Runsing dengan masalah rambut gugur? Kering? Berminyak? Masalah rambut boleh menjejaskan keyakinan diri kita. Oleh itu, kita perlu tahu cara dan petua untuk mengatasi masalah rambut yang berkaitan.

 

Masalah Rambut : Gugur

Masalah rambut gugur sering terjadi kepada kita dan masalah ini terjadi kepada kebanyakan orang. Secara lazimnya, jika gugur 50 ke 100 helai sehari adalah normal tapi kalau melebihi kuantiti tersebut bermakna anda ada masalah rambut gugur yang kritikal. Punca masalah rambut gugur selalunya berpunca dari genetik, stress atau tekanan, kekurangan zat dan sebagainya. Jadi ini salah satu petua untuk kurangkan masalah rambut.

Santan

Untuk petua ini, santan perlu dilumurkan keseluruhan kepala sehingga ke kulit kepala. Balut kepala dengan tuala selama 30 minit dan bagi ia meresap ke kulit kepala. Kemudian, bilas dengan air suam. Cara ini hanya perlu buat sekali sebulan sahaja.

Limau Nipis

Jika anda mahu petua yang menggunakan limau nipis,ambil buah limau nipis dan potong ke beberapa bahagian. Kemudian, air perahan limau tadi dilumur pada rambut secara keseluruhan. Balut kepala dengan tuala atau shower cap. Biarkan kepala anda diperap dan bilas pada esok pagi ketika mandi. Amalkan 2 kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

Masalah Rambut : Kering

Rambut kering bukan sahaja merundumkan keyakinan kita apabila berhadapan dengan orang lain malah ia juga menampakkan rambut kita menggerbang dan tidak sihat. Selalunya rambut kering berpunca daripada rambut yang terdedah di bawah sinaran matahari atau penggunaan shampu yang tidak sesuai. Di samping itu, kekerapan mewarna rambut juga menjadi salah satu punca masalah rambut kering. Petua untuk mengatasi masalah rambut kering ialah:

A post shared by DUNIAACANTIK (@duniaacantik) on

Minyak Zaitun

Sediakan minyak zaitun yang berkualiti baik dalam mangkuk. Kemudian, basahkan rambut anda dengan air bersih dan biarkan rambut anda separa kering. Selepas itu, sapukan minyak zaitun tadi ke seluruh kepala hingga ke kulit kepala. Perapkan rambut anda dalam 15-60 minit. Akhir sekali, bilas rambut anda dengan air suam.

Mayonaise

Dengan menggunakan mayonaise, hanya ambil satu sudu penuh dan oleskan ke atas rambut anda. Pastikan rambut anda kering dan tidak basah. Balut kepala anda dengan shower cap dan biarkan ia di perap selama 15 minit. Kemudian, bilas rambut anda dengan air suam dan shampu yang baik seperti shampu bayi atau shampu herba.

A post shared by Sol Assayag (@koshermeats2u) on

Masalah Rambut : Uban

Uban ialah rambut putih yang tumbuh dikepala dimana selalunya terjadi kepada wanita dan lelaki yang sudah meningkat umur. Namun, ada yang mempunyai masalah rambut beruban pada usia muda yang selalunya berlaku berdasarkan genetik dan keturunan. Di samping itu, masalah rambut beruban juga berpunca dari tekanan, kurang zat makanan atau sering memakai minyak rambut. Di sini ada beberapa petua untuk mengurangkan masalah rambut beruban.

Hampas teh

Perapkan hampas teh dengan air dalam masa satu hari kemudian campurkan sedikit garam dan oleskan keseluruh rambut hingga ke kulit kepala. Balut kepala anda dengan tuala dan biarkan ia selama 1 jam dan bilas rambut anda dengan shampu.

A post shared by Annie Mills (@heartsrlove) on

Putih telur

Untuk petua menggunakan putih telur, anda memerlukan telur ayam kampung. Sediakan 3 biji telur ayam kampung. Asingkan putih telur dengan yang kuning. Kemudian, campurkan putih telur tadi dengan garam dan setengah gelas air panas. Kacau bahan tersebut dan oleskan pada rambut hingga ke kulit kepala anda. Biarkan sehingga 2 jam sebelum bilas kepala anda dengan air bersih dan shampu sehingga hilang kesan perapan tadi.

Masalah Rambut : Berminyak

Anda ada rambut berminyak? Jangan risau. Ada beberapa tips untuk mengawal masalah rambut berminyak tetapi sebelum itu mari kita mengetahui punca rambut berminyak. Masalah rambut berminyak selalunya berpunca dari hormon badan yang tidak seimbang. Justeru itu, ia mengganggu kelenjar sebaceous lalu menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan. Di samping itu, memakai produk rawatan rambutan yang berlebihan juga mnyumbang kepada rambut berminyak.

A post shared by rashmipatel (@rashmi_4u) on

Pisang

Sediakan pisang yang masak. Kemudian, hiris halus pisang tadi dan tambah satu sudu madu. Campurkan dan kacau bahan tersebut. Oleskan campuran tadi dari kulit kepala sehingga hujung rambut. Rata pada seluruh rambut. Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air.

A post shared by #alongnyampah (@along.nyampah) on

Lemon dan Yogurt

Petua ini kombinasi yang baik untuk mengatasi rambut berminyak. Ambil buah lemon dan perah jus nya dalam mangkuk. Kemudian, campurkan yogurt dan jus lemon tersebut. Lumurkan campuran tadi pada permukaan kulit kepala sehingga rata. Biarkan selama 10-20 minit dan bilas seperti biasa.

Masalah Rambut : Berbuah

Masalah rambut berbuah sering kali berkait dengan wanita yang bertudung. Rambut berbuah terjadi apabila rambut lembab dan tidak kering diperapkan masa jangka masa jam yg lama. Ia menggambar keadaan di hujung rambut ada benda asing yang melekat yang juga berpunca dari bakteria yang tumbuh dan melekat di rambut kita. Jadi mari kita merawat rambut berbuah ini.

Daun pinang

Sediakan daun pinang dan ramaskan ia bersama sedikit garam kasar dan air. Kemudian, lumurkan campuran tadi ke atas rambut anda secara keseluruhan. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu untuk hasil efektik

Daun Bunga Raya

Ambil daun bunga raya dan campurkan dengan sedikit air dan tumbuk atau ramas sehingga campuran itu rata. Kemudian lumuran campuran tadi ke atas kepala dan seluruh rambut selama 15 minit. Akhir sekali, selepas selesai, bilas dengan air.

Masalah Rambut | Petua untuk pelbagai masalah rambut was last modified: March 10th, 2017 by its.annekyn