Memulihkan ‘sunburn’

  • Putih telur juga membantu memulihkan ‘sunburn’.
  • Meredakan kulit wajah yang terbakar akibat terkena cahaya matahari yang berlebihan.

Peringatan:

  • Pastikan anda tidak allergic terhadap telur.
  • Pastikan telur dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan.


As a result, banyak khasiat putih telur untuk wajah.

Telur bukan hanya bahan masakan, tetapi juga bahan natural yang menyihatkan kulit wajah.

Jadi, lakukan perubahan dari sekarang. Malas untuk membuat masker telur sendiri?

Skinfood mengeluarkan masker berasaskan putih telur Skin Food Egg White Pore Mask.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan kulit anda.

Jangan lupa kongsikan pendapat anda di kotak komen di bawah !

 

Khasiat Putih Telur untuk Wajah yang Sihat was last modified: May 12th, 2017 by Melly