Anda pasti rimas dengan rambut gugur berselerak di lantai selepas menyikat rambut. Terutama sekali jika anda mempunyai rambut panjang. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur. Salah satu punca nya ialah memakai produk rambut yang berlebihan. Sebagai contoh, mewarna rambut, rawatan meluruskan rambut. Di samping itu, kekurangan vitamin juga boleh menjadi satu punca. Jadi mari kita lihat beberapa senarai syampu yang sesuai untuk rambut gugur.

Himalaya Anti Hair Fall Shampoo

Himalaya Herbal Anti Hair fall ialah syampu yang baik untuk semua jenis rambut. Sebagai contoh kepada yang mempunyai masalah rambut gugur yg juga mempunyai masalah rambut kering atau berminyak boleh gunakan syampu ini juga. Di samping itu, syampu ini juga membantu melebatkan rambut dan memberi protein yang baik utk rambut anda. Oleh itu, ia boleh mengurangkan masalah rambut gugur. Ia juga mudah untuk digunakan.

A post shared by GATE® (@gatedubai) on

Arginine Elvive Shampoo L’oreal Paris Resist

L’Oréal Elvive Arginine Resist x3 Anti-Hair Fall Shampoo ialah syampu yang mempunyai tekstur yg lembut dan kaya dengan vitamin. Syampu ini membantu mengurangkan masalah rambut gugur dengan menyerap ke dalam akar rambut. Ia juga aktif semua mikrosirkulasi dan menguatkan lagi kekuatan rambut. Helaian rambut akan di struktur semula dari pertama kali anda memakai syampu ini.

Sunsilk Hair Fall Solution Shampoo

Syampu untuk rambut gugur yang seterusnnya ialah Sunsilk Hair Fall Solution. Syampu ini mudah dibilas dan wangi. Ia dipadankan dengan perapi nya sekali. Di samping itu, rambut anda akan jadi lembut dan boleh melepaskan kusut dirambut anda. Anda akan dapat melihat kesan nya bila anda menyikat rambut dan rambut gugur berkurangan terlekat di sikat anda. Oleh itu, syampu ini  baik untuk masalah rambut gugur.

Dove Damage Therapy Hair Fall Rescue Shampoo

Dove hair fall Therapy syampu ialah saah satu keluaran produk yang inovatif dari Dove. Ia bukan sahaja membantu mengelak dari keguguran rambut malah ia dapt melembutkan rambut anda. Syampu ini tidak terlalu berasid dan teksturnya yang melembabkan rambut. Ia boleh dipadankan perapi Dove untuk kesan lebih efektif.

A post shared by Lusty (@lustyismyname) on

Syampu Untuk Rambut Gugur | Syampu Yang Terbaik was last modified: June 3rd, 2017 by its.annekyn