Rambut yang cantik ialah rambut yang lembut dan kilat bersinar. Tidak lupa juga bau rambut yang wangi dan segar. Itu menandakan bahawa rambut anda sihat dan dapat penjagaan rapi. Namun, kebanyakan orang akan menggunakan cara pintas untuk mendapatkan hasil begitu dengan menggunakan produk-produk yang mempunyai kandungan bahan kimia. Ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan rambut malah akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu, dengan hanya bahan-bahan mudah didapati di pasar mahupun di kedai, anda boleh amalkan beberapa petua melembutkan rambut yang mudah untuk di rumah.

 

Pisang dan Madu

Salah satu petua melembutkan rambut ialah menggunakan madu dan pisang. Ia boleh memberi zat kepada rambut yang berpunca dari kekurangan nutrien.

Cara-cara :

– Ambil beberapa biji pisang, kupas kulitnya dan lumat sehingga halus

– Tambahkan madu satu sudu besar

– Gaulkan campuran tadi dan ramas ke rambut anda

– Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih

A post shared by Holly Crowley (@crow_902) on

 

Limau Nipis dan Lemon

Limau nipis dan lemon merupakan buah yang kaya dengan khasiat vitamin C dimana sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan rambut.

Cara-cara :

– Sediakan limau nipis atau lemon. Potong buah tersebut kepada 2 bahagian

– Perah jus nya dan campur dengan sedikit air untuk dibilas ke rambut

– Siram ke rambut anda dan biarkan untuk beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih

 

Putih Telur dan Susu

Telur yang kaya dengan protein selalunya digunakan sebagai masker wajah namun telur juga boleh digunakan untuk melembutkan rambut yang kering dan kasar.

Cara-cara :

– Sediakan sebiji telur ayam dan asingkan putih dan kuning telurnya. Ambil yang putihnya sahaja

– Campurkan dengan susu dan kacau sehingga sebati

– Kemudian, ramas campuran tadi di atas kepala dan perapkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih

A post shared by John Rea (@johnwrea) on

 

Minyak Zaitun

Minyak zaitun tidak asing lagi dengan khasiatnya untuk kecantikan kulit dan wajah. Ternyata kandungan mineral dan vitamin E di dalam minyak zaitun sangat tinggi dapat membuat rambut anda menjadi lebih halus dan lembut. Di samping itu, minyak zaitun juga memberi kelembapan rambut agar rambut tidak menjadi kering

Cara-cara :

– Sediakan minyak zaitun dan tuang dalam mangkuk

– Kemudian, sapukan minyak zaitun tadi ke rambut sehingga ke kulit kepala. Pastikan minyak disapu secara merata dan biarkan selama 20 minit.

– Kemudian, bilas rambut anda dengannshampu sehingga bersih

– Amalkan 2 seminggu sekali untuk hasil lebih efektif

 

Santan Kelapa

Seterusnya, petua melembutkan rambut ialah menggunakan santan kelapa. Santan kelapa mempunyai kandungan protein yang dapat melembutkan rambut. Selain itu, santan kelapa juga boleh memperbaiki rambut kusam dan kering.

Cara-cara :

– Sediakan santan kelapa

– Basahkan rambut anda dan siram santan tadi di kepala

– Urut rambut anda dan pastikan pati santan tadi sampai ke kulit kepala

– Biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air bersih.

 

Mayonaise

Petua melembutkan rambut yang terakhir ialah dengan menggunakan mayonaise. Mayonaise biasanya digunakan untuk penyediaan makanan dan sebenarnya ia bermanfaat untuk melembutkan rambut. Ia juga menjaga kelembapan rambut, melindungi dari sinaran matahari dan menjaga keseimbangan pH rambut.

Cara-cara :

– Cedok mayonaise dalam 2 sudu dan letak dalam mangkuk

– Ramaskan rambut anda dengan mayonaise tadi. Pastikan sapu merata sehingga ke kulit kepala

– Kemudian, bungkuskan kepala ada dengan shower cap dalam 30 minit hingga 1 jam

– Akhir sekali, basuh dengan shampu yang ringan seperti shampu bayi dan bilas dengan air bersih

A post shared by kerriLuv♊ (@kerri_luv77) on

Petua Melembutkan Rambut | Rambut Oh Rambut was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn