Hello ladies! Kecantikan wajah? Makeup? So, as you can see now, zaman sekarang ramai girls yang jadi makeup mania, makeup junkie, makeup addict. Well, tak boleh nak salah kan you girls jugak sebab makeup ni dah jadi salah satu trend dan agak essential. Semua orang nak jadi cantik kan? Duhhhh siapa tak nak? Hahahaha! Tapi penjagaan kulit dan kecantikan wajah memang penting sebab makeup mostly contents bahan kimia. So, did you girls jaga tak kulit korang semua? Lepas dah apply tons of makeup, eyeshadow, concealer yang ada bahan kimia semua tu? Pernah you girls rasa kadang-kadang, lepas makeup, 2-3 hari jerawat mesti naik? Blackheads? Pernah? Aduh ada event pulak! Jadi ni ada petua senang to rawat kulit korang.

Jerawat

Kecantikan wajah akan terganggu apabila masalah seperti jerawat ni semua perempuan paling tak suka. Dah lah buat muka kusam, sakit pula tu. Lagi sakit hati bila jerawat datang melawat masa kita ada event. Geramnya! Tapi tak apa, ni petua untuk hilangkan jerawat.


Petua :

  1. Beli lemon. Lemon bukan limau tau. Kemudian, perah jus nya.
  2. Selepas itu, guna cotton ball untuk celup dalam jus itu kemudian apply kat jerawat tu.
  3. Biarkan dia dalam 10 minit lepas itu basuh muka dengan air.
  4. Amalkan sekali sehari dalam masa 2-3 minggu. Dalam jangka waktu ini, you girls boleh tengok perubahan yang jerawat itu sudah hilang.
  5. Jus lemon tinggi asidnya, kalau kulit jenis sensitif, tambah sedikit air dalam jus tersebut untuk kurangkan asid.

 

NOTE : Petua ini buat pada waktu malam atau sebelum nak tidur sahaja sebab lemon ada isi kandungan asid yang tinggi jadi elakkan dari terkena matahari.

Blackhead/Whitehead

Blackheads… Bintik hitam dekat hidung yang buat hidung macam panda. Haih. Punca blackhead ni usually berpunca dari pori yang tersumbat. Selalunya terjadi bila kulit muka berminyak. Jadi, jom try petua ni untuk kecantikan wajah anda sendiri.


Petua :

  1. Sediakan baking soda dan air
  2. Campurkan air dan baking soda sampai dia jadi likat. ( Dalam kuantiti yang sederhana sahaja)
  3. Kemudian, sapu baking soda tadi dekat hidung atau kawasan blackhead.
  4. Biar dalam 2-3 minit lepas itu cuci muka dengan air.
  5. Keringkan muka dan jangan lupa pakai pelembab muka.

Jeragat (Freckles)

Jeragat atau dikenali sebagai “freckles” yang selalunya ada pada bahagian hidung atau kawasan bawah mata. Kalau you girls ada masalah ni, kena cepat hilangkan sebab dia boleh tukar jadi jerawat. Untuk mendapat hasil yang baik demi kecantikan wajah, boleh try petua ini.

A post shared by Mégan Ouellet (@thrashermeg) on


Petua :

  1. Dapatkan tumbuhan aloe vera segar
  2. Potong jadi kepingan dan ambil gel nya
  3. . Sebelum itu, bersihkan muka dahulu sebab tak nak bagi kotoran tu tersumbat
  4. Sapu gel itu pada bahagian muka yang perlu
  5. Biarkan gel nya sampai kering kemudian cuci muka dengan air suam

Eyebag (Dark circles)

Panda eyes! Ya, orang akan panggil kita “panda” bila kita ada eyebag terlebih hahaha! Tapi jangan risau, semua masalah panda kita boleh selesai!


Petua :

  1. Bersihkan muka terlebih dahulu untuk hilangkan kotoran
  2. Sejukkan timun. Jangan sampai beku ya. Dalam suhu sejuk yang normal tau. Sekitar dalam 30 minit sahaja.
  3. Kemudian,hiris timun dan letak disekitar mata selama 15 minit. Biar sampai timun itu lembut.
  4. Akhir sekali, bersihkan muka sekali lagi.

Kusam

Kulit kusam selalunya berpunca dari stress, permakanan yang tidak sihat dan teratur. Lebih lagi, kalau students, stress melambung dengan assignment, presentation, makan semua tak jaga. You girls have to be careful sebab kulit kusam boleh melarat dan muka kurang seri. Jadi, jom kita tengok apa kita boleh buat.


Petua :

  1. Dapatkan buah tomato. (kita nak buat homemade tomato mask ni!)
  2. Hancurkan buah tomato sampai halus. Boleh blend tapi jangan sampai jadi air. Sebab kita nak buat dia sebagai mask.
  3. Sapu kan blended tomato dekat muka atau area yang terjejas.
  4. Biarkan 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam

NOTE : Kalau kurang rajin, you girls boleh belah tomato dan sapu je dekat kulit yang kusam tu ok? 

 

Kecantikan Wajah | Petua Hilang Masalah Kulit was last modified: May 12th, 2017 by its.annekyn