Hai! Adakah  kamu ladies mempunyai masalah seperti:

Bekas jerawat yang degil?

Bekas jerawat kawah bulan?

Banyak lubang-lubang pori besar?

Tekstur kulit yang tidak rata?

Tona wajah tidak sekata?

Runsing … runsing …

Jangan risau, Sis ada cadangan bagaimana cara menghilangkan bekas jerawat berlubang yang degil!

Perhatian: Pastikan chu’olls sudah mengenal pasti jenis parut/bekas jerawat sendiri dan tahu perbezaan antara parut dan tanda bekas jerawat. Jika belum, klik di sini untuk mengetahui jenis-jenis utama masalah parut jerawat dan bagaimana parut boleh terbentuk.

Penting sangat rawatan untuk menghilangkan parut bekas jerawat itu dilaksanakan mengikut jenis parut jerawat pada wajah kita. Jika rawatan tidak sesuai, bukan sahaja kita akan membazir wang ringgit pada produk yang mahal dan ternama, malah kita juga berisiko menjadikan bekas jerawat itu lebih melarat. Habis terbang duit gaji kita kan?

Produk jenama Kiehl’s tidak pernah mengecewakan. Tapi tidak semestinya sesuai untuk masalah parut bekas jerawat kamu.

 

1. Parut atrofi (mendalam)

(a) ‘Icepick‘ (ais-pik)

Jenis parut berlubang yang kecil tapi jauh ke dalam seakan-akan ‘dicucuk jarum’.

Cara merawat: Rawatan pengelupasan kulit muka.

 

Chu’olls pernah dengar tak rawatan ‘chemical peeling‘? Fancy bunyinya tapi jangan risau mudah sahaja nak faham. ‘Chemical peeling’ merupakan rawatan pengelupasan kulit secara kimia, umpamanya mengupas buah mandarin. Prosesnya mudah sahaja, doktor akan melarutkan sejenis cecair kimia sesuai dengan jenis masalah parut bekas yang chu’olls alami.

Ada tiga jenis ‘peeling‘: luar, medium dan mendalam, tapi bagi parut Icepick, cecair kimia yang biasa digunakan ialah ‘TCA (trichloroacetic acid) Cross chemical peel‘, sejenis ‘peeling‘ tahap medium, namun haruslah dapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba.

Doktor akan memasukkan sedikit cecair TCA ke dalam liang pori parut untuk ‘melukakan’ dinding liang bagi menggalakkan proses ‘pemulihan semula’. Pembentukan semula kolagen kulit akan menutup semula parut berlubang yang dalam itu. There’s no magic, just science.

(b) ‘Boxscar‘ (boks-skar)

Jenis parut jerawat berlubang yang berpermukaan luas tapi tidak mendalam. Kebiasaannya dikenali sebagai ‘kawah bulan’.

Cara merawat: Suntikan “Fillers‘ (fil-lers).

 

Rawatan ini berbunyi agak menakutkan dan drastik kerana ia adalah rawatan suntikan. ‘Lubang’ parut pada bekas jerawat akan dicucuk dengan jarum tebal untul meleraikan atau ‘melukakan’ tisu kulit kawasan parut. Kemudian ‘ruang kosong’ hasil daripada cucukan jarum itu disuntik dengan ‘fillers‘. Salah satu jenis ‘fillers‘ yang biasa digunakan ialah Bellafill. Alternatif lain selain daripada ‘fillers‘ sintetik ialah menggunakan lemak sendiri untuk mengisi ruang yang dicucuk. Tujuan ‘fillers‘ ini ialah untuk menimbulkan semula parut berlubang dan tekstur kulit kembali rata.

Namun begitu, kesan ‘fillers‘ tidak tahan lama maka rawatan perlu dilakukan berulang kali, bergantung kepada jenis ‘fillers‘ yang digunakan.

(c)’Rolling Scar’ (roling-skar)

Jenis parut yang tidak menyebabkan lubang yang besar, tapi banyak menjadikan tekstur kulit tidak rata. Apabila disentuh telstur terasa seperti alunan ombak.

Cara merawat: Rawatan laser

Jangan risau ini, laser ini tidaklah sebahaya laser dalam filem Star Wars itu. Laser yang biasanya digunakan sama ada laser CO2 ataupun Fraxel bergantung kepada nasihat pakar akan dipancarkan pada permukaan muka sama ada seluruh ataupun hanya menumpukan pada kawasan masalah parut jerawat. Lapisan atas kulit akan ditanggalkan dan menggalakkan penumbuhan kolagen kulit yang baru. Bayangkan seperti proses ular bersalin kulit, kulit akan tampil bukan sahaja lebih rata, tona warna juga semakin sekata dan kulit terasa lebih anjal dan tegang. Best!

2. Parut Hipertrofi ataupun Keloid (timbul)

 

Parut bekas jerawat jenis timbul ini ialah hasil daripada penghasilan kolagen dan sel-sel kulit berlebihan semasa proses pembaikan semula struktur kulit setelah jerawat berjaya dimatikan.

Cara merawat: Cecair ‘Cortisone‘.

 

Proses membuang parut bekas jerawat ini mudah sahaja, seperti membuang ketuat ataupun tahi lalat. Pada mulanya bahagian yang tumbul akan ditanggalkan dengar menggunakan cecair kimia Cortisone untuk meratakan tekstur kulit. Penanggalan secebis bahagian kulit akan meninggalkan sedikit tanda, maka rawatan susulan ialah dengan sapuan retinol, serum vitamin C ataupun apa-apa produk yang menggalakkan penumbuhan kolagen dan mengurangkan hiperpigmentasi untuk menggantikan kulit baru, agar tona kulit lebih sekata.

Cara mencegah

Kalau chu’olls inginkan kulit cantik, halus dan mulus, sebaiknya mencegah lebih baik daripada mengubati. Parut bekas jerawat boleh dicegah dengan elakkan diri daripada menyentuh dan memicit. Ini disebabkan inflamasi dan bakteria daripada tangan akan berpindah ke dalam liang pori, dan mengakibatkan luka yang sedia ada di dalam menjadi lebih teruk dan lubang hasil tinggal bekas jerawat lebih besar. Tidak mahu kan? Ha, jangan sentuh.

Jika dilanda jerawat besar atau cyst, sebaiknya ubatinya secara klinikal seperti menggunakan ubat jerawat klinikal yang dijual khas di farmasi berbanding dengan yang berada di rak kedai kecantikan komersial.

Ubat pembunuh jerawat yang disarankan:

  1. Dallacin T (Clindamycin 1%, tekstur cecair) – memasuki jauh ke dalam liang pori membunuh kuman jerawat.
  2. Mycin (Clindamycin 1%, tekstur gel) – juga memasuki jauh ke dalam liang pori juga membunuh kuman jerawat.
  3. Pelekat jerawat – menyerap kuman di dalam keluar daripada liang pori secara halus, elak pemicitan.

Okay ladies! Ingat, beauty is in the eye of the beholder. Tiada siapa yang mempunyai kulit yang sempurna, yang ada cuma rutin penjagaan kulit yang konsisten dan rawatan kulit yang betul.

Peringatan: Sila dapatkan khidmat nasihat pakar sebelum mencuba apa-apa jenis perubatan atau rawatan khas.

Menghilangkan Bekas Jerawat Berlubang Selama-lamanya! was last modified: February 2nd, 2017 by Mera Humaira