“Toner Yang Bagus Untuk Kulit Berjerawat Mesti Toner Yang Melembapkan Lagi Merawat.” – Humaira

Ramai salah sangka toner yang bagus untuk kulit berjerawat mesti jenis yang mengeringkan kulit, kerana teori: menyangka kuman tidak boleh hidup dalam keadaan yang ‘kering’.

Mungkin betul teori ini, kalau untuk cuci tandas. Mungkin juga teori ini merujuk kepada kehidupan di gurun Sahara yang tiada hidupan. Haha.

Bagi masalah kulit yang berjerawat, kebiasaannya jenama-jenama produk penjagaan muka mesti mengeluarkan produk-produk yang antibakterial, di mana memang jelas tujuannya ialah untuk membunuh kuman. Tetapi kerana rata-rata pembeli mahukan kesan yang cepat, maka produk-produk ini kebiasaannya terutamanya toner, mengandungi bahan yang menyebabkan kekeringan pada permukaan kulit.

Salah.

Walaupun kandungan antibakterial akan membunuh kuman dalam jerawat, kulit kering akan mengakibatkan lebih banyak lagi pengeluaran sebum, terutamanya jika pelembap itu tidak cukup kuat untuk melembapkan kulit. Sebum di bawah jerawat akan datang kembali dan kitaran jerawat akan berulang. Jika ia mengeringkan maka sangatlah tidak sesuai untuk kulit sensitif kering.

Bukan tidak bagus, tapi ada cara lain yang lebih bagus.

Okay, without further adue, ini ialah dua jenis toner yang saya sendiri sarankan untuk gadis yang ada masalah kulit berjerawat, dan kenapa.

#1: KLAIRS Supple Preparation Facial Toner, RM128 RM89.90 (30% diskaun on lazada.com.my)

A post shared by KLAIRS (@klairs.global) on

Nak tahu apa yang special tentang toner ini? Toner yang bagus untuk kulit berjerawat ini?

  • Mengandungi Phyto-Oligo yang berfungsi untuk mengembalikan mineral dan khasiat kulit.
  • Seimbangkan pH Level kulit.
  • Kelembapan yang mendalam.
  • Membersih dan meredakan kulit sensitif.

Bahan-bahan utama yang di tekankan dalam toner ini ialah Sodium Hyaluronate, B-glucan, Centella Asiatica Extract, Lipidure.

SANGAT SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF.

Semua bahan ini ialah bahan terkini yang terkenal di Korea yang sangat berkesan dalam meredakan kulit (antiinflammatori) dan pada masa yang sama membunuh kuman (antibakterial). Cuma, berbanding produk-produk lain dia sesuai dalam meredakan jerawat tanpa menghilangkan kelembapan dan menyebabkan pengeluaran sebum berlebihan, penyebab utama jerawat.

Toner yang bagus untuk kulit berjerawat juga dapat merawat. Apabila kulit lembap, bahan-bahan lain yang ada dalam toner ini dapat meresap ke dalam dan membekalkan pelbagai khasiat yang berkesan menambahkan lagi kesihatan lalu keserian kulit. Tekstur kulit ini ialah seperti gel, bukan air seperti toner-toner biasa. Ini menunjukkan betapa banyaknya nutrisi dalam toner ini. Tak perlu jumlah yang banyak pun kerana ia sangat mapan.

Memang your face akan rasa macam fresh dan glowing sangat selepas pakai! Sumpah! Saya sudah pun mencuba, anda bila lagi?

Tips cara menggunakan toner ini:

I harap I sudah dapat menjelaskan kebaikan toner yang bagus untuk kulit berjerawat ini. Sekarang bagaimana hendak gunakan toner ini dengan cara yang betul?

  1. Sebelum serum/essence/pelembap muka
  2. Selepas toner biasa anda
  3. Sheet mask

1. Sebelum serum/essence

Penyeimbangan pH level dan kelembapan kulit membantu kulit untuk lebih bersedia menyerap segala nutrisi di dalam serum. Seandainya anda mempunyai serum untuk jerawat, atau menghilangkan jerawat, toner yang bagus untuk kulit berjerawat ini meningkatkan lagi kesan serum/essence dalam rutin penjagaan muka anda.

KLAIRS Rich Moist Soothing Serum, RM93.60 (lazada.com.my)

A post shared by KLAIRS (@klairs.global) on

2. Selepas toner biasa anda

Bagi mereka yang mempunyai jerawat aktif ataupun kronik, I masih mencadangkan untuk gunakan toner antibakterial yang kuat untuk membunuh kuman di dalam jerawat dan permukaan kulit. Walaubagaimanapun, kelembapan kulit mesti diseimbangkan semula agar kulit sensitif/kering tidak meradang gara-gara toner yang kuat. Kebiasaannya toner antibakterial mengandungi alkohol yang tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Ya, kena pakai toner dua kali lah nampaknya.

3. Sheet mask

Jenama KLAIRS ada mengeluarkan kapas muka dua dalam satu sendiri untuk digandingkan dengan toner yang bagus untuk kulit berjerawat ini. Ada dua jenis kapas:

  • Compressed pads
  • Sponge pads*

A post shared by KLAIRS (@klairs.global) on

Compressed pads sama dengan kapas muka biasa untuk menanggalkan kotoran dan kulit mati yang masih tertinggal walaupun sudah pun cuci muka.

Tetapi, Sponge pads lah yang paling special sebenarnya!

Cara penggunaan: Dalam mangkuk kecil, ataupun in a petri dish yang macam dalam makmal sains kita selalu guna tu kan, letakkan 5 pads ke dalamnya. Tuangkan KLAIRS toner ke dalam, secukupnya tidak perlu terlalu banyak cukup sehingga basah semua kapas.

(Kalau rajin, simpanlah dalam peti ais semalaman.)

Kemudian letak 5 kapas muka ini pada bahagian dahi, hidung, dagu, dan kedua-kedua belah pipi. Jadilah sheet mask! Amalkanlah setiap hujung minggu sekali untuk buat DIY rawatan kelembapan muka sendiri. Boleh juga gunakan cara ini untuk apa-apa essence/serum air anda.

Waktu terbaik untuk digunakan: Rawatan sheet mask ini sesuai selepas anda scrub muka kerana ketika itu kulit sudah bebas daripada kebanyakan sel kulit mati. Diikuti dengan pelembap muka yang bagus.

Kesimpulan

Kulit bermasalah macam mana pun, masalah cuma akan melarat jika dibiarkan kering. Yang penting produk itu melembapkan dan sesuai untuk kulit sensitif. Produk bagus, mahal macam mana pun, kulit kering akan menghalang kita daripada mendapatkan kebaikan serum/essence/pelembap itu sepenuhnya! Dan ia bermula dengan toner yang bagus untuk kulit berjerawat.

Good Luck.

Toner Yang Bagus Untuk Kulit Berjerawat | Edisi Pertama was last modified: May 12th, 2017 by Mera Humaira