Berikut ialah perbualan saya dengan kawan-kawan tentang cara memilih jenis pencuci muka dengan betul. Adakah anda pun mempunyai soalan yang sama?

Memilih pencuci muka ini memang perkara yang merunsingkan! Ya lah, terlalu banyak jenis pencuci muka di luar sana, bermacam-macam bahan mereka letakkan. Bermacam-macam teknik pun ada. Setiap tahun mesti ada trend baru, bukan?

PIXI Best of Bright Kit, RM109 (from lazada.com.my)

A photo posted by Sephora Malaysia (@sephoramy) on

Pakai lemon lah, proactive lah, oil cleansing method lah. Sistur dah cuba semua dah dan sis tak mahu you girls buat kesilapan yang sama sis buat 🙂 Kesannya, muka sis yang ada jerawat kronik dulu sudah reda Alhamdulillah! Jangan stress-stress, jangan pening-pening, sebenarnya cara memilih pencuci muka ini simple sahaja. Kita sebagai kaum hawa memang rambang mata dengan pelbagai jenis pencuci muka sebab semua jenama cakap mereka lah yang terbaik bukan? Haha. Hold your money dulu okies?  🙂

1. Q: Kenapa kena pakai pencuci muka?

A: Ya lah, apabila kita sudah melangkah ke alam remaja, gara-gara hormon dan gaya hidup aktif, dengan cuaca Malaysia yang panas pula, proses perkumuhan badan menjadi lebih aktif. Akibatnya liang pori kita mula mengeluarkan begitu banyak sebum yang memerangkap habuk dan debu, banyak berpeluh, kitar hidup sel kulit mati bersilih ganti dengan cepat dan sebagainya. Kalau awak tak cuci muka betul-betul, segala debu, kotoran yang terperangkap akan ‘berumah tangga’ pada muka awak dan lahirlah segala jenis masalah seperti jerawat dan kulit kusam.

Pencuci muka kebiasaannya dirumus khas sebagai langkah persedian untuk produk rawatan seterusnya seperti toner, serum dan pelembap muka. Jika muka kita penuh dengan sel kulit mati, ini akan menyebapkan penyerapan produk rawatan lain menjadi kurang efisien. Sebab lain yang ramai kurang ambil berat ialah untuk menanggalkan kesan make-up dan sunblock dengan berkesan dan bersih 100%, 5 bintang segalanya lah!

2. Q: Ok, apa langkah pertama sebelum memilih jenis pencuci muka?

A: Okay, sebelum beli pencuci muka, tolong pastikan betul-betul jenis kulit muka. Adakah anda jenis kulit berminyakkeringnormalsensitif ataupun kombinasi?

Berminyak:

Apabila bahagian dahi, dagu dan pipi selepas cuci muka cepat sahaja lekit-lekit dengan minyak sebum anda.

Kering:

Apabila awak cuba senyum atau muramkan muka, kulit terasa seperti ketat. Terdapat kulit-kulit terkelupas terutamanya di bahagian berdekatan dengan mulut, pipi, tepi hidung.

Kombinasi:

Ini jenis kulit I! Berminyak di bahagian dahi dan dagu tapi kering/normal di bahagian pipi.

Normal:

Kalau susah nak tentukan, normal lah tuu. Baguslah kulit normal, senang nak jaga, penjagaan kulit pun tak perlu banyak-banyak step.

Sensitif (kering ataupun berjerawat):

Sensitif terbahagi kepada rasa bahang pada kulit ataupun muka berjerawat yang aktif/kronik. Ini kes istimewa sikit kerana banyak faktor seseorang itu mempunyai kulit jenis sensitif. Kadang-kadang genetik, kadang-kadang sejarah lepas kesan penggunaan produk yang salah, kadang-kadang faktor perubahan cuaca. Pipi mudah menjadi kemerahan, jenis kulit ‘nipis’, mudah timbul kegatalan, sakit, jerawat lah atau kulit mengelupas. Penghidap Eczema juga mempunyai kenis kulit sensitif. Orang yang kulit sensitif paling susah nak rawat dan banyak ragamnya.

3. Q: Kalau macam tu, pencuci muka apa yang sesuai dengan jenis kulit muka saya ni?

A: Secara realistiknya, faktor pemilihan jenis pencuci muka ini bukan bergantung kepada jenis kulit muka sahaja. Dia banyak bergantung dengan jenis gaya hidup, pekerjaan, special event. Sebab itu I sarankan beli lebih daripada satu jenis pencuci muka. Semua sudah pun sedia maklum dengan fakta-fakta pencuci muka mengikut jenis kulit. Tidak salah jika hendak memilih berdasarkan kulit muka…

Tapi cara sistur lain!

Pencuci muka biasa (gel ataupun cream)

Set MARY KAY Botanical Effects™ Skin Care for Normal Skin (Formula 2), RM283 (from lazada.com.my)

Bagi mereka yang tiada apa-apa masalah kulit, biasa sahaja, maka I akan terus cadangkan pencuci muka biasa daripada jenama yang mempunyai reputasi baik (buat kajian anda!) atau beli sahaja satu set asas yang sama jenama terus sebagai permulaan. Ini penting kerana masalah muka kebanyakan sebab menggunakan produk yang tidak sesuai. Produk muka mempunyai banyak bahan kimia yang pasti akan mempengaruhi dan mengurangkan sisterm ketahanan kulit muka kita pada masa hadapan. Maka datanglah masalah kulit sensitif dan berjerawat.

Jangan terpedaya dengan iklan-iklan di TV yang memapar model-model muka berkulit putih melepak dan licin. Sentiasa pilih produk muka yang mengandungi peratusan lebih banyak bahan nutrisi berbanding kimia. Baca kandungan dan reviews produk.

Sabun buku

Aqua Habbatus Sauda Soap by Furaiha, RM39

A photo posted by FURAIHA (@furaihamalaysia) on

Bukan sabun badan, tapi cari sabun buku yang khas untuk muka. Kebiasaannya jenis sabun buku ini kurang atau tiada bahan kimia, dan lebih kepada kombinasi bahan-bahan semulajadi yang dirumus dan dibentuk menjadi sabun. Sabun muka semulajadi kebiasaannya kurang buih dan tidak menghakis, maka sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit muka sensitif berjerawat ataupun untuk pengguna yang sukakan pencuci muka yang mencuci secara lembut.

Elakkan sabun buku yang mengandungi bahan kimia sodium lauryl sulfate ataupun sodium laureth sulfate, sebab pembentukan buih-buih pada sabun. Buih mempunyai bahan penghakis yang kuat, dan akan buat kulit kami menjadi kering. Sabun buku ini cukup kuat untuk menanggalkan minyak pada kulit dan kotoran tapi tidak cukup kuat untuk menanggalkan make-up dengan sempurna.

Tips: I suka guna sabun muka ketika mengambil wudu’ sebelum solat kerana sifatnya yang natural dan lembut pada muka sesuai, sesuai digunakan berulang kali. Kemudian letak pelembap muka biasa seluruh muka.

Pencuci muka berasaskan susu (milk cleanser)

CAUDALIE, Gentle Cleansing Milk 200ml, RM95 (from lazada.com.my)

A photo posted by @beautyemptiesandbooks on

Pencuci muka berasaskan susu ini semestinya untuk kulit jenis kering dan sensitif kering kerana tujuannya untuk melembutkan. Pencuci muka jenis ini tidak cukup kuat untuk menanggalkan make-up dan sunblock dengan sempurna. Lebih sesuai untuk digunakan ketika rutin pagi kerana pada waktu pagi kebiasaannya lebih sesuai menggunakan pencuci muka yang melembapkan dan tidak terlalu kuat. Tidak dicadangkan untuk muka berjerawat dan berminyak.

Tip: Sangat sesuai untuk orang yang bekerja di suasana pejabat yang berhawa dingin kerana suhu sejuk boleh mengeringkan kulit.

Foam cleanser

Tea-tree Skin Clearing Foaming Cleanser, RM55

A photo posted by The Body Shop Official (@thebodyshop) on

Jangan salah sangka, pencuci muka jenis ini tidak sama dengan sabun buku yang menghasilkan buih. Ada yang berasakan ‘gel’ dan ada juga berasaskan ‘cream’Pada awalnya, pencuci muka ini dirumus untuk kulit berminyak kerana kebolehan buih untuk menarik kotoran yang jauh di dalam liang pori (deep cleansing). Walau bagaimanapun, pencuci muka ini mungkin terlalu kuat maka tidak sesuai untuk kulit sensitif dan kering juga berjerawat.

Tapi kerana ada banyak ‘demand‘, foam cleanser kini sudah mula berubah ke arah untuk pasaran pengguna berkulit kering dan sensitif juga.

Klairs Rich Moist Foaming Cleanser, RM65 (from lazada.com.my)

A photo posted by KLAIRS (@klairs.global) on

I sendiri sudah mencuba foam cleanser Klairs untuk kulit kering dan sensitif dan rasa dia memang sangat best! Kita dapat kelebihan buih-buih yang dapat menarik kotoran jauh di dalam liang pori tapi pada masa yang sama melembut dan melembapkan kulit. WOW! Juga disarankan untuk kulit berjerawat!

Tip: pencuci muka jenis ini sangat sesuai ketika rutin malam/petang untuk menenangkan dan melembapkan kulit setelah seharian terdedah dengan stress luaran.

 Pencuci muka berasaskan minyak (oil cleanser)

Minyak akan menyerap sesama minyak. Kerana itu pencuci muka berasaskan minyak sangat sesuai untuk kulit berminyak sebenarnya supaya dapat seimbangkan semula pengeluaran sebum muka. Pencuci muka ini boleh digunakan untuk mencairkan make-up dan sunblock, diikuti dengan cucian kali kedua dengan pencuci muka biasa yang lembut. Minyak yang jauh di dalam liang pori akan mudah ditarik keluar dengan selamat dan lembut berbanding dengan menggunakan pencuci muka berasaskan sabun buih.

Satu lagi cabang pencuci muka berasaskan minyak ialah teknik oil cleansing method (OCM). Tekniknya ialah sapukan apa-apa jenis minyak kegemaran (kelapa dara, zaitun, argan, jojoba ataupun almond) pada muka dan kemudian tuapkan tuala muka yang direndam dengan air suam-suam panas pada muka untuk membuka liang pori dan menarik keluar segala kekotoran yang terperangkap di dalam. Namun teknik ini hanya sesuai digunakan satu atau dua kali seminggu.

Kerana pencuci muka berasaskan minyak sangat lembut pada kulit, mampu menanggalkan makeup dan kotoran secara mendalam, dan ia juga sangat semulajadi,  sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Pencuci muka jenis medikal/antibakteria

DERMAdoctor Aint Misbehavin Medicated AHA/BHA Acne Cleanser – For Oily, Blemish-Prone or Combination Skin, RM76.41 (from lazada.com.my)

PanOxyl – 4 acne cream wash4% Benzoyl Peroxide, RM172.24 (from lazada.com.my)

I setuju kalau awak ada masalah kulit berjerawat aktif dan kronik, maka awak memang memerlukan pencuci muka yang agak kuat dalam melawan dan membunuh bakteria. Kesan sampingan pencuci muka medikal ialah kebiasaannya ia akan membuatkan kulit kita menjadi kering dan sensitif pada masa hadapan, tapi rahsia penjagaan muka yang baik ialah melawan masalah kulit satu per satu, ia adalah proses, kita selamanya tidak akan bergantung kepada satu jenis produk sahaja. Jika kulit jenis berjerawat kecil contoh kerana hormon, maka fokus kepada pengguna pencuci muka yang lembut.

Tip #1: Jika pencuci muka medikal sudah menjadi terlalu kuat, maka boleh bertukar kepada pencuci muka lembut dan rawat jerawat secara berasingan pula dengan menyapu krim jerawat seperti salicylic acid aaupun benzoyl peroxide. Boleh jaga dapatkan ubat jerawat klinikal seperti dallacin T ataupun T3 Mycin di farmasi berdekatan.

Tip #2:Walaupun anda tiada jerawat sekalipun, bagus jika anda ada sekurang-kurangnya satu jenis pencuci muka jenis medikal untuk dapatkan rawatan antibakteria sekurang-kurang sekali seminggu. DIsarankan untuk mereka yang mudah tumbuh jerawat, gaya hidup aktif ataupun selalu terdedah dengan pencemaran di luar.

4. Q: Bagaimana hendak menghilangkan jerawat selama-lamanya?

Selain daripada membunuh jerawat secara luaran, rawatan secara dalaman juga penting untuk meredakan jerawat dalam jangka masa lama. So, jangan bergantung kepada pencuci muka sahaja. Singkirkan tabiat suka menyentuh muka dengan tangan kotor, makan makanan berminyak, tidak minum air secukupnya, tidak makan cukup sayur dan buah-buahan dan paling penting, jarang beriadah/mengeluarkan peluh.

PESANAN AKHIR

  1. Pencuci muka ialah untuk menambah baik jenis kulit semulajadi kita, bukan untuk kita menjadi seperti orang lain. Kalau bukan kulit putih melepak semulajadi, jangan lah gunakan pencuci muka yang menghakis
  2. Buat kajian dahulu tentang syarikat, bahan-bahan yang digunakan dan harga. Jadilah pengguna yang bijak!
  3. Jerawat makin melarat kerana kulit meradang akibat terlalu kering ataupun sensitif pada sesuatu bahan. Kulit yang lembap ialah kulit yang terkawal dan optimum pengeluaran sebumnya.
  4. Pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Murah tidak semestinya tidak bagus, mahal tidak semestinya bagus. Buat kajian tentang customer review produk itu.
  5. Elakkan produk yang mengandungi bahan-bahan bahaya dan berjaga-jaga dengan produk yang menjanjikan kulit licin ‘selama seminggu’.
  6. Kulit kita akan berubah. Maka jenis pencuci muka juga perlu berubah. Dengarkan kulit anda.
  7. Jangan stress dengan bermacam-macam jenis pencuci muka di pasaran. Apa yang penting ialah rutin penjagaan muka yang ringkas tapi cukup.
  8. Jerawat perlu dirawat luar dan dalam. Mungkin anda mempunyai pencuci muka yang bagus tapi jika dalam badan tidak ‘bersih’, tiada gunanya.
  9. Jangan lambat-lambatkan merawat jerawat. Elakkan parut jerawat berlubang yang lagi susah dan mahal nak rawat! Klik sini untuk kenali jenis parut jerawat berlubang.
Panduan Memilih Jenis Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat, Berminyak, Kering was last modified: August 22nd, 2017 by Mera Humaira