Tidak kiralah sama ada anda bertudung mahupun tidak, masalah rambut gugur sememangnya mengganggu prestasi dan aktiviti harian.  Jika dalam sehari lebih dari seratus helai rambut yang gugur ia adalah petanda yang tidak baik.  Perkongsian kali ini ialah mengenai cara mengelakkan rambut gugur.  Sebelum itu, kita haruslah tahu mengenai punca-punca yang membawa kepada masalah keguguran rambut.

cara mengelakkan rambut gugur

Apakah Punca Keguguran Rambut?

Hormon adalah dikatakan antara punca kepada rambut gugur.  Malah ia lebih sinonim bagi ibu-ibu mengandung mahupun selepas bersalin.  Jika tidak dirawat ianya akan menyumbang kepada pembotakan.

Selain itu, rawatan rambut dan penggunaan produk yang kurang sesuai juga adalah faktor penyumbang kepada punca rambut gugur.  Sebagai contoh, jika rambut di warnakan dengan kerap dan tidak dijaga dengan elok, rambut akan menjadi rosak dan tidak kuat.

Orang dewasa dan stress memang tidak dapat dipisahkan.  Namun jika stress yang keterlaluan dan tidak dibendung akan membawa kemudaratan.

Cara Mengelakkan Rambut Gugur

Terdapat pelbagai cara dan petua yang boleh diguna pakai untuk mengelakkan rambut gugur.  Bagi mereka yang lebih suka menggunakan pendekatan semulajadi tanpa rawatan, boleh lah merujuk senarai dibawah:

1.  Gunakan Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun

Khasiat kedua-duanya memang tidak dapat dinafikan lagi.  Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan 1 sudu minyak zaitun dan 1 sudu minyak kelapa.  Sapukan ke seluruh bahagian rambut dan urut kulit kepala agak minyak tersebut dapat diresap ke dalam kulit.  Biarkan selama beberapa jam kemudian cuci dengan air suam.

2. Amalkan pemakanan yang sihat

Pemakanan yang seimbang dapat membantu memulihkan rambut yang rosak dan mengembalikan sinar rambut yang kusam.  Tambahkan pengambilan protein di dalam makanan harian agar rambut menjadi lebat, subur dan sihat.

3.  Gunakan Santan Kelapa

A post shared by Ellie 🕊 (@ellie.colibri) on


Salah satu daripada petua yang terkenal bagi merawat rambut gugur ialah dengan menggunakan santan kelapa.  Ambil santan segar yang diparut dan lumurkan keseluruh bahagian rambut hingga ke kulit kepala.  Antara kesan dari penggunaan santan ialah rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.

4.  Gunakan Yogurt Sebagai Masker Rambut


Jika anda susah untuk mendapatkan santan kelapa, yogurt boleh dijadikan sebagai altertatif untuk mengatasi masalah rambut gugur.  Lumurkan yogurt ke suruh bahagian rambut seperti masker rambut.  Untuk kesan yang baik amalkan sekurang-kurangnya 2 – 3 kali seminggu.

5.  Kurangkan Stress 


Antara penyumbang utama kepada rambut gugur ialah stress.  Cuba untuk kurangkan stress dengan mengamalkan senaman ringkas, yoga mahupun beriadah dan melakukan aktiviti yang mampu membuatkan anda rileks.

6. Elakkan Menggayakan Rambut Terlalu Kerap

Elakkan untuk menggayakan rambut seperti dendan yang terlalu ketat, sanggul atau ponytails.  Selain itu, jangan tarik mahupun sikat rambut terlalu kasar kerana ia boleh membuatkan rambut lemah dan mudah gugur.  Penggunaan sikat bergigi jarang juga dapat menbantu mengurangkan jumlah rambut yang gugur.

7.  Tingkatkan pengambilan Vitamin & Mineral


Melalui pengambilan Vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin C dan Iron dapat membantu dalam membaikpulih kesihatan rambut.  Antara contoh makanan yang kaya dengan vitamin A termasuklah sayuran hijau, lobak merah dan telur.

Tidak dinafikan ianya mungkin akan mengambil sedikit masa bagi proses untuk merawat masalah rambut gugur terutamanya bagi mereka yang sudah berada di tahap yang kronik.  Sekiranya berlarutan disarankan agar anda berjumpa dengan pakar bagi mengenalpasti masalah dan cara mengelakkan rambut gugur yang lebih efektif dan berkesan.

Punca dan Cara Mengelakkan Rambut Gugur was last modified: May 12th, 2017 by Nora Liza