“Eee!! Bencinya parut berlubang!” – ‘ladies sedunia.

Hai semua!

Kita sudah berputih mata, bersusah-payah melawan jerawat dengan bermacam-macam cara dan produk. Pakai Dalacin T lah, Benzoyl Peroxide lah, T3 Mycin lah, 3-step skin care aish. Okay syukur, jerawat yang datang tanpa dijemput itu sudah pun pergi selama-lamanya. Tapi setelah mereka pergi, mereka tinggalkan goodbye gift pula. Apa dia?

PARUT.

Setiap parut itu berbeza ciri, maka cara mencegah dan merawatnya juga berbeza. Salah teknik, takut-takut parut makin melarat pula. Ladies, letak dahulu perancangan kamu yang ingin membeli produk-produk ‘menghilangkan parut jerawat’ atau teknik-teknik lain yang sedang trending seperti ‘natural home remedies’: guna lemon lah, baking soda lah, kerana jika ladies semua tidak kenali jenis parut, sia-sia sahaja wang ringgit kamu tahu!?

Perhatian: perlu juga diingatkan, parut (scars) dan tanda (marks) bekas jerawat ialah dua perkara yang berbeza.

Parut ialah kesan jerawat lepas yang telah mengubah tekstur kulit muka daripada asal, manakala tanda pula ialah kesan jerawat lepas yang tidak mengubah tekstur kulit daripada asal, tetapi telah mengubah tona warna di tempat jerawat tumbuh akibat proses pigmentasi semulajadi badan kita.

 

Contoh parut bekas jerawat yang telah mengubah tekstur kulit

 

Contoh tanda bekas jerawat yang mengubah tona warna asal kulit, tanpa mengubah tekstur kulit

Bagaimana parut jerawat boleh terbentuk?

Tidak semua ‘tetamu tidak diundang’ pada muka kita akan menyebabkan perubah tekstur kulit, contohnya jenis jerawat seperti whiteheads dan blackheads tidak akan meninggalkan parut setelah ditanggalkan daripada muka.

Walau bagaimanapun, jerawat yang dipenuhi dengan nanah dan bakteria, yang terkumpul dalam liang pori, yang telah tinggal lama di dalam sehingga menyebabkan inflamasi, akan merosakkan dinding liang pori, meruntuhkan kolagen yang membentuk dinding kulit, lalu kecacatan tekstur kulit pun berlaku. Seram kan? Jangan main-main dengan jerawat, jika ladies semua ada jerawat, mohon chu’olls selesaikan dengan kadar yang segera please!

Tapi seandainya kamu sudahpun terlambat, jangan cepat mengaku kalah!

Dalam entri ini, kita akan fokus kepada mengenali parut dahulu. Sebelum melabur wang ringgit dalam apa-apa produk kecantikan, parut jerawat DISARANKAN dirawat melalui rawatan khas oleh pakar kulit atau lebih dikenali sebagai seorang dermatologis dan pastikan bertauliah. Ada tiga jenis parut jerawat yang kamu mesti tahu:

1. Parut atrofi (mendalam).

(a) Icepick(ais-pik)

 

 Parut Icepick ialah sejenis parut berlubang yang terdiri daripada lubang-lubang kecil tapi panjangnya jauh ke dalam, berbentuk seperti kulit kita ‘dicucuk jarum’ (jangan ingat jarum susuk pula, bukan! Astagha). Setelah jerawat kita hilang, proses pembentukan kolagen pada dinging liang pori di dalam tidak menutup semula liang pori sempurna maka meninggalkan parut berlubang yang mendalam.

(b) ‘Boxscar’ (boks-skar)

 

Parut Boxscar ialah sejenis parut berlubang yang lubangnya lebih besar dan luas tapi tidak jauh ke dalam. Seakan-akan ‘kawah bulan’. Chu’olls janganlah ejek kawan-kawan muka berkawah, tak baik tahu. Parut itu bentuknya seperti ‘kotak’, kerana itu namanya Boxscar (Bahasa Inggeris ini mudah rupanya, memang direct sahaja terjemahannya).

(c) ‘Rolling Scar‘ (roling-skar)

 

Parut jenis ini paling buat kepala stres sebab apabila kita pegang kulit kita, tekstur kulit rasa seperti ‘ombak’ atau ‘gunung-ganag’. Tidak cukup dengan tujuh laut utama dunia, nak tambah pula satu lagi ombak pada muka kita. Tanah tinggi di Austria ataupun Gunung Kinabalu memang indah mata memandang tapi bukan ‘gunung’ ini. Sakit mata dan sakit hati.

2. Parut Keloid dan Hipertrofi (timbul).

   

Berlawanan dengan parut atrofi, parut ini terbentuk kerana penghasilan kolagen dan sel kulit yang berlebihan semasa proses pemulihan semula kulit setelah luka. Parut ini biasanya daripada jerawat kronik seperti jerawat cyst yang dalam sehingga meninggalkan parut yang besar.

Sudahkah kamu ladies tentukan jenis parut berlubang yang kamu ada?

Parut seperti ini jika masih di peringkat awal, masih lagi boleh dirawat dengan beberapa produk yang berfungsi khas untuk ‘menghilangkan parut‘.

TAPI …

Jika parut seperti ini sudah dibiarkan lama tidak dirawat, maka kamu ladies mesti segera mendaftarkan diri ke klinik pakar kulit ataupun dermotologis bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan yang lebih intensif.

Ingin mengenali jenis rawatan yang sesuai mengikut jenis parut chu’olls? Klik di sini.

Peringatan: Sila dapatkan khidmat nasihat pakar sebelum mencuba apa-apa jenis perubatan atau rawatan khas.

Parut Jerawat Berlubang: Mari Kenali Jenis-jenisnya! was last modified: May 12th, 2017 by Mera Humaira