Antara bahan yang sering digunakan di dalam scrub muka ialah serbuk kopi.

Inginkan kulit yang cantik dan sihat? Semestinya! Selain rutin penjagaan muka seperti membersih dan melembap, sedarkah bahawa scrub juga sangat penting? Selain menanggalkan sel mati, ia juga berfungsi untuk menanggalkan segala sisa mekap yang terperangkap di dalam pori. Scrub boleh didapati secara meluas di pasaran, tetapi apa kata kali ini kita mencuba menggunakan bahan semula jadi yang semestinya akan mendatangkan kebaikan yang lebih menakjubkan. Kali ini Melly akan kongsikan beberapa tips atau resepi scrub muka homemade.

Kelebihan Menggunakan Scrub Muka Homemade

Banyak kelebihan menggunakan bahan semula jadi sebagai sumber membuat scrub muka homemade. Hal ini kerana kita dapat mengenalpasti bahan yang sesuai dengan masalah kulit yang sedang kita hadapi. Scrub muka buatan sendiri sudah pasti tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya disamping lebih menjimatkan kos. Lebih mudah untuk kita dapatkan bahan yang diperlukan yang sememangnya ada dirumah.

Berapa kali dalam seminggu perlu menggunakan scrub?

Berikut ialah bilangan penggunaan scrub yang dicadangkan mengikut jenis kulit:

  • Normal: 2 atau 3 kali sehari
  • Kering: 2 kali sehari
  • Berminyak: 2 kali sehari
  • Sensitif: 1 kali sehari

5 Resepi Ringkas Scrub Muka Homemade

#1 Resepi Menggunakan Gula Merah atau Gula Putih

Gula merupakan salah satu bahan penting dalam membuat resepi scrub muka. Gunakan gula merah yang mengandungi glycolic acid bersama minyak jojoba, minyak kelapa, rosehip dan lain-lain sebagai scrub. Ia berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan menanggalkan sel kulit mati yang terlekat pada kulit.

Scrub Kulit sensitif:

Bahan yang diperlukan: Gula Merah, Timun dan Minyak Avocado

Gaul bersama gula merah dan minyak avocado dengan ratio 2:1. Blend timun dan gaulkan mereka bersama. Sapukan seluruh muka, gosok secara perlahan. Bilas selepas 15 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan 2 kali seminggu.

Scrub Teh Hijau:

Bahan yang diperlukan: Gula Putih, Madu dan Teh Hijau

Gaul bersama air teh hijau, madu dan gula putih sehingga menjadi paste. Simpan di dalam peti sejuk jika masih ada saki-baki berlebihan selepas scrub muka.

#2 Resepi Menggunakan Oatmeal

Oatmeal merupakan pengelupas atau “exfoliant’ yang lembut pada kulit, jadi ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Scrub Kulit Kering:

Bahan yang diperlukan: Madu, Oatmeal dan Minyak Zaitun

Gaulkan madu bersama oatmeal. Tambah juga beberapa titis minyak zaitun. Gosok dalam bentuk circular selama 15 hingga 30 minit, bersihkan dan bilas bersih.

#3 Resepi Menggunakan Madu Asli

Madu asli yang mempunyai sifat anti bakteria anti fungi sangat sesuai untuk kulit yang cenderung ditumbuhi jerawat. Selain membunuh jangkitan, ia juga menghidrat dan mengurangkan kerengsaan kulit.

#4 Resepi Menggunakan Baking Soda

A post shared by Sabina Sher (@fashernablylate) on

Baking Soda atau sodium bikarbonat adalah bahan penting kebanyakan produk scrub yang berada di pasaran. Scrub ringan ini mengurangkan pengeluaran sebum dan tidak mengeringkan kulit.

Scrub dan Pembersih Wajah:

Bahan yang diperlukan: Pembersih wajah/Cleanser, baking soda

Picit cleanser ke atas tapak tangan. Letakkan baking soda dan gosokkan pada wajah selama 2 hingga 3 minit. Lakukan 1 kali seminggu. Ia mampu menanggalkan sel kulit mati dan tidak mengeringkan kulit. Memandangkan baking soda bersifat alkali, anda mungkin boleh gunakan apple cider untuk mengembalikan ph level kulit anda.

#5 Resepi Menggunakan Yogurt

Mengandungi probiotics, yogurt iaitu produk susu yang telah diperam sangat bermanfaat untuk kulit. Ia membantu melembapkan kulit dan juga boleh melawan bacteria yang menyebabkan jerawat.

Scrub Membuang Sel Kulit Mati:

Bahan yang diperlukan: Yogurt, jus lemon, serbuk coffee dan garam laut

Gaul yogurt (melembap), jus lemon (memutih), serbuk coffee dan juga garam laut bersama. Biarkan selama 15 minit dan bilas.

Itulah dia 5 bahan penting dalam resepi membuat scrub homemade yang sangat mudah. Mudah bukan? Kebanyakan bahan boleh didapati di dapur sekarang bukan? Selain menjimatkan, yang bestnya, tiada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit ada di dalam scrub buatan sendiri ini. Boleh sediakan scrub mengikut kepentingan atau kehendak diri sendiri serta mempunyai lebih pilihan.

DIharapkan entri ringkas ini bermanfaat untuk korang semua yang tengah nak ber’spa’ secara do-it-yourself di rumah. Ada tips atau resepi scrub kegemaran anda yang lain? Jangan segan-segan untuk berkongsi bersama kami ya. ❤

Scrub Muka Homemade | 5 Resepi Ringkas was last modified: June 6th, 2017 by Melly