Frustnya dengan kelemumur!

 

A photo posted by Moss Pink♡ (@mosspink73) on

Siapa ada masalah kelemumur, angkat tangan! Jahat kelemumur ini tahu. Kelemumur menyebabkan gatal-gatal kepala, menjatuhkan keyakinan diri dan paling tak best, menyebabkan keguguran rambut. Teruskan membaca jika anda ingin mengetahui cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur, step by step.

  1. Faktor kelemumur
  2. Rutin asas penjagaan kulit kepala
  3. Cara menguatkan akar rambut

 1. Faktor kelemumur.

Kelemumur merupakan masalah kulit kepala, disebabkan beberapa faktor seperti kulit kepala terlalu berminyak tetapi kering, stress, produk syampu yang tidak sesuai, gaya hidup yang sangat aktif, peluh dan haba daripada pemakaian tudung, alergi dan sebagainya.

Masalah kelemumur ini biasa terjadi pada orang yang mempunya kulit kepala jenis berminyak, ataupun jenis normal tapi kerap berminyak disebabkan gaya hidup aktif ataupun faktor aktiviti seharian yang menyumbang kepada kepala berminyak. Kelemumur datang daripada kulit kepala yang tidak sihat. Maka cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah dengan mempunyai kulit kepala yang sihat.

2. Rutin asas penjagaan kulit kepala.

i. Syampu

Kulit kepala kering bermaksud terdapat banyak sel kulit mati pada permukaan kulit kepala. Jika anda mampu, disarankan untuk membuat pemeriksaan kulit kepala menggunakan teknologi canggih di pusat pakar rambut seperti Yun Nam Hair Care (kebiasaannya servis ini dibuka secara percuma ketika musim promosi), untuk melihat sendiri keadaan kulit kepala dan mendapatkan penjelasan yang lebih jelas secara saintifik tentang keadaan kulit kepala anda. Mereka juga akan memberikan nasihat tambahan tentang cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur dengan lebih terperinci.

 Kerapkan syampu kepala anda jika anda mempunyai gaya hidup aktif, terutamanya jika anda memakai hijab kerana haba mudah terperangkap dalam tudung. Yang penting, bergantung dengan aktiviti seharian, kulit kepala mesti di bersihkan.

Disarankan untuk mempunyai syampu anti-kelemumur bagi hari-hari aktif dan syampu yang sesuai untuk kegunaan seharian bagi hari-hari biasa seperti syampu organik. Pastikan syampu betul-betul diratakan seluruh kulit kepala.

ii. Ramuan dalam syampu yang disarankan

Lebih mudah untuk terus sahaja beli syampu komersial khas untuk anti-kelemumur di kedai-kedai farmasi. Bagi yang lebih menyukai rawatan secara organik ataupun semulajadi, boleh mencari syampu yang mengandungi bahan berikut:

Tea Tree Oil

Tea tree oil ialah antiseptik semulajadi untuk membunuh kuman akibat penumbuhan kelemumur. Kelemumur mendatangkan gatal-gatal di kepala kerana pembiakan bakteria akibat kulit berminyak tapi kering.

Limau nipis/lemon

Boleh campurkan perahan limau/lemon ke dalam syampu ataupun boleh dilakukan secara berasingan. Bahan limau/lemon juga ialah bahan yang sangat popular digunakan dalam pelbagai jenama syampu seperti Head & Shoulders.

Sebelum mensyampu rambut, lurutkan perahan limau/lemon pada kulit kepala. Urutkan kulit kepala secara menyeluruh terutamanya di bahagian paling mudah kelemumur terkumpul: di bahagian tengah kepala (tempat sanggul rambut atau mengikat rambut). Tinggalkan komen di entri ini jika anda ingin mengetahui lebih banyak lagi cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur secara alami.

iii. Serum (optional)

Cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur bukan sahaja pada syampu. Selepas membasuh rambut, syampu yang digunakan juga telah menanggalkan lapisan minyak semula jadi kepala dan akan menjadikan kulit kepala sangat kering lebih cepat. Kulit kepala kering akan mendatangkan lagi lebih banyak kelemumur, lebih-lebih lagi apabila terlalu kerap syampu. Seimbangkan semula kelembapan kulit kepala dengan serum kulit kepala yang mengandungi vitamin untuk memberi nutrisi kepada kulit. Selepas membasuh rambut, kulit kepala juga berada dalam keadaan sangat mudah menyerap nutrisi.

Terdapat juga produk-produk rambut di pasaran yang menjual set lengkap penjagaan rambut DAN kulit kepala.

A photo posted by NR HAIR CARE (@eykasulaiman) on

Sesetengah mungkin lebih suka menggunakan bahan alami seperti lavender essential oil.

iv. Pemakanan seimbang dan kawal stress

Of course, salah satu cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah pemakanan seimbang yang penuh dengan zat galian, vitamin dan mineral akan merawat secara dalaman, pasti akan menunjukkan kesan luaran. Penghasilan minyak berlebihan ialah disebabkan pemakanan yang berlemak dan tinggi kanduan garam dan gula.

Stress menggalakkan penghasilan toksin dalam badan, maka dengan itu banyak kajian telah membuktikan kaitan stress dengan kulit tidak bermaya, jerawat, rambut gugur dan keletihan. Maka kawal stress anda dengan melakukan senaman yoga ataupun beristirehat di waktu petang dengan menonton TV sambil minum secawan teh herba.

v. Guna produk penggayaan rambut secara sederhana

Produk penggayaan rambut seperti hair spray dan gel mengandungan bahan kimia yang mungkin akan menyebabkan alergi kepada kulit kepala bagi sesetengah orang. Kesan alergi mungkin menyebabkan kulit kepala kering, meradang, penghasilan minyak berlebihan, berbau dan juga kegatalan.

Gunakan produk-produk ini ketika perlu sahaja. Jika aktiviti seharian memerlukan anda untuk kerap menggunakan produk-produk ini, maka rajinkanlah diri untuk membasuh rambut dan sangat disarankan merawat kulit kepala dengan serum ataupun lurutkan essential oil.

3. Cara menguatkan akar rambut.

Setelah kita selesaikan masalah kelemumur, keguguran rambut juga adalah disebabkan kekuatan akar rambut. Kelemumur pasti akan melemahkan kekuatan akar rambut dan kesihatan kulit kepala akibat bakteria yang terkumpul dan kekurangan oksigen yang sampai ke kulit akibat dilitupi lapisan kelemumur. Kerana itu kelemumur akan mengundang masalah rambut gugur.

i. Urutan kepala

Urutan kepala ialah untuk melancarkan perjalanan darah di bahagian kepala untuk menggalakkan kesuburan rambut dan penyerapan nutrisi ketika bersyampu, menggunakan serum, minyak rambut ataupun urutan kering. Lakukan urutan kepala setiap hari mampu meningkatkan kekuatan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut!

ii. Biasakan membebaskan rambut.

Jika anda suka mengikat rambut, cuba untuk tidak melakukannya dengan terlalu kerap. Ini biasa bagi wanita yang bertudung, kerana biasanya rambut mereka akan berada dalam keadaan terikat seharian terutamanya pada hari-hari bekerja. Ketika waktu bersantai atau hari-hari cuti jika duduk di rumah, bebaskan rambut daripada sebarang ikatan dan sanggul.

Rutin penjagaan kulit kepala di atas juga langkah penting untuk menguatkan akar rambut.

Kesimpulan

Masalah kelemumur yang kronik lebih disarankan untuk merujuk kepada pakar kerana produk-produk seperti syampu anti-kelemunur hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah kelemumur yang sederhana. Masalah kelemumur mesti diselesaikan dengan segera bukan sahaja untuk mengelak rambut gugur, tapi untuk mengelak kesan jangka panjang masalah kulit kepala seperti keguguran rambut yang abnormal dan infeksi kulit seperti kudis ataupun jangkitan fungus.

Rawatan kelemumur di salon rambut sangat disarankan untuk mendapatkan kesan yang optimum, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali, bergantung kepada faktor individu.

Rahsia Cara Menghilangkan Kelemumur Dan Rambut Gugur was last modified: May 12th, 2017 by Mera Humaira