Salah satu kesan jerawat yang tidak disenangi oleh golongan wanita ialah kesukaran untuk menghilangkan parut jerawat. Parut jerawat sangat sukar untuk dihilangkan malah mengambil masa yang begitu lama. Ada yang berbulan, ada juga yang mengambil masa bertahun lamanya bergantung kepada berapa dalam parut tersebut. Sebelum Melly berkongsi produk hilangkan parut jerawat di farmasi, jom baca serba sedikit cara untuk mengelakkan parut jerawat daripada berlaku.

Jerawat

Punca jerawat boleh berlaku disebabkan oleh faktor kebersihan, hormon, pemakanan dan juga persekitaran yang tidak bersih. Tahukah anda jerawat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu jerawat pasir, jerawat nanah, blackhead dan whitehead? Jerawat yang selalunya meninggalkan kesan parut yang dalam ialah jerawat nanah. Jika dipicit, ia akan bertambah teruk.

Cara Mengelakkan Parut Jerawat

Berikut ialah langkah mudah yang boleh diambil untuk mengelakkan parut jerawat:

  • Elakkan daripada memicit atau menyentuh jerawat.
  • Sapukan aloevera atau lender lidah buaya untuk penyembuhan.
  • Mimum minyak kelapa dara
  • Madu asli sebagai masker harian
  • Sapukan minyak zaiton pada kawasan yang berjerawat

Produk Hilangkan Parut Jerawat Di Farmasi

Selain mencuba petua-petua semula jadi seperti memakai lendir lidah buaya dan jus lemon, kita juga boleh mendapatkan produk parut yang berada di pasaran. Antara produk hilangkan parut jerawat di farmasi ialah:

Bio Oil

A post shared by Farah Zaki (@ofarahzakio) on

Memenangi 126 di pelbagai skincare award, Bio Oil yang berasal dari benua Afrika merupakan produk parut nombor satu bagi 14 buah negara ketika ini. Ia juga telah diiktiraf sebagai produk penjagaan kulit nombor satu di United Kingdom disebabkan oleh kebolehannya yang pelbagai. Selain menghilangkan parut lama, ia juga membantu menghilangkan stretch marks, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan juga penuaan kulit. Setiap 60 ml berharga RM 34.75.

Sapu dalam bentuk bulatan di kawasan parut yang matang atau lama, tidak boleh digunakan pada kawasan kulit yang masih luka. Gunakan dua kali sehari selama lebih kurang 3 bulan untuk hasil terbaik.

Kekurangan: Mengandungi fragrance.

Mederma Proactive Gel

Mederma Proactive Gel berfungsi untuk menghilangkan parut jerawat tetapi mengambil masa lebih lama berbanding Bio Oil. Gunakan Mederma sejurus selepas luka sembuh.

Untuk parut baru, sapukan 2 hingga 3 kali sehari selama 8 minggu. Parut lama, ulang pakai 3 hingga 6 bulan. Penggunaan konsisten memberi kesan lebih cepat. Mederma boleh didapati dengan harga RM 49.30 untuk setiap 30 g.

Kekurangan: Mengandungi paraben dan parfum.

Dermatix Advanced Scar Formula

Selain membantu proses menghilangkan parut, Dermatix juga melembap dan merawat kulit kering. Sapu pagi dan malam selepas toner muka. 7 g berharga RM 52.75.

Kekurangan: Mengandungi Alkohol.

Hiruscar Post Acne

100% formula anti-bacterial, sesuai untuk menghilangkan parut mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat. Juga mencegah pembentukan parut baru. Mudah meresap ke dalam kulit, boleh dipakai dibawah makeup. Sapu 2 hingga 3 kali sehari untuk hasil terbaik. Bersihkan tangan sebelum dan selepas penggunaan. Boleh didapati dengan harga RM 41.10 bagi setiap 10 g.

Cocoa Butter Formula Palmer’s Scar Serum

A post shared by Quita Lopez MD (@quitalopezmd) on

Mengandungi cocoa butter yang menjadikan kulit lebih lembut dan lembap. Juga mengandungi vitamin E yang sangat berkesan dalam menghilangkan parut akibat jerawat, pembedahan, stretch marks dan lain-lain.

30 ml + 10 ml Cocoa Butter Formula Palmers Scar Serum berharga RM 55.80 boleh didapati di mana-mana farmasi berdekatan.

Kekurangan: Bau minyak ikan.

Scar Toner Sendayu Tinggi

Scar toner yang merupakan produk tempatan keluaran Sendayu Tinggi ialah toner yang membantu mengeluarkan sisa kotoran yang tertinggal di wajah selepas membersih. Ia juga memastikan kulit tidak berminyak selain membantu memudarkan parut. Harga sebotol Scar Toner 60 ml ialah RM 35. Ia boleh didapati di mana-mana cawangan Watson berdekatan.

Scar toner boleh digunakan setiap kali selepas membersihkan wajah.

Menghilangkan parut bukanlah mudah. Ia memerlukan masa untuk disembuhkan bergantung kepada kedalaman parut tersebut. Pemakaian konsisten akan mendatangkan hasil yang terbaik. Diharapkan artikel ini membantu kalian memilih produk parut yang bersesuaian dengan kulit anda. Dah cuba? Apa pendapat korang? Kalau sudi jomlah kongsi bersama. Tinggalkan komen dibawah ya ! ❤

Produk Hilangkan Parut Jerawat di Farmasi was last modified: May 29th, 2017 by Melly