SABUN MARINE ESSENCE

Ada orang panggil sabun marine essence ni, sabun hijau atau lagi epik – sabun shrek. Tapi nama sebenar sabun ni ialah Sabun Marine Essence. Pelbagai nama diberikan tapi.. fungsinya tetap sama! Sabun Marine Essence ni banyak khasiat dan kebaikan selain dapat jadikan kulit putih melepak macam artis Korea. Selain daripada dalam bentuk bar, ia juga ada dalam bentuk cecair dan fungsinya juga sama. Sabun Marine Essence, sabun pencerah membuat kulit lebih lembut, lembab, licin, cerah & sentiasa berseri secara semulajadi.

A photo posted by Wana Azu (@wana_azu) on

KEBAIKAN SABUN MARINE ESSENCE

  • Mengurangkan stretchmarks selepas bersalin
  • Menghilangkan kesan hitam dileher, ketiak, perut & seluruh badan
  • Menghapuskan kulit kering & kusam
  • Mengatasi kulit muka yang berminyak
  • Mengatasi eczema. Selamat untuk semua walaupun baby
  • Mengatasi kulit kaki pecah
  • Mengurangkan selulit
  • Membasmi jerawat di badan
  • Mengatasi bau badan
  • Mengatasi rasa gatal bagi baby dan kanak-kanak yang terkena chicken pop
  • Menghapuskan parut jerawat/jeragat dimuka, melicinkan kulit muka
  • Menghapuskan selulit & ketuat

Cara Penggunaan

Memang senang sebenarnya nak guna Sabun Marine Essence ni. Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Jangan lupa bilaskan dengan air sehingga bersih. Tapi, kalau nak tengok tips untuk basuh muka dengan cara yang betul, boleh tengok post ni!

Cara Penyimpanan

Simpan Sabun Marine Essence di tempat dingin dan kering selepas anda selesai guna. Kalau taknak cepat habis, anda boleh potong Sabun Marine Essence ni kecil-kecil dan gunakan satu-satu. Kalau anda guna cara ni, bukan je sabun ni lambat habis, malah memudahkan anda untuk simpan di dalam bekas di atas sinki bilik air.

Golongan Yang Sesuai

Senang cerita, Sabun Marine Essence ni memang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Baby, kanak-kanak, orang dewasa, orang muda dan orang tua pun boleh. Jadi memang tak ada masalah untuk anda berikan Sabun Marine Essence ni sebagai hadiah untuk adik, kawan-kawan, ibu-bapa atau girlfriend-boyfriend sebab dalam satu kotak ada 3 sabun Marine Essence!

Ramuan Eksklusif Untuk Kulit Lembut, Licin dan Berseri.

Sabun Marine Essence meupakan sabun pertama yang menggabungkan teknologi inovatif dengan ramuan semulajadi dan botani Garam Buluh dan Peho-SFE untuk membersih, menyihat serta melembabkan kulit anda dalam setiap cucian!

A photo posted by sabunPower (@marineessence) on

Aloe Vera 

Bertindak untuk menyembuhkan & meransang pembaharuan sel kulit pada kulit yang rosak dan bermasalah. Melembapkan kulit secara semulajadi, menghilangkan kesan parut & mengekalkan keanjalan kulit.

Vitamin E 

Bukan sahaja diperlukan untuk tubuh badan, tapi Vitamin E juga bertindak sebagai Agen Anti-Penuaan & Anti-Oksida. Ia dapat menyelesaikan masalah jerawat, jeragat & tompok hitam. Malah khasiat Vitamin E mampu merawat kanser.

A photo posted by PT.Hai-O indo (@pt.hai_o.indo) on

Garam Buluh 

Kaya dengan sumber Mineral yang banyak & sebagai agen Anti-Oksida terbaik. Bersifat Anti-Oksida, Anti-Penuaan & Anti-Keradangan. Menghilangkan garis-garis halus di muka & memberi medium
terbaik untuk kulit supaya tidak dijangkiti kuman penyebab jerawat.

Pu-Erh Tea Ekstrak

Bersifat Anti-Oksida untuk memulih kulit yang terdedah dengan radikal bebas. Memperbaiki & memperbaharui sel-sel kulit supaya kelihatan muda secara semulajadi.

Liquorice 

Mengandungi komponen Anti-Oksida & Anti-keradangan.  Bertindak untuk mengurangkan perubahan pada warna kulit apabila terdedah pada sinaran UV (pigmentasi). Membantu mencerahkan tempat-tempat gelap pada badan & menghalang pembentukan Melanin pada lapisan kulit.

Glyserin 

Bertindak sebagai Agen Pelembap kulit yang paling berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit pada tahap maksimum & menghalang kulit daripada kering. Bertindak sebagai Agen perangkap air supaya kulit yang terdedah pada Sinaran UV tidak akan kering.

Tea Tree Oil

Bertindak sebagai Agen Anti-Bakteria & Anti-Kulat. Memberi medium yang berkesan untuk kulit menyah jerawat dan kuman. Malah membantu untuk menghilangkan luka, kudis & parut.

Sabun Marine Essence | Segalanya Yang Anda Perlu Tahu was last modified: May 12th, 2017 by Seri